🔔 AWAS! CHAPTER TEPU DAN HAMBAR MENANTI DI BAWAH. PEMBACA BAWAH UMUR, SILA BERHATI-HATI 🌋
"Nama saya Hwang Minhyun. Selamat berkenalan" Jiji menyambut salam perkenalan daripada Minhyun.
"Jomlah kita pergi bilik operasi buku teks. Kejap lagi dah nak tutup" Jiji membontoti setiap langkah Minhyun. Termengah-mengah Jiji dibuatnya padahal tak sampai 50 meter pun perjalanannya.
"Eh, awak okay tak ni? Nah, tisu untuk lap peluh awak. Awak duduk sini, saya pergi daftarkan awak. Saya nak pas pelajar"
"Eh, tak payahlah susah-susah untuk saya. Saya bolehlah pergi ambil sendiri" Jiji cuba untuk tersenyum walaupun jantungnya terasa hendak terkeluar akibat kepenatan.
"Awak tak percayakan saya ke? Saya takkan larikan pas pelajar awaklah. Lagipun, mana ada susah. Kita kan sama kursus. Kita boleh jadi kawan kan?"
"Ah, mestilah boleh. Tak apalah, biar saya ikut awak. Lagipun buku-buku tu buku saya. Jomlah" Jiji melangkah ke hadapan. Dengan mudah, Minhyun menyaingi langkahnya.
Dari pendaftaran sehinggalah penerimaan buku, semuanya dilakukan oleh Minhyun. Naik segan Jiji dibuatnya. Baru kenal sehari tetapi dah menyusahkan.
"Awak, terima kasih sebab tolong saya. Kita baru kenal sehari tapi saya dah susahkan awak banyak kali. Emm, boleh saya ambil buku teks saya?" Jiji menggosok belakang lehernya.
"Tak apalah, benda kecil je. Biarlah saya bawa buku awak. Ringan saja ni" Minhyun dengan lagaknya memegang tangkai plastik itu menggunakan satu jari.
"Eh, awak nak bawa buku awak lagi. Mestilah berat. Bagila--"
"Aip, saya tak suka orang bantah cakap saya. Kalau awak nak tengok saya berubah jadi singa comel, awak buatlah perangai" Minhyun memasang riak seriusnya tetapi comel di mata Jiji.
Telefon pintar yang berada di dalam saku Jiji bergetar menunjukkan ada panggilan yang masuk. Panggilan itu adalah panggilan video dari Pn. Kim.
"Hai, sayang! Kamu buat apa tu? Jalan-jalan dekat mana hari ni" ujar Pn. Kim dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
"Hai, eomma! Jiji baru selesai pendaftaran untuk kursus luar musim. Jiji bosan duduk dekat rumah. Lagipun tarikh bersalin lambat lagi. Kalau sertai kursus ni, tak adalah Jiji buang masa macam tu je. Ah, sebelum terlupa! Kenalkan kawan Jiji, Minhyun. Minhyun, ni eomma saya" Minhyun tersenyum manis ke arah Pn. Kim. Hendak dilambai tetapi buku-buku di tangannya telah membataskan pergerakan.
'Jiji betul-betul dah move on. Dah ada kehidupan sendiri di sana. Ya Tuhan, kenapa hati aku berat untuk lepaskan dia. Aku masih tak boleh terima yang Jiji dan Taehyung akan bercerai tak lama lagi' hampir saja airmata milik Pn. Kim menitis namun segera dia memusingkan badan.
"Jiji, eomma kena pergi dulu. Appa dah panggil. Jaga diri, jaga kandungan tu baik-baik. Eomma pergi dulu" talian segera diputuskan. Airmata yang ditahan itu mencurah-curah ke pipi. Sengaja dia ciptakan alasan untuk memutuskan perbualan.
"Eomma takkan biarkan cucu eomma hidup tak terbela di luar sana. Jangan risau, sayang. Halmeoni akan sentiasa ada untuk kamu walaupun jauh.
®©
"Terima kasihlah, Minhyun. Susah-susah je hantar saya balik. Hari ni, dah 3 kali saya susahkan awak. Terima kasih, ya?" Jiji membongkokkan badannya.
"Eh, tak apalah. Lagipun saya tak ada kawan. Untunglah jumpa dengan awak, dari Korea pula tu. Tak adalah saya sunyi dekat negara orang ni. Memandangkan kita sama kursus, boleh saya minta nombor telefon awak? Nanti bolehlah kita buat tugasan sama-sama" Jiji mencapai sekeping kertas dan pen dari beg tangannya. Nombor telefonnya dicatat lalu dihulurkan kepada lelaki itu.
"Saya masuk dulu. Annyeong!" Jiji menggendong buku teksnya seperti bayi lalu masuk ke dalam rumah. Minhyun pula tersenyum-senyum sehingga ke dalam kereta.
"Ha! Balik dengan siapa?! Kenapa tak bagitahu?!" sergah Jisung dari dapur. Mahu sahaja Jiji melompat di situ.
"Ish, kau nak bagi aku mati sakit jantung ke?! Tu Minhyun, kawan sekuliah aku. Kau tulah! Aku telefon bukan tahu nak jawab. Mesti kau main Mobile Legend sampai habis bateri kan?" Jisung termalu sendiri.
"Yalah, mak cik. Aku salah, aku minta maaf. Bila kursus kau mula?" kopi buatannya disisip sedikit. Berair matanya dek penangan kehangatan kopi itu.
"Jumaat ni. Ada sesi orientasi. Kau tak kerja kan hari Jumaat? Kau kena hantar lepas tu ambil aku dekat universiti"
"Amboi, duit minyak siapa nak bayar?"
"Mintalah dekat appa. Hahahaha" Jiji beredar masuk ke dalam biliknya.
'Sejak mengandung ni, makin tak siuman adik aku'
-------
"Eh, korang nak buat apa dekat aku ni?! Kau nak bunuh aku ke, perempuan?! Lepaslah!" bergegar seluruh katil kerana amukan Taehyung. Dulang ubat-ubatan disepak hingga bertaburan di atas lantai.
"Aku tahu! Korang semua tipu aku kan? Bukan Hyemi yang nak aku ada dekat sini! Mesti Jiji kan? Perempuan sial tu kan? Dia tak boleh tengok aku bahagia dengan Hyemi!"
"Bawa bertenang, Encik Kim. Itu semua andaian semata-mata. Kami buat semua ini untuk kebaikan Encik Kim. Paramedics, bawa dia ke bilik rawatan" katilnya disorong oleh seorang petugas manakala petugas lain memegang kaki serta tangannya.
Keluarga Taehyung sanggup membayar kos untuk meminjam pasukan psikiatri Korea ke Britain untuk memudahkan komunikasi antara Taehyung dan pasukan rawatan.
Topeng pernafasan yang dipakaikan kepada Taehyung. Tangki gas itu telah diisi dengan campuran larutan penenang cair bagi memudahkan proses rawatan. Setelah beberapa minit, Taehyung mula menunjukkan perubahan.
"Baiklah Kim Taehyung. Awak kenal siapa diri awak?" Taehyung mengangguk.
"Tutup mata dan cuba selami apa yang datang ke dalam minda awak. Siapa yang berada di hadapan awak? Apakah situasi paling sukar yang pernah awak hadapi di dalam awak? Coretkan atas kanvas ini" sebatang pensel diberikan kepada Taehyung. Dalam keadaan mata terpejam, tangan Taehyung mula menari dan melakar apa yang dia lihat.
Lakaran berupa seorang wanita sedang menangis manakala ada seorang lelaki berwajah bengis di sampingnya. Walaupun lukisannya hanya seperti cakar ayam, namun ianya cukup jelas di mata Dr. Koo.
Akhirnya, pensel itu terlepas dari tangannya. Dia benar-benar tidak sedarkan diri dan terlelap di situ.
"Selagi saya tak tahu cerita sebenar, saya tak boleh nak analisis lukisan ni. Kita tunggu sampai dia sedar. Jungwoo, maklumkan kepada saya kalau dia dah sedar. Saya nak berjumpa Dr. Song sekejap" pakar psikiatri itu segera melangkah meninggalkan wad itu.
Bilik Dr. Song menjadi tujuannya pada saat ini. Bermacam-macam andaian telah muncul di layar pemikirannya sejak terlihat lukisan itu. Langkahnya terhenti. Lukisan di tangannya direnung untuk kali kedua.
"Apa kaitan gambar perempuan dan lelaki ni? Kenapa mereka ada bersama? Kenapa perempuan ni menangis" Dr. Koo Youngjae mengurut pelipisnya. Lumrah seorang pakar psikiatri yang belum mendapat jawapan. Pelbagai teori cuba dipadankan dengan lakaran itu namun tidak ada yang bersesuaian pada ketika ini.
*annyeong! miss me? 😆 sorry sebab lama tak update.. nah, seketul update untuk korang sempena birthday suami author, Seokjin Kim 😘💜 abaikan typo or grammatical error*
*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*
![](https://img.wattpad.com/cover/127352667-288-k378866.jpg)
YOU ARE READING
Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•
Fanfiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 미성속 한 남 편 (Immature Husband) 💄K-Novel💄 The truth untold Is the most painful It may destroy your trust 💜Cinta perlukan pengorbanan 💜 Status : COMPLETED By : @Miss_RoseGold Start : 03 Oct 2018 E...