Aku meneguk air liur, semakin mengundur ke belakang. Lengan-lenganku diangkat tanda menyerah. Mata panah berkilau masih tidak berganjak ingin menembusi mataku.
Hood berjaya.
Mata tajam gadis berkerudung merah itu bercahaya menusuki mata coklatku.
"Kamu sudah menang."
Gadis itu mengukir senyuman, "Belum, kamu masih hidup," ujarnya, masih memacu panah padaku
Aku mula berpeluh.
Mataku tidak boleh diligatkan, tetapi aku tahu, belakangku ialah cerun. Tiada jalan keluar, buat masa ini."Bersedia."
Aku berundur perlahan, menjatuhkan tanah-tanah yang hancur tanpa bunyi.
Otak cuba kugeligakan, mencari akal. Kalau tersilap langkah, melayang nyawaku. Gadis ini cukup tangkas sehinggakan kekuatan sudah tidak menjadi lawannya.Aku tersentak, sama dengannya.
Tidak sempat melompat ke tanah yang kukuh, kami terjelus ke bawah bersama tanah hancur. Aku mengurut kepala yang sakit, pada masa itu, telingaku menangkap bunyi mengaduh daripada Hood.
Kami selamat.
Aku mendongak ke atas.
Tinggi, mustahil untuk manusia.
"Ini peluang aku!"
Aku lantas menggerakkan kaki campinku, tangkas berlari ke arah Hood.
Saat itu mata kami bertaut.
Hood lantas mencapai busurnya, namun aku yang bergerak dulu, jadi, aku menang!
Mulutnya terbabang.
Busurnya telahpun aku sepak jatuh ke gaung. Saat itu juga tidak aku persiakan, aku lantas melejang ke arahnya, meragut anak-anak panahnya lalu dipatahkan dan dibuang ke gaung.
Aku tersengih.
Umbir telah hilang, kini kekuatan sahaja yang berguna.
Aku berjalan ke arahnya, "Mari berdamai."
Hood berkerut, dia fikir dirinya akan dilenyapkan, mungkin?
Tapi, situasi menjadi lain pula."Puak manusia dan Moon Wolf, mari hentikan semua ini dan berdamai."
"Kenapa?"
"Aku tak tahan lah, nak cari makanpun kena intai-intai dulu!
Lagipun, aku tak nampak apa-apa manfaat dari permusuhan ni... puak kamipun tak mengancam manusia, kami hanya bertindak pada benda yang mengancam kami sahaja!"Mata Hood tersentak. Dia mula sedari sesuatu lantas membangunkan diri, "Ya, mari berdamai," dia menghulur tangannya.
Tanpa ragu, aku menyambutnya.
Seusai itu, aku terus mengangkatnya, melompat ke atas dan selamat.Ketika itu juga, Hood sekali lagi sedar akan sesuatu.
Aku lantas menurunkannya, "Jadi...."
Zup.
Aku terbeliak.
Anak panah menembusi lengan Hood. Dia jatuh, tapi aku menyambutnya.
"Lepaskan dia!"
Sekumpulan manusia dengan tunggangan kuda muncul , mencari Hood.
"Ya, lepaskan dia, Smile."
Aku berpaling.
Puakku dalam anggaran yang sama turut datang?! Tentu kerana aku menghilang.
"Tunggu, mari berdamai!" serentak aku dan Hood yang menahan sakit.
"Apa?"
Kedua kepala puak itu berkerut.
"Apa yang kamu merepek, Hood? Kamu sudah lupa siapa yang ambil nyawa ibu kamu?!"
Ibu?
Aku tertunduk. Kalau tentang itu, Hood tentu tidak dapat memaafkan.
"Itu salah ibu!"
Aku terbeliak, ayahnya tersentak.
"Ibu sendiri yang jadikan memburu sebagai hobi! Mereka hanya melindungi diri dari ancaman!" jelasnya bersungguh, "saya melihatnya... masa tu... ibu ingin membunuh anaknya, dia... terpaksa demi anaknya...
Saya adalah buktinya! Saya masih hidup, sedangkan masa itu saya hanyalah budak yang tak berdaya! Sebentar tadi sahaja, saya boleh dibunuh, ditinggalkan saja, tapi dia ajak berdamai!" terangnya lagi sambil memegang aku.Puak-puak membungkam.
"Ya, saya sedar," ayah Hood turun dari kudanya, mendekati ketua puak itu, menghulur tangan.
Ayahku menghela nafas.
"Mari hidup aman," dia menyambutnya.
Aku berpandangan dengan Hood, tersenyum lebar bersama.
YOU ARE READING
Fiesta April (Wattpad Malaysia)
Historia CortaSesuatu yang mengembangkan otak sendiri...dan mungkin menyedarkan diri yang tak sedar diri...??? FIESTA APRIL!! Untuk buat ni... Penghargaan kepada Wattpad Malaysia ? Yang benar, Sang Hiatus