"Macam mana keadaan adik saya?"
"Adik En. Yoon baik-baik saja. Cuma, alahan bagi trimester pertama memang agak ekstrem. Jadi, saya sarankan Pn. Yoon ambil Oral Rehydration Salt mengikut dos yang ditetapkan untuk elakkan dehidrasi. Itu sahaja. Ubat boleh ditebus di kaunter"
"Terima kasih, Doktor Rachel"
"Apa dia cakap tadi, Sung?"
"Tulah. Dulu masa sir mengajar kau lelehkan air liur basi. Dia kata, alahan untuk 3 bulan pertama memang teruk sikit. Jadi dia bagi larutan garam untuk elak dehidrasi. Faham?" Jiji mengangguk.
"Lepas ni aku akan carikan kelas Bahasa Inggeris untuk kau. Kita bukan nak duduk sini sehari dua. Tapi, sampai semester aku habis. Lepas tu, mungkin kita balik ke Korea. Itu pun kalau aku rasa nak balik Korea lepas ni" Jisung menebus ubat di kaunter dan mengimbas kad kreditnya untuk membuat pembayaran.
"Bos, Jiji baik-baik saja. Cuma alahan ekstrem untuk trimester pertama"
"......"
"Baik, bos"
"Sung, aku laparlah" Jiji memuncungkan mulutnya. Perutnya yang sudah mula membesar diusap perlahan. Kalaulah dia masih berada di Korea, dia akan tawaf satu Seoul dan makan sepuasnya.
"Aku ada beli roti dengan air kotak. Kau makanlah dulu. Nanti kita singgah pasar raya 24 jam. Kau nak beli apa-apa, kau beli je" mata Jiji mula bersinar apabila perkataan "apa-apa saja" keluar dari mulut Jisung. Dia sudah merancang untuk membeli banyak snek dan jeruk.
¤®©¤
"Bos, saya gagal jejaki diorang. Kami tak dapat kesan pergerakan mereka sejak dari lapangan terbang hari tu lagi"
"Kau hilang jejak diorang dari hari pertama? Sekarang baru nak bagitahu aku?! Tak guna! Tak boleh harap! CARI SAMPAI DAPAT! Kalau tak, jangan harap kau nak merasa gaji kau" panggilan ditamatkan oleh Taehyung. Telefonnya dilempar ke atas tilam.
"Dasar tak guna! Terbaik konon! Kerja mudah pun tak boleh nak selesaikan! Buang masa aku je" kunci keretanya dicapai. Dia tahu ke mana dia harus pergi untuk mendapatkan pengintip handalan.
•
•
•
•
(skip)
•
•
•
•
"Jin, aku nak minta tolong kau sikit ni" Seokjin yang sedang menyemak dokumen itu mengangkat wajahnya apabila Taehyung menerjah masuk tanpa mengetuk pintu biliknya.
Dokumen itu diserahkan kembali kepada setiausahanya. Dia mengarahkan wanita itu agar meninggalkan mereka sendirian.
"Jangan sambungkan apa-apa panggilan ke pejabat saya. Beritahu mereka yang saya ada mesyuarat" wanita itu mencatat pesanan bosnya di dalam iPad sebelum meninggalkan ruangan itu.
"Apa yang kau nak? Dahlah tinggalkan aku terkontang-kanting dekat syarikat seorang diri. Sekarang ni, masuk pejabat macam penyangak mana entah. Bila kau nak tolong aku?"
"Aku datang bukan nak dengar kau membebel. Aku nak minta seorang dua dari pengintip kau" Seokjin menjongketkan kening.
'Dah gila ke apa budak ni?'
"Kau nak buat apa? Pengintip aku bukan diupah untuk buat kerja-kerja jahat ya? Diorang dibayar untuk pantau pergerakan ahli keluarga kita sahaja"
"Jiji ahli keluarga kita kan? Aku nak intip pergerakan Jiji"
"Kalau kau nak intip Jiji, aku tak izinkan. Cukup-cukuplah kau seksa dia selama ni. Biarkan dia hidup aman dengan cara dia sendiri. Kau dah tak perlu atur hidup dia lagi. Untuk pengetahuan kau, aku dah tahu segalanya. Jadi, aku takkan benarkan kau kacau Jiji lagi lepas ni. Atau mungkin kau akan diperhatikan oleh 'mata-mata' aku" Taehyung lantas bangun dan keluar dari pejabat Seokjin. Sempat lagi lelaki itu menumbuk dinding pejabat Seokjin.
"Dasar jantan psycho. Kalau sesiapa tanya, memang aku cakap tak kenal dengan setan tu"
Komputer ribanya dibuka. Beberapa butiran mengenai Yoon Jihae ditaip dan di e-melkan kepada bapa saudaranya. Beberapa keping gambar yang berada di dalam simpanannya turut dilampirkan bersama.
'Kau takkan jumpa Jiji dah lepas ni, Taehyung. Aku takkan benarkan kau nampak bayang dia sekali pun'
*sorry, chap kalini agak hambar tapi sebenarnya ada banyak klu dalam chap ni.. so, good luck figuring it out*
*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*
YOU ARE READING
Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•
Fanfic🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 미성속 한 남 편 (Immature Husband) 💄K-Novel💄 The truth untold Is the most painful It may destroy your trust 💜Cinta perlukan pengorbanan 💜 Status : COMPLETED By : @Miss_RoseGold Start : 03 Oct 2018 E...