(N) Sixty-one

644 51 33
                                    

Jiji dan Taehyung sama-sama melangkah keluar dari gedung membeli-belah itu. Memandangkan Rain menyewa lot di dalam gedung itu untuk Glimmer Touch Bridal Boutique, mereka sempat singgah di sebuah kafe untuk berbual dan berkongsi cerita.

Jiji berjalan dengan pantas seperti lipas kudung sehingga Taehyung penat mengejarnya.

"Hei, saya tahulah awak dah terlebih dos gula hari ni. Janganlah laju sangat. Kalau jatuh, macam mana?" tangan wanita itu dipegang erat supaya dia memperlahankan gerak kakinya.

"Saya nak balik cepat, penat satu badan sebab seharian berjalan. Pinggang saya pun dah sengal" tangan kirinya menampung pinggang yang terasa seakan sudah terpisah dari badan.

"Sebab tulah saya nak kita kahwin cepat. Boleh saya jagakan awak, urut awak"

"Jiji hati-hati!" jeritan seseorang membuatkan mereka berdua mengalihkan perhatian mereka. Kelibat seorang lelaki berpakaian serba hitam dan pistol di tangannya membuatkan Taehyung memeluk Jiji dari hadapan.

Bang!

Sebutir peluru menembusi bahagian bahu lelaki itu. Nafasnya berat dan tersekat-sekat menahan keperitan di bahunya. Tubuhnya kemudian jatuh terjelopok di hadapan Jiji namun sempat ditahan. Wanita itu melutut sambil memangku kepala Taehyung.

"T-taehyung!" airmatanya jatuh setitis demi setitis di atas wajah Taehyung. Jiji melonggarkan skaf di lehernya dan menekup bahagian bahu Taehyung.

"Jiji!" Seokjin berlari ke arah mereka setelah penembak tepat itu beredar.

"Seokjin! Ambulans! Cepatlah!" jantungnya berdegup kencang apabila darah mula menitis menembusi skafnya. Rasa kesal menyelubungi hatinya.

"J-jangan tutup mata. Sekejap lagi ambulans sampai" Taehyung mengangguk sambil tersenyum. Tangan wanita yang bertakhta di hatinya itu diraih sebelum mereka bertentangan mata.

"S-saya dah tunaikan janji saya pada awak. Saya sayang awak lebih dari nyawa saya. Saya dah lindungi awak dan anak kita dengan nyawa saya. Jaga mereka baik-baik" tangannya jatuh terkulai lantas tangannya menyejuk.

🌼🌼🌼

Sejambak lili putih diletakkan di atas pusara yang masih segar itu. Seluruh ahli keluarga berduka cita dan memberikan penghormatan terakhir pada mendiang. Seokjin mengusap gambar yang dipajang pada bingkai kayu jati itu.

"Aku janji, aku akan tunaikan permintaan terakhir kau. Aku akan jaga anak dan isteri kau sebaik mungkin. Jawatan kau di syarikat ni, aku akan serahkan kepada yang layak. Terima kasih atas khidmat bakti kau. Selamat jalan, sahabat" sebaik keranda ditutup, Seokjin berdiri sebaris dengan ahli keluarganya yang lain.

Seonho adalah yang paling terkesan dengan pemergian tersebut. Bahu bapa saudaranya dirangkul untuk menenangkan lelaki separuh abad itu. Setelah majlis selesai, Seokjin beredar dari dewan untuk ke suatu destinasi.

🌹🌹🌹

Taehyung membuka matanya perlahan. Segala yang kabur menjadi jelas, dia dikelilingi ruangan berwarna putih.

"Aku di syurga ke?" dia melihat di kawasan sekelilingnya.

Luas.

Itulah perkara pertama yang boleh dia ungkapkan.

Wangi.

Aroma sama yang selalu dia hidu pada pakaian milik isterinya.

Kosong.

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now