Bab 10

939 55 4
                                    

Ada tetamu di rumah Tuan Razin dan Puan Lana pada pagi itu. Ianya seorang lelaki, segak berkot dan juga membawa sebuah briefcase. Dia dan Puan Lana nampaknya sedang berbincang sesuatu yang agak tegang kerana kelihatan jelas dahi Puan Lana berkerut.

"Itu peguam Puan Lana. Encik Taufiq. Aku pun pelik kenapa dia datang sini. Biasanya, Puan Lana yang pergi office dia." Terang Aris kepadaku. Ketika itu, kami sedang berborak di ruang minum teh Puan Lana di halaman rindu.

"Kenapa Tuan Razin tak join sekali?"

"Kenapa pulak Tuan nak kena join sekali?"

"Yalah, itu kan wife dia. Mesti dia kena ambik tahu sikit sebanyak pasal wife dia kan?"

Aris ketawa. Aku rasa ayat aku tadi itu takdelah mengandungi sebarang ayat yang boleh membuatkan sesiapa ketawa. Ke dia ni memang spesies mudah terhibur sebab rasanya ya.

"Kau betul-betul rasa dorang ni pasangan yang bahagia eh?"

"Yalah kut. Mestilah kan? Lagipun kalau tak bahagia, takkanlah Puan Lana cari pembantu untuk suami dia?"

"Kau ni suci betul kan? Dahlah malas aku nak cerita. Nanti kau tahu jugak cerita pasal Tuan Razin dengan Puan Lana tu."

Bibik dari rumah berlari-lari anak ke arah kami berdua dan memanggil Aris. Katanya, Tuan Razin memanggilnya dari dalam bilik. Hairan juga aku, kenapa bukan aku yang dipanggil oleh Tuan Razin memandangkan aku pembantunya?

Aku memandang ke arah Puan Lana dan pembantunya. Aku melihat dia menurunkan tandatangan di beberapa buah dokumen. Aku sendiri tidak tahu apa semuanya itu. Mungkin berkaitan dengan hal insurans dirinya atau juga syarikatnya.

Wajah Puan Lana agak tegang dan ada beberapa kalinya, dia memandang ke tingkap bilik tidurnya di tingkat atas. Mungkin juga hal ini berkaitan dengan Tuan Razin. Tapi apa saja yang berkaitan dengan Tuan Razin sangat?

Aris kembali semula dalam 15 minit selepas dia pergi. Wajahnya sedikit kepenatan dan di seluarnya ada kesan basah seperti terkena air. Takkan dia ni pun...

"Tak balik lagi peguam Puan Lana tu?"

"Tak. Belum lagi."

"Lama betul. Bincang apa, yal!? Biasanya dia datang setengah jam je lepas tu banyaknya settle kat office."

"Mungkin hal ni extra personal kut sampai dia kena datang sini."

"Yalah tu..."

Aku masuk ke dalam rumah dan masuk ke dalam bilik tidurku. Aku buka phone untuk melihat sekiranya ada notifications yang masuk. Yang ada hanyalah group kawan sekolah, group member tempat kerja lama dan juga group saudara-mara yang tak pernah layan aku sebab dalam kalangan sepupu, aku ni yang paling loser sekalilah.

Tiada mesej peribadi yang kuterima. Mak pun last seen dia pagi tadi masa Subuh. Aku rasa waktu macam ni mungkin dia pergi membawang kat rumah Mak Cik Jamilah kat sebelah surau tu. Yalah, kat rumah pun bukan ada siapa. Si Azril buat sementara waktu ni duduk dengan Nana jadi memang mak tinggal seorang jelah.

Lampu merah menyala. Aku bingkas dari katil dan terus naik ke bilik Tuan Razin. Dia hanya bersinglet hitam dan berseluar pendek di atas katil memandangku tepat di muka pintu. Dia masih tak menyuruhku masuk.

Kemudian, dia mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Aku pula boleh terbayangkan yang Puan Lana juga sedang memandang ke tingkap dan mereka barangkali sedang bertelepati. Tapi ianya mati di situ sahaja.

"Lawyer tu ada lagi eh?"

"Ada, Tuan."

"Masuk. Kunci pintu sekali."

LavenderWhere stories live. Discover now