(N) Fifty

1K 78 5
                                    

"Just enjoy the night. I'm gonna treat you like a real king, Gwangsan Kim"





Kedinginan yang menyengat bahagian bahunya mengganggu tidur nyenyak wanita itu. Tangannya meraba-raba selimut untuk ditarik ke atas dan menutupi bahunya yang terdedah. Sesekali, keluhan berat terlepas dari bibir mungilnya. Tubuhnya penat dan terasa berat seperti ada yang 'menumpangi' badannya.

Tekaknya yang terasa berpasir memaksa dirinya untuk menggagahkan diri untuk meninggalkan 'syurga'nya. Terkebil-kebil matanya memproses pemandangan yang terhidang di depan matanya. Figura seorang lelaki tinggi lampai yang hanya bertuala paras pinggang menampakkan tubuh sasanya.

"Selamat pagi. Nyenyak tidur, semalam?" suara serak pagi yang lama tidak didengarinya. Adakalanya, dia merindui Taetae yang sukar dibangunkan dan sukar untuk dimandikan setiap pagi.

'Ah! Lupakan! Fokus dengan situasi sekarang ni'

"Kenapa awak boleh masuk dalam bilik saya? Awak mandi? Bilik mandi di suite awak tak berfungsi ke? Kenapa tak hubungi pihak ho--" jari telunjuk runcingnya melekap pada mulut bertih Jiji. Tersentak wanita itu kerana tatapan Taehyung dan wangian maskulinnya. Mahu saja dia lena dalam pelukan lelaki ini. Namun, ego, dendam dan kisah lama menghalang dirinya daripada berbuat demikian.

"Semalam. Awak tak ingat apa-apa?" wanita itu hanya mampu mengerutkan dahinya menahan perit kesan alkohol yang masih bersisa.

"Maafkan saya, Jiji. Saya tak sengaja. Kita tak sengaja--" tamparan berbisa milik Jiji singgah di pipi kiri milik jejaka itu. Remuk hatinya mendengarkan keterlanjuran mereka. Dia mengintai ke bawah selimut. Ya, tiada seurat benang pun yang membaluti tubuhnya. Salah siapa? Apa yang akan berlaku terhadap kehidupannya selepas ini?

"Awak--" Taehyung menggelengkan kepala seakan mengerti soalan yang akan diajukan oleh wanita itu. Jiji terdiam, kaku, terkejut dan pelbagai perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Dadanya seperti hendak meletup dan bertaburan di atas katil itu.

"Keluar. Saya tak nak tengok muka awak. Keluar sebelum saya panggil pengawal" Taehyung akur dan meninggalkan Jiji untuk masuk ke suitenya melalui pintu dua hala.

Jiji bangkit dengan comforter yang membaluti badan dan mengunci pintu dua hala yang menghubungkan suite mereka. Terasa lemah kedua-dua belah lututnya saat itu. Comforter itu menjadi mangsa amukannya. Disepak, dihempas dan ditumbuk.

"Apa aku nak buat ni? Kalau tersangkut macam mana? No! Aku kena rahsiakan semua benda ni! Argh, tapi nanti orang akan tahu juga!"

S

K

I

P

"Selamat pagi Cik Yoon" sapaan para pekerja langsung tidak dihiraukan. Mukanya kelat dan ketat sepanjang masa.

"Kenapa dengan Cik Yoon tu? Tiba-tiba saja nak naik angin dengan kita. Semalam elok saja aku tengok"

"Biarlah. Mungkin ada masalah peribadi atau masalah syarikat di Amsterdam sana"

"Kamu berdua buat apa di sini? Dewan, busana dan alatan lain dah dikemaskan? Sekejap lagi kita dah kena hantar barangan ke pelabuhan" ujar Taehyung kepada dua orang staf di situ. Kedua-duanya tersengih lalu bergegas tapak pertunjukan fesyen semalam.

"KENAPA SAMPAH MASIH ADA DALAM BANGUNAN? NI, LANGSIR DAN ALAS MEJA! KENAPA BELUM DILIPAT? EH, KERJA SENANG PUN TAK BOLEH BUAT KE HAH? BAIK KORANG SEMUA BERHENTI, DUDUK RUMAH!" jerkahan seseorang menyentakkan Taehyung. Laju sahaja kakinya melangkah ke arah punca suara itu datang.

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now