9. Paranormal-Creepypasta

26 8 5
                                    

"Mereka, hilang tanpa jejak."

Budak lelaki bertopi Adidas, Salleh, menepuk tangan dengan senyuman lebar setelah teruja mendengar cerita rakan kami sampai habis.
Aku turut melihat Samad, rakan kami yang paling penakut sedang menggigit jari," Wei, kau kenapa cerita benda macam ni? Malam-malam pula tu?! Dah la watak tu, kau jadikan kita orang kan? Watak-watak tu, kita orang kan?!" dia memaut lenganku memandangkan dia juga duduk bersebelahanku. Matanya takut-takut memandang sekeliling bilik kami yang sengaja digelapkan. Hanya ada sebatang lilin yang semakin ketot sahaja sebagai cahaya.

"Muahahahaha!
Budak bacul, penakut!"
Gelakan Amin, si tukang cerita  berderai di dalam bilik asrama ini.

Aku mengurut dahi, melihat mata Samad yang merah seakan-akan ingin berair lalu menggerakkan kaki aku untuk bangun, melepaskan pautan kemasnya itu.

"Weh, kau nak pergi mana?" terketar-ketar vokal Samad sebaik ikatan kami terpisah.

Jariku menekan suis lampu.

Samad menghembus nafas lega. Dia mengurut dadanya yang sesak kerana panik.

"Tengok jam, awal lagi, mari kita main permainan tu, nak tak?"

Raut wajah Samad kembali sama seperti tadi. Dia lantas memaut lenganku sebaik sahaja aku duduk, "Kau dah kenapa?! Kalau mulut kau celopar macam mana?!"

Bertambah besar tawa Amin sebaik melihat Samad yang ketakutan.

"Mari, tentu seronok! Cabar mental siapa yang paling kuat!" setuju Salleh bersemangat.

"Aku tak nak!
Kaupun takkan main benda ni kan, Han?"

Samad memandangku penuh pengharapan.

"Aku tak kisah...."

"Ha, setuju!
Jom!"

Amin dan Salleh serentak bangun mengisytiharkan permainan kami.

Samad tertunduk menutup muka, kecewa.

____________________________________

"Baiklah, peraturan game sama dalam cerita. Aku dengan Han, kau dengan Samad. Mari mulakan Night Survival Game!"

"Aku nak Han!"
Samad membantah pembahagian oleh Amin itu.

"Alah, kau ni, dengan aku je lah!"

"Tak nak!
Aku cuma percayakan Han, kalau korang, kenakan aku!" Samad menolak ajakan Amin itu.

Tak peduli dengan Samad yang meragam, Salleh dengan gembira menarik lengannya ke dalam hutan.

Aku hanya menghela nafas.

____________________________________

"Lama sangat ni," ujarku gusar, memandang Amin yang mengangguk sedikit risau.

Kami akhirnya setuju masuk ke hutan, tidak menunggu mereka keluar sebaliknya mencari.

"Kau tahu, permainan ni aku ambil dari senior tahun lepas...."

Aku menjadi risau mendengar dia mula bercerita. Ada kegelisahan dalam nadanya.

"Kau ingat kes masa kita darjah enam? Sekumpulan pelajar yang hilang... budak-budak tu, bekas pelajar sini...."

Kakiku terhenti.

Ada jeritan tidak jauh dari kami.

Kenal suara itu, kami lantas memecut menuju ke arahnya, bersama lampu suluh.

"Han."
Sayup-sayup suara kedengaran.

"Samad?"
Aku terhenti, ditinggalkan Amin yang tidak sedar aku telah berhenti.

"Tolong aku...."

Langkahku terhenti lagi.
Jeritan sekali lagi, aku terdengar.

"Amin?!"
Aku lantas berlari ke sana.

Sebaik sampai, mataku terbeliak.
Apa yang aku nampak, sebelah kaki Salleh tergantung di pokok.
Belakangnya terpacak sebatang kayu nipis, menembusi dadanya.

Amin, sedang digantung menyerupai Salleh oleh susuk tubuh berjaket hitam.

"Argh?!"
Pandanganku menjadi gelap.

____________________________________

"Cerita itu memang benar...," hilai Samad sendiri.

Dia menggaru kepala dan menggila.

"Siapa suruh korang buli mental aku, hah?! Sekarang, aku pula, kan?" dia berpaling ke arah seseorang, menggila.

"Ya, dan pengakhirannya sama."
Sepasang tangan melibas kapak.

"Mereka, hilang tanpa jejak."

Fiesta April (Wattpad Malaysia)Where stories live. Discover now