(E) Twenty-three

1.4K 138 27
                                    

Jiji memisat matanya. Cahaya dari tingkap kecil itu menyuluh tepat ke arah matanya. Bibirnya diketap menahan perit di telapak kakinya. Balutannya telah basah dengan darah. Di lantai juga ada beberapa tompokan darah.

Jiji berpaut pada dinding. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu.

Klak!!

Pintu dibuka dari luar. Terpampang wajah dingin suaminya. Lengannya direntap keluar dari bilik itu.

"Sss, Taehyung! S-sakit la!" dia dengan beraninya merentap lengannya dari genggaman Taehyung.

"Duduk situ" Jiji hanya akur sahaja. Lukanya terbuka kembali. Cecair merah pekat mula mengalir dari celah balutan itu.

Taehyung membawa sebuah peti kecemasan ke ruang tamu. Kaki Jiji ditarik kasar dan diletakkan di atas pahanya.

Taehyung menukar balutan luka Jiji. Dengan tekun dia membersihkan luka Jiji. Balutan Taehyung sangat kemas. Terdetik rasa kagum di hati Jiji.

'Jangan tertipu dengan helah dia. Jangan jatuh cinta dengan dia. Tolong sedar di mana tempat kau, Jiji!'

"Aku memang nak kau mati. Tapi, aku tak nak kau jadi manusia tak guna. Aku tak nak bela biawak hidup dalam rumah ni. Tak boleh buat apa-apa sebab kau sakit. Langsung tak membawa sebarang keuntungan pada aku. Lepas aku dah puas dengan kau, kau boleh blah. Sekarang ni, aku masih boleh tahan. Kalau aku dah tak boleh tahan..." Taehyung sengaja menggantung ayatnya. Dia mengangkat bahu dan tersenyum senget ke arah Jiji. First aid kit diambil dan disimpan.

"Aku nak keluar. Malam nanti aku balik. Jangan tunggu aku kalau kau rasa hati kau tisu"

(skip)

(Jiji POV)

Siap pun masak. Walaupun dia perangai macam lahanat, dia tetap suami aku. Aku tetap kena jalankan tugas sebagai isteri. Aku tak nak jadi isteri nusyuz. Biarlah dia seorang je jadi suami dayus.

Aku dapat dengar deruan enjin kereta Taehyung. Dia dah balik. Baru pukul 10. Sebaik Taehyung membuka pintu, aku dapat tangkap suara dia tengah bergelak ketawa dengan seorang






































































Perempuan.

Apa patut aku buat sekarang?

Nangis?

Jerit?

Lari rumah?

Tumbuk muka diorang sampai berkecai?

"Hey, you! Tercegat apa dekat situ? You tak nampak ke I dengan V oppa dah lapar? Hidangkan makanan untuk kitorang" aku pun buat macam yang disuruh. Aku kena pastikan Taehyung tak marah atau kurung aku. Aku kena raih kepercayaan dia sebab aku nak lari rumah.






Walaupun aku terpaksa dera batin aku.

Jiwa aku.

Mental aku.

Lepas aku hidangkan makanan, aku melangkah ke ruang tamu untuk memanggil dua ekor bitches tu. Tapi, mata aku dah dikotori adegan 18+. Tangan Taehyung mengusap peha perempuan sundal tu. Bukan dari luar skirt tapi dalam.

Ulang suara... Dalam skirt. Mereka yang perasan dengan kehadiran aku menghentikan aktiviti mereka.

"Makanan dah siap" baru je aku nak menapak ke bilik, sundal tu panggil aku.

"Buatkan I hot chocolate. I diet, tak makan nasi malam-malam macam ni" babi betul. Tadi sibuk suruh aku siapkan makanan bagai. Ni, cakap diet pula. Dasar babi berbulu. Aku pun buat hot chocolate untuk dia. Aku menguap beberapa kali. Nak je aku letak racun cap tengkorak dalam air dia ni.

"Nah, semua dah siap" aku melangkah naik ke bilik aku. Baru je labuhkan punggung di atas katil, suara low-key Taehyung bergema memanggil nama aku.

Sebaik aku turun, ikatan tocangku direntap. Aku diheret ke meja makan.

"Kau nak cederakan kekasih aku ke? Kau sengaja kan? Kau rasa air ni--" Taehyung menuang hot chocolate ke dalam mulut aku. Bibir dan lidah aku melecur agaknya. Pedih sangat.

"Kau nak suruh kekasih aku minum benda ni? Kau nak dia mati ke?"

"Kenapa tak tunggu sejuk dulu? Kalau nak ais, boleh je kan ambil dalam freezer? Kenapa tak minta awal-awal. Takkan benda macam tu pun saya nak kena ajar? Benda simple pun tak boleh fikir" aku menghamburkan semuanya. Kau ingat aku tunggul nak hadap semua ni? Aku ada perasaan. Tidak semena-mena, mug hot chocolate itu melayang betul di pipi aku. Perempuan sundal tu yang baling. Cecair hangat mengalir dari celahan bibir aku.

"Dasar perempuan murah! Ingat sikit, you cuma menumpang dalam rumah ni! Jangan nak besar kepala. Bie, jom naik atas. Hilang selera I tengok perempuan tak guna ni" lengan Taehyung dipeluk erat. Dadanya digesel pada lengan Taehyung. Mereka meninggalkan segala bencana pada aku. Akulah yang nak kena kemas semua? Eloklah tu. Dua-dua ekor perangai macam babi.

Aku kemas meja dan basuh pinggan mangkuk yang bersepah di dalam singki. Setelah siap, aku melangkah ke bilik aku. Masa aku lalu di depan bilik Taehyung, mata aku pantas saja memproses dan mengalirkan cecair hangat. Cepat-cepat aku seka dengan tapak tangan.

Bunyi desahan nikmat Taehyung dan bitch itu memenuhi gegendang telinga aku. Kenapa dia seksa aku sampai macam ni sekali?

Aku berlari masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu kuat. Harapnya tak mengganggu aktiviti maksiat mereka.

Aku mencapai bingkai gambar aku dan Taetae, bukannya Taehyung. Gambar yang kami ambil semasa mengunjungi taman tema air di Ilsan. Aku rindu sangat dengan Taetae. Aku rela jaga Taetae sampai bila-bila. Aku bersyukur sangat Taetae sembuh. Tapi, aku tak sanggup nak berdepan dengan Taehyung yang baru ini.

Setiap hari aku terseksa. Aku nak Taetae aku yang dulu! Yang baik, manis, manja dan sayangkan aku.

Ouh, aku lupa. Semua itu cuma sandiwara untuk menutup sumbang mahram antara dia dengan kakaknya.

Selama ni, akulah yang bodoh. Aku yang jejakkan kaki aku sendiri ke neraka ni.

Tiba-tiba daun pintu bilikku dikuak dari luar. Bunyi derapan tapak kaki menghampiri katilku. Aku pejamkan mata aku erat. Bingkai gambar tadi aku sembunyikan di bawah bantal. Hujung selimut aku genggam erat.

Tilamku sedikit tenggelam. Ada orang baringkan dirinya di sebelahku. Wangian maskulin Taehyung menusuk rongga hidung. Minyak wangi yang aku hadiahkan masa hari perkahwinan kami dulu.

Tangan kekarnya direhatkan di atas pinggangku. Perut kempisku diusap penuh sensual. Kau tak penat lagi ke dengan sundal tu tadi?

Rambutku yang mengurai di belakang dialihkan ke atas bahu. Belakang tengkukku dicium beberapa kali. Aku dapat rasakan dia menyembamkan mukanya di belakangku.

Mahu saja aku hentikan masa. Kekalkan kedudukan kami sebegini. Sedikit sebanyak aku berasa seperti disayangi. Walaupun cuma sebentar. Walaupun dia tidak ikhlas. Aku cukup bahagia. Aku harap bila aku buka mata esok, Taetae aku kembali.

















*kesian Jiji 😭 nak je author hempuk si Taehyung tu. abaikan segala typo. sorry kalau lame. enjoy reading*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now