Bulan mengambang penuh.
Kabus malam menambah seri malam yang seram di kota.Kota yang menjadi sepi sebaik malam menjelang.
"Maafkan saya, ada orang tak?"
Bunyi loceng berkerincing menandakan bahawa tetamu telah tiba.
Pelanggan.
Seorang gadis muda melilau ke dalam kedai kecil itu. Perabot semuanya kelihatan elegen dan antik dengan pilihan kayu jati sebagai perhiasan. Lebih menyejukkan mata apabila kesemua hiasan turut didampingi dengan tumbuhan hijau.
Namun, berbanding kagum dan terpukau dengan citarasa pemilik kedai kecil itu, gadis berpipi cembung itu lebih mengerutkan dahi kehairanan.
"Ini betulkah kedai dobi?"
"Ya, cik?
Ada yang boleh saya tolong?"Seorang lelaki muda yang seperti penyambut tetamu tersenyum lebar kepadanya di kaunter.
Terkelip-kelip gadis itu, "Sejak bila...oh ya, saya nak basuh baju."
"Ya, sudah tentu.
Sila ke pintu sana, ya. Saya akan pergi ambil sabun.
Memandangkan sudah malam, kami menyimpannya awal.
Jarang kami menerima pelanggan pada waktu begini."Gadis itu memandang aneh, "Macam mana dia boleh tersenyum dari tadi macam tu?" dia lantas menuju ke pintu dengan pakaiannya itu.
"Dobi di bilik bawah tanah?"
Ada bunyi dentuman mesin di bawah.
Dia agak tentu ada mesin basuh sedang digunakan.Kakinya lantas menuruni anak tangga, melintasi sebaris obor-obor yang menyala.
Sampai sahaja di bawah, matanya tertumpu ke arah sesuatu.Ada sebuah lembaga bersebelahan mesin itu. Susuknya seperti badan seorang lelaki tua bongkok.
Ia menoleh.
Gadis itu jatuh terduduk.
Terbelalak mata gadis itu.
Dalam masa yang sama dia lantas menekup mulutnya sebaik sahaja mesin itu mengeluarkan airnya. Melihat air yang mengalir laju itu, sungguh meloyakan!"Darah?!"
Apa yang lebih menakutkannya, ada sepasang tangan yang terjuntai dari penutup mesin itu. Seolah-olah, ada nyawa yang cuba bergelut untuk keluar dari mesin itu.
Air mata ketakutan mengalir. Dia lantas bangun melarikan diri.
Keluar dari pintu, dia terlanggar seseorang.
"Cik, kenapa?
Ada masalahkah di dobi kami ini?" senyuman lebar penyambut tetamu itu masih terukir, sama seperti tadi.Senyuman yang hanya menakutkan pelanggannya itu.
Gadis itu terus berteriak lantas melarikan diri ke pintu keluar.
Suasana kedai kembali sepi, seperti biasa.
Hanya meninggalkan kesan bunyi loceng pintu yang berkerincing.Lelaki muda itu masih tersenyum.
____________________________________
Aku menuruni anak tangga. Setiap obor yang aku lalui ditiup kecuali yang terakhir.
Mesin basuh yang masih bergerak itu aku tatap, "apa?"
Aku terus memerhatinya dengan lebih dekat, dan ia membuat aku berkerut geram.Aku menjeling ke arah 'sesuatu' bersebelahan mesin itu, "Aduhai, Pak Pandir ni..." keluh aku sambil mengurut dahi. Lengan bajuku mula dilipat, "Bukan saya dah bagitahu, ini mesin basuh, bukan pengisar buah!"
Habis hancur potongan-potongan tembikai yang sepatutnya disediakan kepada pelanggan esok. Lebih menggeramkan, ia telah mengotorkan satu-satunya mesin yang masih berfungsi!
"Dan apa hal pula dengan sarung tangan ni? Lupa nak 'kisar'?"
Bersabar sahajalah.
Kalau bukan kerana kegawatan ekonomi, memang sudah lama aku cari jalan untuk singkirkan 'benda' majikanku itu.Tapi, majikanku ayahku.
"Setiap hari aku tersenyum seperti orang bodoh...mungkin orang ingat aku gila, dan aku tak nak menganggur. Tapi..." dia memandang jengkel ke arah 'benda' itu.
Makhluk ini memang mengganggu kerja aku!
"Ah, aku tahu!
Pulut kuning."
YOU ARE READING
Fiesta April (Wattpad Malaysia)
NouvellesSesuatu yang mengembangkan otak sendiri...dan mungkin menyedarkan diri yang tak sedar diri...??? FIESTA APRIL!! Untuk buat ni... Penghargaan kepada Wattpad Malaysia ? Yang benar, Sang Hiatus