(E) Twenty-one

1.4K 142 24
                                    

(Jiji POV)

"Ingat apa yang aku pesan tadi. Kalau eomma ajak tidur rumah dia, pandai-pandailah bagi alasan supaya kita boleh balik rumah aku. Aku tak percayakan kau. Faham tak?" mulut Taehyung tidak henti-henti memberi amaran pada aku. Aku hanya pekakkan telinga dan mengabaikan kata-kata lelaki yg patut dilabel sebagai 'jantan tak guna' ini. Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta. Melayan perasaan.

Aku terpandang timbunan rumput segar di tepi jalan. Seronokkan hidup macam rumput? Bebas je. Walaupun tak ada siapa pun kisah tentang kewujudan dia, sekurang-kurangnya tak ada siapa pun nak sakitkan hati dia. Tiba-tiba telefon Taehyung berdering. Mesti perempuan tak guna tu telefon.

"Hello, eomma. Ya, kitorang nak sampai dah ni. Tidur sana? Rasanya tak boleh kot, ma. Tae ada kerja. Lusa dah kena lapor diri dekat pejabat. Isteri kesayangan Tae ni pun dah rindu sangat dengan rumah kami" cis, munafik kuasa 4 betul jantan ni. Babi tanduk 11. Dia ni boleh ganti watak Nasir Bilal Khan dalam Munafik 2. Jadi Abuja.

(skip)

Kaki aku melangkah keluar dari perut kereta setelah tiba di halaman rumah keluarga Kim. Jujur, aku katakan yang aku sedang dihimpit rasa takut. Mungkin seluruh keluarga ni ada niat tak baik dekat aku. Mungkin diorang kahwinkan aku dengan jantan tu untuk jaga kepentingan diorang. Aish, serabut otak aku.

"Woi, sundal! Tercegat apa lagi dekat situ? Nak tunggu aku jemput? Aku dukung? In your dream! Masuk cepat. Terhegeh-hegeh" Taehyung melanggar bahu kiri aku. Nasib baik aku baru discharge dari hospital. Kalau tak, memang aku pijak pisang kau sampai lunyai.

Dia menyalami eommanya. Nampak macam anak mithali terakhir. Tch, boleh mampus. Sekarang giliran aku pula. Bila aku labuhkan punggung di sebelah dia, dia tarik pinggang aku mendekatinya. Tangannya direhatkan di atas bahu aku. Tipulah kalau aku tak rasa apa-apa. Tapi, aku cuma boleh kunci perasaan tu jauh-jauh di dasar hati.

"Eomma nak sediakan minum petang. Korang duduklah dulu" baru saja eomma Kim nak tinggalkan kami berdua, aku terus membontoti langkahnya.

"Tak apa eomma, Jiji tolong ya?" aku memeluk lembut lengan eomma. Kami berjalan beriringan ke dapur. Rindu pulak dekat eomma aku. Haih! Agak-agak lepas ni dia bagi aku balik rumah keluarga aku atau tak?

Aku jenguk ke ruang tamu. Dia masih melekat depan televisyen. Mungkin ni waktu terbaik untuk aku korek rahsia keluarga ni terutamanya pasal si Taehyung.

"Eomma boleh Jiji tanya sikit? Tapi, eomma janji dengan Jiji boleh? Jujur dengan Jiji" aku merenung dalam anak matanya.

"Kenapa ni? Macam serious je. Eomma akan cuba jawab sehabis baik yang eomma mampu"

"Taehyung dengan Hyemi eonnie...."

"Jiji, eomma!"

Oh, Tuhan. Matilah aku lepas ni.








*ayo hitman bang introduces hit it the second audition 😂 hope korang enjoy. vomment juseyo!! sorry kalau lame*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 💓😘*

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now