Bab 7

1.1K 63 5
                                    

Setelah hampir sebulan berkerja dengan pasangan suami isteri itu, aku memohon cuti dari Puan Lana untuk pulang ke kampung selama tiga hari untuk berjumpa ahli keluarga. Lama aku tak menjenguk mak dan isteri serta anakku di sana.

"Puan..." Panggilku kepadanya ketika kami semua sedang makan tengahari pada hari itu. Tuan Razin juga kali ini menyertai kami semua. "Saya ingat nak minta cuti tiga hari."

Aku perasan Tuan Razin sudah memandang ke arahku dengan pandangan tajam. Puan Lana pula masih menyuap salad ke dalam mulutnya. Memang majikanku yang seorang ini sangat menjaga pemakanannya.

"Bila?" Dia mengangkat mukanya selepas hampir dua minit.

"Kalau boleh, esok?"

"Esok tu pagi ke?"

"Tak kisahlah."

"Petang, please. I takde malam ni sampai esok tengahari. I kena pergi Kuching. Lagipun, I will take my leave for a week start lusa. Bolehlah tengok husband I kat rumah." Daripada 'saya, awak' sekarang dah jadi 'I, you' pulak Puan Lana ni.

"Baiklah, puan."

Wajah Tuan Razin tersenyum sedikit walaupun ianya agak sinis. Aku tahu apa yang berada di dalam akal fikirannya dan ianya bukanlah sesuatu yang baik langsung. Ianya sebuah keinginan peribadi yang keji dan terlaknat.

"By the way, petang ni Ibu Ati nak datang. So, kerja awak ringan sikitlah."

Lega sedikit hatiku mendengar bahawa Ibu Ati hendak datang ke rumah. Sekurang-kurangnya bukanlah aku seorang saja yang perlu menghadap muka Tuan Razin itu seorang diri. Adalah juga orang lain yang akan membantuku bersama.

Petang itu, disebabkan Puan Lana masih berada di rumah, aku meluangkan masa di dalam bilik saja. Biarlah dia saja yang menghadap suaminya itu.

Aku cuba untuk menghubungi isteriku tetapi panggilan asyik tidak terjawab. WhatsApp yang diberikan juga sama ada akan dibalas dengan sangat pendek atau bluetick sahaja. Hatiku mulai diburu rasa syak wasangka dan bimbang.

Aku mendail nombor mak sebelum dia menjawabnya pantas.

"Hello, mak..."

"Ya, Fikri. Macam mana kerja?"

Kami berbual pendek sebelum aku bertanyakan mak akan kerunsinganku mengenai Nana. Risau juga aku dibuatnya ketika itu.

"Mak pun tak pastilah, Fikri. Dia cakap dengan mak yang dia kerja kat kilang kampung sebelah tu. Tapi itulah, bila mak tanya lebih nanti dia kata mak busybody pulak. Dia tak angkat call kamu ke?"

"Tak pulak."

"Hmm, entahlah."

"Takpelah, mak. Fikri balik esok nanti Fikri tanya dia sendiri."

"Okey..."

Aku baru hendak menyambung bual dengan mak sebelum pintu bilikku diketuk oleh Puan Lana. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada mak sebelum berlari ke muka pintu membukanya. Puan Lana sudah siap berpakaian penuh sofistikated berdiri di situ.

"I dah nak gerak sekarang so you boleh handle dia baliklah. But sekarang Ibu Ati pun dah sampai so I rasa you don't need to go up there kut. Tapi nanti dia balik, you naiklah tengok eh."

"Oh, Ibu Ati tak tidur sini?"

"You saw Puan Sri Anna Nicole already, kan? Isn't that obvious that she can't be here at all?"

Aku mengangguk-angguk perlahan. Yalah, Puan Sri seorang tu aku tengok seorang pun aku seram dibuatnya.

"By the way, esok nak balik tu naik apa?"

LavenderWhere stories live. Discover now