Badan dilenggok, rentak menggila, nafsu muda yang masih menjagung berserakah melingkari setiap tubuh manusia yang berpasangan itu. Kononnya pesta untuk pemuda pemudi menyambut rasa bebas dek tekanan ujian semester.
Alangkah jauhnya mereka terpesong, bahkan lebih jauh daripada simpang yang bercabang-cabang.
"Akhirnya keluarga itu hidup bahagia," akhiri si kakak, menutup garapan di dalam buku notanya.
"Wah, seronoknya!" si adik menepuk tangan teruja, "bila kita akan begitu, kakak?" senyuman polos, lebar terukir di bibirnya.
Bibir halus kakaknya diukir nipis. Dia lantas mengusap kepala adiknya, "Mungkin malam ini?"
Terpancar raut gembira pada wajah comel itu, "Kalau...."
Bunyi nyaring yang berdesing dek bunyi volume speaker yang ditinggikan mengerat tutur si adik, sekali gus memaksa adik beradik itu menekup telinga yang hampir-hampir pekak.
Bunyi senandungan yang mengkhayalkan kini telah menguasai tingkat dua banglo mewah ini, bahkan bilik aman adik beradik ini.
Si kakak hanya mampu mengetap bibir, memeluk kepala adiknya, "Adik, tahan. Semua ini akan berakhir nanti...."
"Adik tahu.
Adik tak suka, sebab bila berhenti, nanti ada pula," gadis kecil itu mencebik."Tak lah...," kakaknya membelai rambutnya, "tidak hari ini."
____________________________________
Aku sungguh teruja!
Bapa aku tiada, dia pergi luar negara pula! Aku berpesta sesuka hati lagi! Sungguh bertuah bila diberi kepercayaan memegang duit, inilah nikmat menjadi abang sulong!
"Wei, mana Lara?!"
"Ha?!
Lara ke?! Dia ada kat tingkat atas, jaga adik aku!" jeritku, melawan muzik lantang itu sambil rancak menari dengan sahabatku itu."Wei, rumah kau besar!"
"Kau baru tahu?!
Memang!""Tahu tak, bahaya rumah besar begini?!"
"Bahaya apa?!" soalku berkerut, tanganku masih terkapai-kapai di udara mengikuti melodi keras.
"Kau tak pernah dengar?! Famous kot kat perumahan ni!
Macam urban legend... anak orang kaya mangsanya! Lepas tu anak lelaki sulong pula tu!"Mendengarnya telah menghentikan tarianku. Sekarang aku tahu, dia sedang mengarut.
"Alah, kau jangan risau!
Kau anak dan abang yang paling diperlukan! Tak ada apalah!" dia tersengih dan menepuk bahuku dalam kerancakannya.Macam lah aku risau.
Alunan muzik terhenti.
"Eh?"
Tarian seluruh tetamu di ruang luas ini terhenti, kehairanan.
Aku turut berkerut lalu ingin berjalan pergi untuk melihat masalah yang berlaku, namun lampu tiba-tiba terpadam.Mengejutkan dan meriuhkan semua orang.
"Apahal ni?!"
Suara riuh yang marah mula berkumandang. Aku sudah mula menggaru-garu kepala, tak tahu siapa yang sedang menjerit, tapi aku tiada jawapan.
Gelap gelita!
"Relak,relak!
Masalah dari luar ni! Nanti elok la!"Aku tak nampak, tapi aku kenal suara ini. Rasa lega ada yang tolong payung aku.
"Argh!!!"
Aku tersentak.
"Apa?!
Apa yang berlaku tu?!"Suara-suara yang riuh kembali sebaik sahaja jeritan bermula.
"Argh!!!"
Satu lagi jeritan?
Tak, ia lebih!
Aku panik dan keliru. Satu persatu jeritan kesakitan dan rebahan kedengaran. Ada libasan seperti parang di setiap jeritan itu.
"Len?!" aku berteriak cemas sebaik sahaja mendengar jeritan kawan baik aku.
Lampu terpasang.
Berkelip-kelip.Mata aku terbelalak.
"A... apa... apa yang berlaku?!" aku rebah melihat sekelilingku. Mayat bergelimpang dengan setiap kepala berpisah dari badan, Len pun sama.
Dalam kelipan itu, ada susuk tubuh berkelubung hitam mendekati aku, mengundurkanku ke belakang.
"Kamu... tak diperlukan."
Hayunan dilibas.
YOU ARE READING
Fiesta April (Wattpad Malaysia)
Short StorySesuatu yang mengembangkan otak sendiri...dan mungkin menyedarkan diri yang tak sedar diri...??? FIESTA APRIL!! Untuk buat ni... Penghargaan kepada Wattpad Malaysia ? Yang benar, Sang Hiatus