(E) Two

2.1K 231 56
                                    

(Yoon Jihae POV)

"Oppa, cepatlah! Jiji dah lambat ni! Nanti Mr. Jintan denda. Cepatlah!" laungku dari bawah. Oppa aku paling lembap kalau bab-bab bersiap. Well, hot stuff dekat sekolah kitorang.

"Berjanggut Jiji tunggu tahu tak?" oppa aku hanya tersengih kambing.

"Saya, Yoon Jisung melapor diri Madam!" dia buat lawak hambar pula. Makin dilayan makin menjadi pula nanti. Aku terus menarik lengannya menuju ke bus stop berhampiran rumah kitorang. Kami ni bukanlah orang yang susah. Appa kitorang ada Lamborghini, Lamborghitu. Senang cakap, completelah. Tapi, kami adik beradik lebih suka hidup sederhana macam student lain.

Bas pun sampai setelah hampir setengah abad ku menunggu.

Sebaik kami menjejakkan kaki ke dalam bas, para 'perempuan' sudah menggeletis bila nampak oppa aku. Hah, kehidupan adik budak hot memang selalu untuk diabaikan.

"Oppa, tempat sebelah Somi ni kosong. Duduklah sini"

"Eh, Jisung oppa duduk dengan Taeyeon kan harini? Kelmarin kan dah duduk dengan perempuan ni" perang dunia pun meletus di dalam bas ni sebab nak duduk tepi oppa aku.

(End POV)


Sesampainya di sekolah, mata Jiji hampir terjojol keluar. Pasukan bola keranjang sekolah sedang menjalani latihan intensif di gym sekolah. Matanya tidak lepas memandang Ong Seungwoo.

"Uish, badan berketak. Bisep besar. Perfect tricep! Omg... My hearteu" sedang dia leka menghendap anak teruna orang, tiba-tiba saja kepala Jiji diketuk dengan daftar kehadiran pelajar. Pening kepalanya yang lawa itu.

"Kamu menghendap eh? Dahlah datang lambat, menghendap lelaki pula tu. Apa nak jadi dengan kamu ni?" marah Mr. Jintan sambil bercekak pinggang.

"Mr. Jintan tersayang, umur kau beza 2 tahun je dengan aku. So, tak payah berlagak sangat. Tu pun nasib kau je dapat otak cerdik terlajak sampai boleh skip gred" Jiji menggulingkan biji matanya.

"Apa-apa pun, dekat sekolah ni aku cikgu kau. Cubalah hormat sikit. Nanti orang kata aku tak pandai ajar sepupu aku. Dahlah, pergi masuk kelas. Harini aku lepaskan kau. Shuuuuhhh!"

"Tak payahlah halau aku macam ayam. Ergghh!!" Jiji berjalan sambil menghentak kaki masuk ke kelasnya.

(skip)

"Ji, harini jangan merayau ke mana-mana. Eomma suruh balik awal. Ada benda nak bincang katanya" kata Jisung.

Jiji cuma menunjukkan simbol 👌.

Tiba-tiba Jiji melompat apabila melalui kawasan koridor.

"Oh my god! Daniel oppalah!" jerit Jiji sambil menyiku Shirain, teman baiknya.

"Handsome lagi Daehwi oppa aku" bidas Shirain tak mahu mengalah.

Jiji menahan seorang junior lelaki yang lalu berhampiran dengan mereka.

"Hobae, boleh tolong sunbae tak? Nampak tak Daniel sunbae yang berambut pink tu? Tolong minta dia tandatangan dekat sini boleh?" tanya Jiji sambil menunjukkan diarinya yang tertampal sekeping polaroid Kang Daniel, crushnya yang entah ke berapa.

Selepas beberapa minit, junior tersebut kembali dengan gambar yang telah ditandatangani oleh Daniel. Jiji melompat seperti kanak-kanak tak cukup zat. Dia mengambil smartphone miliknya kemudian mengambil sekeping gambar dirinya bersama tandatangan Daniel. Kemudian, apa lagi? Mestilah memuatnaik ke akaun Instagramnya. Shirain cuma memberi pandangan "bebudak-zaman-sekarang"

"Rain, aku nak kena baliklah. Eomma aku suruh balik awal hari ni. Annyeong, jumpa esok ya?" Jiji terus berlari ke pintu pagar untuk pulang ke rumah bersama Jisung.

"Sung, eomma suruh kita balik awal kenapa?" tanya Jiji dalam bahasa yang agak aneh pada pendengaran Jisung. Jiji bercakap sambil menikmati popcornnya.

"Kau cakap bahasa apa ni? Aku tak fahamlah. Cakap elok-elok boleh tak?" Jisung memandang Jiji tajam.

"Kenapa eomma suruh kita balik awal?"

"Ha, baru aku faham. Entah!" jawapan Jisung membuatkan Jiji merasakan bahawa oppanya ini stupid and useless.







*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now