15.Penyajak Terakhir

24 8 21
                                    

Jenuh berkelana sang penglipur lara,
Demi lafaz syahdu untuk diukir,
Kalau sudah kenal diri ini sudah lara,
Namaku Satria sang penyajak terakhir.

Telah seminggu aku tiba di Kota Wangsa ini. Tiada sebarang dendangan indah yang telingaku tangkap. Apa yang wujud hanyalah riuh rendah manusia berkelahi dan berhibur dengan kata terumbang-ambing dan sembarangan.

Sedih aku mendengar.

Dulu, sebelum aku berkelana, kota ini sungguh indah dan meriah dengan senandungan sajak yang meniti penuh puitis di bibir para penyajak.
Aku mengeluh, panjang.

Bahuku disentuh, aku bangun mengejut dengan latahan.
Ketawa panjang yang berdekah-dekah kedengaran.
"Apa yang sedang kau menungkan sehingga melatah!"

Aku menjebik melihat orang tua yang mahsyur dengan gelaran Pak Pandir itu sedang terbahak-bahak.
"Tak adalah, Pak Pandir. Hanya sekadar bersedih mengenang pantun seloka tidak lagi riuh di kota ini."

"Hum, kau baru pulang, jadi tentu tidak tahu menahu. Sebenarnya, sejak beberapa tahun berlalu, setelah mangkatnya Sultan Solong, tidak ada lagi yang mahu bersajak memandangkan tidak ada anugerah yang terberi pada sultan baharu ini. Lain semasa pemerintahan almarhum Sultan Solong, bagindalah yang menerajui segala acara menggurindam sajak ini. Sultan kini kelihatannya tiada keinginan sebegitu."

Aku hanya bertongkat dagu mendengarnya. Mungkin aku patut pergi ke istana, mengadap baginda.

"Eh, kau hendak ke mana?"

"Istana," jawabku sambil beredar dengan gulungan-gulungan kertas yang dibungkus dalam sehelai kain pelikat.

____________________________________

Aku bertelut mengadapnya.

Baginda yang sedang mengurut misai bertanya akan kehendakku. Aku hanya menjawab ringkas, "Patik, ingin berseloka, Tuanku."

Baginda terdiam sejenak, menjeling pada para penasihatnya dengan janggutnya terusap. Mereka kelihatan mengangguk padanya.
"Hum, pantun ya... baiklah. Persembahkan pada beta."

"Baik tuanku."
Aku ingin memulakan persembahanku, tetapi dibatalkan niat tersebut sebaik teringat akan sesuatu.
"Tuanku, sebelum itu, patik ada hajat jika tuanku berkenan dengan apa yang akan patik bawakan ini."

"Apakah ia?"

"Silakan dengar persembahan patik kalau tuanku bersetuju menunaikannya."

"Beta akan dengar dahulu, pertimbangan adalah kemudian."

"Junjung perintah, tuanku."
Aku mula bangun. Matanya tepat kupandang. Seluruh seisi balairung kutatap.

"Ini kisah seorang raja,
Didatangi pengembara muda puitis,
Bukan ingin menghiris kata,
Tetapi, bendahara, kudis muka tak mahukah dikutis?"

Bendahara tersentak malu, sultan berpaling melihat, seisi dayang berdekit menahan tawa samalah juga dengan askar-askarnya, bergegar bahu semuanya.

"Jikalau ada penawarnya,
Suruh si dayang bawa kemari,
Namun, jikalau asyik bergegar bahunya,
Tidak jatuhkah tahi lalat muka yang menjadi seri?"

Kini, yang memerah, dayang bertahi lalat pula. Semuanya menoleh melihatnya, maka ditahan-tahan lagi gegaran bahu masing-masing.

"Hodoh dan cantik perkara luar biasa,
Untuk dicari keduanya mudah sekali,
Taat dan setia juga luar biasa, Untuk dilepaskan keduanya jangan mudah sekali."

Kelihatan keduanya yang disindir itu mula mengangkat kepala, mula berkembang kempis kedua-dua lubang hidungnya.

"Misainya panjang bak pelepah merak,
Amat cantik hingga terketar-ketar yang melihatnya,
Wahai raja yang terlalu bijak,
Sudikah ditunaikan hajat diri yang tertunduk... er, dengan lemahnya?"

"Hahaha!"

Aku mendongak cerah mendengar gelaknya yang diikuti seisi istana ini.

"Apa yang kamu hajatkan?"

Senyumanku melebar.
"Patik, enggan lagi menjadi penyajak terakhir di kota ini."

___________________________________

Begitu mengarut sekali, maaf.
Dan selamat tinggal dan semoga berjaya diucapkan kepada Fiesta April....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 28, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Fiesta April (Wattpad Malaysia)Where stories live. Discover now