(N) Forty-four

1K 106 31
                                    

"Terima kasih sebab hantar aku sampai sini siap dengan pakej menyakitkan hati aku" pintu kereta ditutup kasar oleh Taehyung. Seokjin berdecit kasar.

"Kau dah buat salah lepas tu nak tuding jari dekat orang lain? Dasar budak tak matang" keretanya dipandu laju meninggalkan perkarangan rumah Taehyung.

Kunci yang disimpan di dalam saku seluar dikeluarkan. Berdebar rasa hatinya untuk memasuki rumah itu buat kali pertama setelah 4 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana.

"Hachoo!" hidung yang terasa gatal digosok berkali-kali. Nampaknya, Taehyung perlu mengemas semula rumah itu dan menyingkirkan semua habuk. Dengan langkah longlai, Taehyung melangkah naik ke bilik tidurnya. Bilik tidur yang pernah dikongsi bersama Yoon Jihae.

Gambar perkahwinan mereka yang tergantung gah di dinding itu ditatap dan diusap. Sebuah bingkai gambar di ambil dari meja solek. Gambar yang diambil semasa dia dan Jiji mengunjungi taman tema air di Lotte World of Adventure.

"Kalaulah kita masih macam ni sekarang, mesti kita akan bahagia kan? Apa khabar awak dan anak kita sekarang" setitis airmata jatuh di atas ribanya. Airmata itu menderu semakin laju apabila detik hitam 4 tahun lalu mula bermain di fikirannya.

Bilik ini menjadi saksi kekejaman seorang suami terhadap isterinya. Tempat di mana maruah seorang perempuan diragut tanpa kerelaan. Tubuh genit itu dibelasah tanpa belas kasihan. Dia juga melakukan sumbang mahram dengan kakaknya sendiri di atas katil yang pernah dikongsi bersama isterinya.

"Ya Tuhan, dugaan apa yang aku perlu tanggung sekarang ini? Inikah karma untuk aku kerana mendustai janji yang aku lafaz dengan sumpah namamu" wajahnya ditekup dengan kedua tapak tangan. Ingin sahaja dia meraung sepuas-puasnya dan meratapi kejahilan diri sendiri.

Tubuh yang penat itu dibaringkan di atas katil. Ruangan kosong disebelahnya diusap perlahan.

"Saya akan cari awak balik, Jiji. Saya akan tebus semua salah saya pada awak. Itu janji saya" perlahan-lahan, matanya terkatup dan dengkuran halus mula kedengaran.

🍄🍄

Taehyung mengeluarkan sehelai kemeja biru gelap dari almari lalu disarung di tubuhnya. Tali leher berona pastel dicapai dan diikat pada leher. Deringan pada telefon pintarnya menghentikan pergerakan lelaki itu.

"Yeoboseyo, Taehyung-ah. Kamu sibuk ke hari ni?"

"Tak, appa. Tae tengah bersiap nak ke pejabat appa sekarang ni. Appa kata ada benda nak dibincangkan betul tak?"

"Elok sangatlah tu, Taehyung. Appa akan suruh pegawai kita untuk hantarkan kereta kepada kamu. Kita jumpa dekat pejabat nanti"

Talian tersebut dimatikan. Rambut yang masih basah itu disisir rapi. Wangian The Excelsior Bouquet disembur pada pergelangan tangan dan lehernya.

"Aku mesti dapatkan maklumat tentang keberadaan Jiji dan anak aku. Mesti appa dan eomma tahu tentangnya" kasut disarungkan ke kaki sambil menunggu ketibaan pegawai untuk menghantar kereta ke rumahnya.

"Kalau Tae dah sihat nanti, kita bela kucing nak? Jiji teringin nak ada kucing tapi Jiji takut kucing tu cakar Tae" permintaan isterinya sesuatu ketika dahulu terngiang-ngiang di telinganya. Masakan kucing sebesar itu boleh memberi mudarat besar kepada Taehyung?

"Bodoh betul saya ni. Dibutakan dengan cinta yang menentang hukum alam sampai tak nampak ada bidadari di depan mata" bunyi hon menghentikan lamunannya. Segera cermin mata hitam disarung pada batang hidungnya sebelum menaiki kenderaan tersebut.

S

K

I

P



Nombor 3 pada butang panel lif ditekan oleh Taehyung. Sebuah dentingan menunjukkan bahawa dirinya sudah tiba di pejabat Tn. Kim. Tanpa berlengah, Taehyung mengatur langkah ke pejabat appanya di hujung blok. Para pekerja di situ menayangkan riak terkejut namun masih membongkokkan badan sebagai tanda hormat.

"Itu anak bongsu Tn. Kim kan? Dengar cerita dia masuk hospital mental sebab pukul isteri dia dalam tiga atau empat tahun lepas"

"Tak sangka muka kacak macam tu tapi sayang. Gila! Apalah nasib bos kita tu? Dapat anak tak kenang diuntung macam tu"

"Yalah, kan? Harap-haraplah Tuan Kim tak buat keputusan bodoh untuk lepaskan jawatan dia pada anak dia. Musnah syarikat ni"

"Apa yang bising sangat ni? Semua dah tak ada kerja ke? Atau pun ada angan-angan nak makan gaji buta?" jerkahan Seokjin membuatkan semua pekerja bersurai dan duduk di tempat masing-masing. Seokjin berjalan ke arah tiga orang staf yang duduk di seksyen satu.

"Kalau kau bertiga rasa dah tak nak kerja dekat sini, boleh angkat barang-barang korang dan berambus dari sini. Dan, kau! Jangan sesekali nak mengata pasal keluarga aku. Sekali lagi aku dengar, nahas kau bertiga aku kerjakan" cuak muka mereka bertiga apabila melihat muka bengis Seokjin sebentar tadi.

"Tunggu apa lagi? BUATLAH KERJA!" Seokjin meninggalkan ruangan itu dan berjalan ke arah pejabat bapa saudaranya.

"Apa yang bising-bising dekat luar tadi? Ada apa-apa masalah ke yang saya perlu tahu, Seokjin?" soal Tn. Kim sebaik anak saudaranya melabuhkan punggung di sebelah Taehyung.

"Tak ada apa-apa, tuan. Saya cuma disiplinkan pekerja kita saja. Semuanya berperangai macam manusia tak ada tamadun" Seokjin tersenyum lantas menyinsing lengan bajunya sehingga tangan putih berurat hijau itu kelihatan.

"Apa-apa sajalah. Saya ada benda nak bagitahu pada kamu berdua. Minggu depan, ada kongres dan seminar untuk mempromosi produk kita ke negara luar. Syarikat kita telah dijemput oleh pihak penganjur dan saya telah bersetuju. Tapi, saya perlu ke Guam pada hari kongres itu dijalankan. Jadi, Taehyung akan gantikan saya. Seokjin pula akan jaga pejabat macam selalu" dua lelaki berketurunan Kim itu mengangguk faham.

"Kongres tu dianjurkan di mana?" soal Taehyung untuk mendapatkan perincian lebih lanjut.

"Di Amsterdam--"

"Tn. Kim, biar saya ganti tempat Taehyung. Saya akan pergi ke sana. Dia pula akan jaga pejabat ni. Bukankah itu lebih baik?"

"Tn. Kim suruh kau jaga pejabat kan? Kenapa nak sibuk dengan urusan aku? Buat kerja kau dan duduk diam-diam dekat sini" Taehyung menggulingkan matanya. Tak sangka Seokjin boleh menjadi sejengkel itu dalam masa empat tahun sahaja.

"Tn. Kim, saya dah arif berkaitan kongres dan seminar macam tu. Biarlah saya wakilkan syarikat kita. Taehyung pun baru sembuh, takkanlah nak pikul tanggungjawab sebesar tu. Lagipun, saya lebih berpengalaman" Seokjin masih lagi ingin menegakkan pendapatnya.

"Seokjin Kim, ikut cakap saya. Saya lebih tahu apa yang saya buat dan tolong hormat keputusan saya. Jaga pejabat ni macam mana awak jaga nyawa awak. Taehyung Kim, awak bawa nama syarikat kita. Itu satu tanggungjawab yang besar. Kalau awak cuba memalukan syarikat kita di mata dunia, tahulah apa yang awak akan dapat" lagak Tn. Kim seperti berbicara dengan dengan bakal tentera sahaja. Dia tidak mahu memberi layanan istimewa kepada sesiapa termasuklah ahli keluarga apabila melibatkan dunia korporat.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu" tanpa memberi tundukan hormat, Seokjin meluru keluar dengan rasa geram yang terbuku di hati.

"Apa pandang-pandang? Tak pernah tengok orang kacak lalu?" para staf di luar pula menjadi mangsa amukannya.



'Apa lagi muslihat orang tua ni. Mesti dia nak rapatkan Taehyung dengan Jiji semula. Tak guna! Aku dah hampir berjaya dan sekarang, senang-senang dia nak ambil Jiji dari aku. Tak semudah tu, Taehyung'





































*special double update untuk birthday boy. abaikan typo dan grammatical error*

*Salam saynag dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now