Aku ada seorang kawan yang dungu, lurus bendul, tetapi genius.
Penampar.
Penyepak.
Rantai, kadang-kadang.
Semuanya aku sudah bagi pada dia. Namun, otaknya yang terlebih besar sejak lahir itu tidak makan saman.
"Aku tak tahu apa-apa pasal sains dan yang sama waktu dengannya, tapi aku tahu..." kedua belah bahunya aku pegang, "...apa yang kau buat ni akan pupuskan kita lebih awal, sebab aku tak bodoh!" bahunya aku goyang kencang-kencang, "kau genius yang bebal! Dengar nasihat aku, Wei! Musnahkan...."
Ketukan pintu mematikan kata-kataku.
Aku menghela nafas dan melepaskan Wei. Sambil berpeluk tubuh, aku memerhati Wei membuka pintu.
Aku tak tahu siapa tetamu-tetamu itu, tak pandang pun. Aku tak nak terlibat dengan benda gila yang mereka akan buat.
"Ceh," aku menjebik bibir, "sains, eksperimen, dan benda-benda merepek...."
"Aln!"
Aku terkelip-kelip dek suara teruja Wei memanggilku.
Mereka telah beredar. Aku tak tahu apa yang mereka bincangkan tadi, tetapi wajah Wei dapat kulihat dengan jelas saat dia berlari kembali kepadaku.Gembira.
Ada sesuatu yang menyenangkan berlaku.
Untuk dia.
"Ha, apa hal?"
"Kita boleh pergi!"
"Pergi mana pula?"
"Naik kapal! Tinggalkan planet dan hidup!"
Aku ternganga.
Memang sah, gembira untuk dia sahaja!
Sekarang, aku tahu siapa tetamu-tetamu tadi, pihak kerajaan.
"Kau dah gila?!" aku menggenggam kolar bajunya, "kau nak pergi hidup sana dan tinggalkan yang lain?!
Dan apa hal pula aku boleh naik sekali?""Tapi, kalau kita naik kita akan selamat! Masih boleh hidup dan hidup!Yang lain mungkin dah takdir mereka...."
Penumbukku mendarat di pipinya.
"Takdir?
Hah, kau pergilah tanpa aku.
Aku takkan tinggalkan yang lain.""Aln!" dia memaut lenganku, "Tapi, kalau kamu kekal di sini kamu akan mati bersama mereka dan akhirnya tak ada yang selamat! Sekurang-kurangnya kalau kamu naik, kematian di kalangan kita dapat dikurangkan!"
Aku mengetap bibir.
Memang ada benarnya itu.Tapi, hati aku kata lain.
"Aku akan naik kapal itu."
Senyuman mula mekar di bibir Wei.
"Tapi, dengan yang lain.
Aku akan cari caranya, tak kira apa yang terjadi."Pautan Wei kulepas dan berpaling untuk beredar.
"Aargh!!!"
Badanku tiba-tiba lemah.
Mataku berpinar.Aku pengsan.
____________________________________
Mataku terbuka.
Aku masih di makmal Wei.
"Apa yang berlaku?"
"Berita dari atas kapal.
Kami sudah mula bertolak.
Takziah diucapkan kepada penduduk bumi....""Dah bertolak?
Jadi, dia betul-betul pergi?
Heh, bertuah betul pemberita tu," aku bangun mengurut kepala.Mataku tertangkap sesuatu.
Di atas meja, ada sepucuk surat."Madah selamat tinggal, heh," aku tersengih sebaik sahaja tahu itu untuk aku dan ia daripada Wei.
'Aln,
Maafkan aku buat kau rasa sakit.
Tapi, aku buat untuk kau dan semua yang kau sayang.Tuan Trumpi, presiden dunia sekarang meminta aku untuk mencipta sesuatu yang dapat mematikan manusia dengan sebab tidak mahu mereka menderita dengan dunia sekarang.
Aku gembira untuk itu.
Tapi, dia juga meminta sesuatu yang lain, dan aku berjaya juga.
Benda yang akan kembalikan penumpang ke dunia mereka kelak.
Sebab itu, aku ajak kau.
Tapi...'
Aku berlari keluar.
Langitku pandang.
"WEIIII!!!"
BOOM!!
Kapal meletup.
"Kau bodoh..." aku melutut menangis.
Hujan mula turun dan akhirnya, cahaya mula memancar.
YOU ARE READING
Fiesta April (Wattpad Malaysia)
Historia CortaSesuatu yang mengembangkan otak sendiri...dan mungkin menyedarkan diri yang tak sedar diri...??? FIESTA APRIL!! Untuk buat ni... Penghargaan kepada Wattpad Malaysia ? Yang benar, Sang Hiatus