Bab 14

837 47 1
                                    

Boleh tak aku jujur? Sebenarnya aku tak sanggup nak bunuh Puan Lana. Aku memang jahat tapi aku tak cukup jahat sampai nak bunuh orang. Tak sanggup aku nak mengambil nyawa orang yang aku sendiri tak pasti baik jahatnya. Gila kau?!

Jadi pada petang Sabtu itu, aku naik ke bilik Tuan Razin dan berjumpa dengannya. Ketika itu, dia sedang menonton siaran ulangan satu perlumbaan kereta di Monaco. Racer mestilah tengok benda yang racer buat kan.

"Tuan..."

"Shush... skemanya panggil Tuan."

"Habis tu nak panggil apa?"

"Why don't we came up with something catchy and sounds couple-like? Call me 'sayang' ke 'babyboy' ke?"

Nak termuntah aku masa aku dengar dia cakap macam tu. Dia ni gila ke apa?! Kejap, memang dia gila pun. Tak ada manusia normal yang boleh berfikir cara dia berfikir ni.

"Takpelah, Tuan. Saya rasa lagi selesa kalau saya panggil dengan panggilan macam ni je."

"It's okay, darling. No one is going to know. Depan orang, kau panggil aku Tuan Razin macam biasa. Belakang dorang, call me..." Sedia untuk muntah. "Sayang. Okay?"

Serius loya terus tekak aku tatkala mendengarkan hal itu. Mujurlah aku baru sahaja hendak muntah, luas terbuka pintu itu dibuka dengan kasar oleh Puan Lana. Wajahnya memang sangat marah kelihatan dan di tangannya terdapat beberapa buah fail.

"SIAPA YANG GILA PERGI JUAL SAHAM LANA'S HAIR CARE NI SAMPAI 35%?!" Hujung minggu pun nak bising pasal kerja ke dia ni?

"Veronica, apa you bising sangat ni?"

"Kepala hotak you I bising?! Siapa yang pergi jual saham branding ni sampai 35%?! Jangan cakap semua ni kerja you!?"

"So kalau ya pun kenapa? Company tu atas nama I kan?"

Puan Lana terdiam. Dia punya cemas tu sampaikan tak nampak aku yang sedang berdiri di sini. Aku juga kalau boleh tak nak masuk campur tapi ingin juga aku tahu apa yang sedang berlaku.

"Why nama you pulak?" Puan Lana bernada cemas dan takut.

"Look, you launched Lana's Hair Care under different entity from Lanalicious generally. Your company, Lanalicious memang under you but also has me as the COO even it was on paper only. And yeah, I have no shares under your company yang tu pun."

Wajah Puan Lana masih bingung. "But Lana's Hair Care pun still under my name kan?"

"Yes, it is. Memang itu pun still under nama Sharifah Veronica but who have the biggest share in it?"

"You spend no dime in it, Razin! You takde hak on it."

"Well, cuba you baca balik dokumen tu and I'm very much certain that the biggest shareholder have the rights on everything they wanted on the company. And Lana's Hair Care punya biggest shareholder is me, Tengku Razin Fedzuan."

Puan Lana membuka dokumen tersebut dan menelitinya semula. Wajahnya nampak semakin kusut. "But, it's only 40% for you. Still not majority."

"40% pun, still I paling banyak. You have 25% and the rest are 25 and 10 respectively. So sekarang, dua tu dah back off so I decide untuk jual jelah saham tu to 35% to the market. It's not rocket science, Lana."

"Razin..." Ada air mata yang bergenang di tubir mata Puan Lana. Aku tiba-tiba rasa kasihan pula melihatnya. "This is all my effort tau. I build this company all by myself. Kenapa you buat I macam ni?" Suaranya sedikit serak.

Tuan Razin masih dengan muka tak bersalahnya. "Yang you nak bebel kat I, buat drama air mata bagai ni kenapa?"

"You kejam, Razin!"

LavenderWhere stories live. Discover now