Aku tak tahu sangat pasal sejarah tempat ini.
Sebab, tempat tinggal aku bukan di sini, aku tak berasal dari sini pun.Tak kisahlah itu.
Apa yang aku tahu, aku antara yang dibawa masuk untuk pembinaan semula bangunan yang pernah dilihat sebagai bangunan gergasi dan disegani ini.
Gergasi maksud aku, kalau aku sempat lihat bangunan ini dengan dirinya yang masih tersergam indah, tentu besar.
Dan ia sudah pasti disegani bukan?Perpustakaan Alexandria.
Bangunan yang mungkin menempatkan segala jenis dan beribu-ribu buku dan skrol yang turut mengandungi pelbagai catatan sejarah dan ilmu itu sudah pasti disegani.
Nama pun ilmu.
Orang yang berilmu pun sudah diangkat darjatnya ini kan pula ilmu itu sendiri. Tentu lebih besar ia dijunjung.
Tak kisahlah juga semua itu.
Apapun, aku tahu bahawa aku akan menyumbang kudrat aku untuk membinanya semula. Memandangkan kerja pembinaan semula ini memang sudah jadi makanan aku, aku tak kisah langsung nak hulur tangan.
Akan tetapi, berada di sini,di tapak perpustakaan ini,melihat segalanya yang telah lesap, aku..., "Aduhai, ini yang aku malas ni! Tengok sikit mesti nak fikir...."
Aku datang nak membina semula.
Bukan menganalisis.Aku akhirnya menghela nafas leceh.
"Tak apa lah...apa salahnya aku cuba tingkatkan daya menganalisis aku.
Lagipun, aku datang bukan sebagai tukang, tetapi sebagai perancang...."Apa yang aku karutkan ini?
Cuma analisis struktur bangunan ini dan binanya!
Tak perlu nak fikir kenapa dan apa atau nak timbulkan nostalgia yang aku tak pernah rasakan itu.Tapi, aku ada pandangan aku sendiri, aku rasa....
"Sayang, merugikan dan menyusahkan...Caesar, betul ke kau tak sengaja?" aku memandang langit cerah lalu membentangkan kertas papyrus dan mula melakar, mataku sekali sekala memandang ke arah tapak yang pernah berdirinya perpustakaan megah itu.
Aku dengar, Julius Caesar telah mengarahkan bala tenteranya untuk menyerang kenderaan yang dimiliki oleh kerajaan.
Tanpa disangka ia merebak dan memakan serta meranapkan segala isi penting dan manusia yang berada di dalam perpustakaan Alexandria.Aku dengar sahaja, benar atau tidak, hanya yang menjadi saksi di situ sahaja yang tahu.
"Tapi..." aku tersengih dengan jariku yang tangkas melakar, "...menguntungkan," aku ketawa terbahak-bahak, "kalau Caesar tak 'bakar' benda ni, aku tak kan boleh nak makan!"
Terima kasih.
Segalanya ada hikmah.
Mungkin hikmah untuk diri aku tiada siapa yang boleh rasa, tetapi hikmah untuk manusia sejagat akan muncul bila-bila.
YOU ARE READING
Fiesta April (Wattpad Malaysia)
Krótkie OpowiadaniaSesuatu yang mengembangkan otak sendiri...dan mungkin menyedarkan diri yang tak sedar diri...??? FIESTA APRIL!! Untuk buat ni... Penghargaan kepada Wattpad Malaysia ? Yang benar, Sang Hiatus