(N) Sixty-two

680 55 1
                                    

"Lepaskan akulah! Kau kenal tak aku siapa?! Aku Gabenor Shin Yeokwan! Aku boleh tamatkan riwayat kau kalau aku nak!" Gabenor Shin meronta apabila dia ditahan oleh pihak polis.

"Tuan Gabenor, kami bukan nak buat apa-apa pun dengan tuan. Kami cuma nak rakam keterangan. Kenapa tuan takut sangat ni hm?" ujar Inspektor Jimin sebagai umpan. Gabenor Shin berhenti meronta dan membetulkan pita suaranya.

"Aku bukan takut. Aku cuma nak jaga r-reputasi aku. Tu saja. Kalau orang nampak aku digari macam ni, apa yang masyarakat akan cakap pasal aku"

"Masyarakat akan keji kau sebab kau memang berhati binatang. Dasar orang tua gatal. Kau tak dapat aku, kau nak bunuh aku pula. In your dreams, @$$HOL£! Aku akan pastikan kau tak akan dapat rasa nikmat hidup lagi lepas ni. Mungkin kau lupa yang appa aku juga orang ternama di Seoul? Sebab kau anggap aku perempuan murah yang kau boleh dapat bila petik jari kan?!"

Amukan Jiji membuatkan Gabenor Shin gugup dan berpeluh hebat. Tak sangka perbuatan khianatnya terbongkar. Mahu saja dia gali semula kubur milik Jungkook dan menembak kepalanya berkali-kali. Pembunuh upahan itu juga licik. Dia telah berjaya melepasi sekatan polis di lapangan terbang. Sekarang, pihak berkuasa Seoul sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa.

"Shin Yeokwan, kau dan Jungkook sama-sama pengkhianat dan tak patut hidup di atas muka bumi ni. Tapi, kau yang paling keji. Kau bunuh Jungkook untuk tutup kesalahan kau kan? Anak buah kau bodoh, tak berkualiti macam sampah. Kau lupa ke yang perkarangan rumah Jungkook ada kamera litar tertutup?" Taehyung tergelak sinis sebelum menyerahkan salinan rakaman tersebut kepada Inspektor Jimin.

"Terima kasih, Tuan Kim. Bukti-bukti ni sangat membantu untuk pihak mahkamah menjatuhkan hukuman" Inspektor Jimin berjabat tangan sebelum mengarahkan pegawainya untuk mengheret Gabenor Shin ke sel lokap sementara.

"Selamat bergembira di neraka jahanam, Yeokwan" Jiji tersenyum mengejek sebelum memaut lengan Taehyung dan beredar dari balai tersebut.

🍁🍁🍁

Jiji melangkah masuk ke gedung yang menempatkan pejabat milik Kim Taehyung. Dia tiba bersama seorang pengawal peribadi yang memegang beg kanvas berisi kad jemputan majlis perkahwinan semula mereka.

Kelihatan beberapa gadis seusia 20 tahun datang untuk ditemu duga bagi mengisi kekosongan jawatan Jungkook. Hari ini, Taehyung sendiri yang akan menemu duga mereka. Katanya, sudah lama dia terperuk di rumah sedangkan luka jahitannya sudah sembuh.

Jiji bertemu dengan Byeongchul di kubikel khasnya. Dia tidak dibenarkan masuk ke dalam pejabat Taehyung semasa temu duga dijalankan.

"Byeongchul-ah!" sapa Jiji mesra. Mereka hanya seusia, maka tiada panggilan signifikan di antara mereka.

"Jiji. Buat apa datang sini?" Jiji menunjukkan beg kanvas yang berada dalam pegangan pengawal peribadi upahan Taehyung. Beg itu bertukar tangan kepada Byeongchul.

"Tolong edarkan kad jemputan ni untuk staf. Taehyung tak sempat nak edarkan. Lama lagi ke sesi temu duga tu? Jiji nak ajak Taehyung makan tengah hari"

"Rasanya sekarang tak ada calon temu duga. Pergilah masuk dalam pejabat Taehyung. Kalau dia marah, Chul hempuk beg ni dekat kepala Taehyung" dia tersengih menampakkan sebaris giginya yang putih bersih. Jiji mengangguk lalu menguak pintu pejabat Taehyung perlahan-lahan.

"Apa kelebihan awak?"

"Saya boleh bertutur pelbagai bahasa. Bahasa tubuh pun saya faham" Taehyung tersenyum kekok sebelum membelek resume milik calon tersebut.

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now