Bab 9

1.1K 56 1
                                    

Aku meminta cuti tambahan daripada Puan Lana selama beberapa hari untuk menyelesaikan prosedur perceraian aku dan Nana. Aku tak suka ditipu dan aku juga tak mahu berlaku dayus. Benda dah jadi depan mata dan bagi aku, tak ada apa lagi yang perlu diperjelaskan dari pihaknya. Mujur Puan Lana nampaknya memahami keadaan aku.

"Mak, Fikri tahu Fikri ni tak guna. Fikri rasa Fikri ni tak guna, mak. Belajar tak tinggi, lepas tu kahwin awal pulak tu. Ada bini seorang pun tak terjaga. Fikri mintak maaf, mak."

"Tak apa, Fikri. Hidup ni memang kena banyak belajar. Mak tak mintak apa-apa pun daripada anak mak seorang ni. Cukuplah Fikri mampu kerja untuk sara diri sendiri. Bukannya untuk orang lain."

Anakku, Muhammad Azril kini sedang mengalami masalah jantung dan memang memerlukan wang yang banyak untuk membiayai kos pembedahannya. Itu pun satu hal yang merunsingkan diriku lagi. Semuanya berjumlah RM50k macam tu jugalah untuk kos pembedahan sahaja.

"Pasal duit nak operation Aril tu, tak usahlah Fikri susah hati sangat. Mak dah tanya kat penghulu. Dia kata nanti dia boleh buat surat sokongan hantar kat ADUN kita. Taklah dapat semua tapi cukuplah kut."

"RM50k tu, mak. Mana cukup nak kira duit simpanan kita je. Ni nak bayar duit idah Nana lagi."

"Jangan risau. Ada rezeki kita tu nanti. Lagipun, tanah kita kat kampung sebelah tu ada lagi. Mak boleh je cagarkan dulu..."

"Eh, mak tak payahlah sampai nak bercagar tanah bagai. Nanti tak tertebus nanti tanah mak tu."

"Cucu mak, Fikri. Tahulah mak nak tebus balik tanah tu nanti. Kita bukan ada duit sangat. Mak pun tak suka sangat nak meminta kat orang ni. Masa senang, semua orang sayang. Masa susah, siapa je yang nak tolong?"

Aku buka aplikasi bank di dalam handphoneku. Terbeliak sekejap biji mataku melihat ada RM20 ribu di dalam akaunku itu. Tercengang jugalah aku ketika itu. Tapi aku tahu siapa pemberi semua duit tersebut. Aku tak tahu samada hendak berterima kasih kepadanya atau tidak.

"Mak, Fikri ada duit simpanan sikit. Sebelum Fikri balik nanti, Fikri bank-in kat akaun mak eh."

"Janganlah, Fikri. Kamu tu nanti nak makan apa kat sana nanti."

"Mak, Fikri kan duduk rumah Puan Lana tu. Semuanya dah siap ada kat sana."

Aku tahu mak berat untuk menerima pemberianku itu. Tapi aku terpaksa juga. Nyawa anakku itu bergantung kepada duitku semua itu.

"Mana kamu ada duit banyak sangat nak bagi mak. Kamu kerja gigolo ke?"

Mengucap panjang aku mendengar perkara itu keluar daripada mulut mak. Sebab benda tu benda betul kut. Kalau tak betul, aku tak terkejut.

"Mak ni pun! Buat seram jelah."

Mak kembali menonton televisyen. Aku tahu pastinya dia sudah malas gila hendak melayan anaknya yang seorang ini. Belajar dulu malas, sekarang kan dah menyesal sendiri.

Aku pulang ke banglo Puan Lana dan Tuan Razin semula selepas beberapa hari. Ketika aku tiba di rumah tersebut, aku disambut dengan Kiki yang sedang berada di ruang tamu rumah tersebut.

"Hai!" Penuh ceria dia menyapaku.

"Hai. Cik Kiki kan?"

"Ha'ah. Alah tak payah nak berciklah. Panggil Kiki je. By the way lama tak nampak. Pergi mana?"

"Oh, saya balik kampung. Ada hal sikit. Err, Puan Lana ada?" Sengaja aku bertanya untuk menukar topik. Nanti lagi banyak yang ditanya nanti.

"Oh, ada. Dia kat atas. Dengan Razin kut."

LavenderWhere stories live. Discover now