(N) Thirty-nine

1.1K 140 8
                                    

"Byeonghan! Jihae!"

"Oppa"

"Byeonghan, apa kau buat dekat sini? Apa yang aku suruh kau buat?"

"Saya dah ikut arahan awak--"

"Kalau dah ikut, macam mana kau boleh ada dekat sini? Maksudnya, kau dah kantoilah ya? Tak boleh harap langsung! Kalau aku tahu, aku takkan ambil kaulah! Kau patut buang angan-angan kau untuk jadi pengintip handalan syarikat aku"

"Oppa, sudahlah tu! Tak malu ke semua orang pandang? Nak sangat publisiti murahan?" Jiji cuba mengawal not suaranya agar tidak menarik perhatian orang awam.

"Buat apa sampai nak upah pengintip untuk intip Jiji? Keluarga oppa memang macam tu ke? Semuanya possesive! Apa hak oppa nak kongkong hidup Jiji?!"

"Bukan macam tu--"

"Habis tu macam mana?!" Seokjin kehilangan kata-katanya. Keluhan panjang dan berat terlepas dari dua ulas bibir merah jambunya.

"Oppa ada 2 jam sebelum mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah. Boleh kita duduk dekat mana-mana dulu? Kita bincang" bahu Jiji disentuh lembut. Akhirnya, dia mengangguk tanda setuju.

®©

"Sebenarnya, bukan oppa yang nak intip Jiji. Tapi, appa Taehyung nak pastikan Jiji, Jisung dan baby tu selamat. Kami tak ada sebarang niat tak baik" croissant vanila yang dia beli tadi dipotong 2. Sebahagiannya diberikan kepada Jiji.

"Kenapa nak kena intip? Kenapa tak berdepan secara langsung. Tindakan korang buatkan kami rasa terancam dan tak selesa. Rasa macam banduan yang diburu. Oppa tahu kan? Jiji masih trauma dengan Taehyung?" Seokjin mengangguk. Kali ini, jus epal segar menjadi sasaran bibir mungil Seokjin.

"Ya, oppa tahu. Maafkan kami. Kami tak sedar yang tindakan kami ni membuatkan Jiji hidup tak tenteram. Oh, memandangkan kita dah bersembang jauh ni, apa kata Jiji tunjuk dekat oppa di mana rumah Jiji? Kalau oppa datang sini lagi, tak payahlah oppa sewa bilik hotel. Selamat duit oppa" seloroh Seokjin. Ketawa riang mereka berdua terhambur. Sudah lama Jiji tidak merasakan kebahagiaan seperti itu.

'Kalaulah dari sekolah tinggi aku perasan tentang Seokjin oppa, mesti sekarang ni aku dah jadi wanita paling bahagia dan beruntung dekat dunia ni. Tapi, tak sangka takdir aku berbeza dan kejam daripada apa yang aku bayangkan. Rugi~ rugi~'

Jiji berjalan beriringan dengan Seokjin ke Tealive Outlet, tempat di mana Byeonghan sedang menunggu Jiji. Katanya, dia tidak mahu mengganggu perbualan peribadi antara dua orang manusia itu.

"Terima kasih sebab teman Jiji sampai sini. Nanti kalau senang-senang, singgahlah rumah kami. Jiji dah kongsi lokasi dekat WhatsApp oppa. Jaga diri, okay?"

"Yalah. Kamu pun jaga diri. Kalau dah dekat nak bersalin nanti, cepat-cepat bagitahu kami. Bolehlah kami jaga Jiji dekat sini. Aunty Ahryeong pun rindu dekat Jiji. Oppa pergi dulu. Mesyuarat dah nak bermula. Annyeong!"

"Jadi, kita bolehlah sambung kerja kita yang tergendala tadi kan? Jom! Masa kamu berdua bersembang tadi, eonnie ada survei beberapa kedai. Comel sangat! Mesti Jiji rambang mata. Jom! Jom!" Byeonghan merangkul lengan berisi Jiji. Maklumlah, badan pasti semakin berisi kalau berbadan dua.

"Lepaskan akulah, sial! Aku tak nak duduk dekat tempat ni! Kenapa kurung aku?! Aku bukan binatang! Woi, kau dengar tak apa aku cakap ni?!" bergegar satu wad kuarantin dek penangan suara serak basah Kim Taehyung. Pesakit dari bilik lain mula terjenguk-jenguk melalui jendela kecil yang menghubungkan mereka dan dunia luar.

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now