Bab 5

938 74 8
                                    

Puan Lana dengan Tuan Razin, aku syak mereka bergaduh. Sebabnya, masa makan malam, Puan Lana sedikitpun tidak membuka mulut bertanya perihal suaminya sendiri. Khusyuk bukan main lagi dia makan masa tu. Pelantak tak ingat dunia!

Dan di meja makan yang sama, ada seorang tetamu yang aku tak pernah lihat pun sebelum ini. Aku ingin bertanya kepada Puan Lana siapa perempuan itu tapi rasa macam biadap pula kalau aku bertanya.

Tetamu itu merupakan seorang wanita jelita yang aku anggarkan lebih kurang seusia dengan Puan Lana sendiri. Dia memakai topi fancy berwarna hitam dan t-shirt putih disarung oleh kardigan hitam. Memang nampak elegan.

Sedang aku khusyuk makan di situ, papan elektronik yang berada di atas dinding ruang makan tersebut dinyalakan sendiri. Itu bermaksud Tuan Razin sedang memanggil pekerja atau Puan Lana sendiri. Kalau dia memanggil Puan Lana, lampunya berwarna pink, biru untuk Mak Ati, biru gelap untuk Puan Sri Anna Nicole, putih untuk pembantu rumah, kuning untuk pemandu dan merah untuk aku. Dan ketika itu, ianya berwarna merah.

"Bring food to him too. I think he's hungry." Baru teringat laki sendiri ke apa?!

"Hamboi, sayangnya!" Tetamu tersebut memperli Puan Lana."

"Because I have to!"

Tetamu wanita itu ketawa sambil melihat aku berlalu dari situ untuk mengambil makanan kepada Tuan Razin. Selepas makanannya diambil, aku terus naik ke biliknya. Pintu biliknya diketuk sebelum aku masuk ke dalam hanya untuk melihat wajahnya masam menonton TV.

"Kenapa lambat sangat?"

"Oh, saya ambil makanan tuan ni tadi."

"Ada aku mintak makanan?"

"Takde."

"Dah tu? Aku tak nak makan."

Aku meletakkan makanan di atas meja sebelah TV sebelum berjalan menghampirinya. "Maaf, tuan."

Tuan Razin masih lagi diam. Di skrin televisyen, ianya menayangkan salah sebuah filem P. Ramlee bertajuk Sumpah Orang Minyak. Aku sendiri tak tahu mengapa Tuan Razin menonton filem itu dalam keadaannya seperti itu.

"Kau tahu kan cerita ni?"

"Tahu."

"Pernah tengok?"

Aku menggeleng.

"You should."

Suasana diam kembali. Matanya masih lagi khusyuk menonton televisyen. Entah apa yang menarik sangat mengenai filem itu, aku pun tak tahu.

"Lana ada kat bawah?"

"Ada."

"Betina tu ada jugaklah?"

"Hah?" Siapa betina yang dimaksudkan itu?

"Kiki. Dia ada ke kat bawah tu?"

"Oh, kawan Puan Lana tu ke? Ada kat bawah tu. Tengah makan sekali dengan kami tadi."

Tuan Razin hanya menjongket kening dengan wajah yang jelak. Mungkin Kiki itu adalah kawan Puan Lana yang Tuan Razin menyampah agaknya. Jadi aku pun tidaklah memberikan teori yang lebih mengenai hal itu. Lagipun, aku masih baru dalam villa ini. Banyak benda yang aku tak tahu mengenai isi rumah ini.

"Kau dah makan belum?"

"Dah."

"Okey."

Suasana hening kembali. Sejujurnya, aku tidak tahu apa yang sedang berlaku di sini. Nak bercakap pun salah, tak cakap apa-apa, 10 kali salah. Jadi tolonglah beritahu aku apa yang aku boleh lakukan di sini.

LavenderWhere stories live. Discover now