11. Mistik dan Lagenda: Manusia Sakti

30 6 0
                                    

Mereka sudah rebah. Ada air mata yang mengalir di pipi yang sama itu.
Tikaman dadanya dari diri sendiri, dia akhirnya terkulai sebak di atas tanah gersang itu.

"Bayang.... Membunuh diri sendiri...
Apa dalam benakmu sebenarnya?" Sulong bermonolog dengan dirinya.

"Kamu sendiri yang membunuh kita, masih bertanya?"

"Kalau aku tak berbuat begini, sama sahaja yang akan kamu lakukan nanti."

"Tak, aku akan menyimpan nyawaku, hanya engkau yang aku singkirkan."

"Hah, itu sama sahaja, Bayang. Kau tetap bunuh kita."

"Tak, tidak Sulong.
Aku lebih bijak daripada kau. Emosi aku berbeza dengan kau. Kau dilebihi dengan perasaan kasih dan belas. Sedangkan aku, emosi sebegitu hanya akan menjadi penghalang kepada kuasa yang perlu diperluaskanku untuk dunia ini. Aku, mampu untuk mengawal emosiku demi satu tujuan. Tidak seperti kau yang sentiasa berbelah bahagi itu."

"Haha, apa lagi yang kau angankan? Saat ini,kita sedang lesap bersama."
Sulong memandang pantulan dirinya itu dengan sengihan, melihat sisi gelapnya yang turut menjadi kepingan asap di udara panas.

"Entahlah Sulong, aku sekadar ingin bercerita. Saja ingin meluangkan kata bagi pemergian kita ini," ujar Bayang yang turut lesap separuh kepalanya itu.

Sulong sedikit terkilan, namun ukiran senyuman terbit di bibirnya. "Ya, Bayang. Mari berborak sementara masa kita ada lagi. Ah, aku ingin mengingati saat lalu kita. Mari, ingat bersamaku."

Pada wajah gelap Bayang, kelihatan dia terdiam, namun dia juga turut tersenyum. "Ya, marilah."

____________________________________

Aku bukannya tak suka, tapi dia ini begitu gemar sekali berbuat sesuka hati. Aku cuma terfikir, kami, aku, sebagai penjaga galaksi kecil ini sepatutnya membantu dan melindungi segala rakyatnya. Bukannya melatih mereka menjadi bala tentera.

"Hah, kalau kesakitan kecil sebegini tiada kamu bertahan, jangan berangan untuk hidup di galaksiku ini!" Bayang menjerkah salah seorang kanak-kanak yang sedang dilatihnya itu. Begitu kasihan taktala melihat badan cedingnya memikul guni seberat seorang manusia itu.

"Bayang, tidakkah kau terlalu berkasar dengannya? Dia hanya seorang budak yang masih tidak berdaya. Lagipun, kenapa perlukan bala tentera sedangkan diri kita sudah mampu melindungi hanya sekadar dengan menghayun tangan sahaja?"

"Huh, haha!
Sulong, Sulong! Kau memang tidak berfikir ke hadapan! Kau ingat kita satu-satunya penjaga di seluruh galaksi?  Masih ada ramai lagi, dan kita tak tahu bila mereka ingin melebarkan kuasa mereka hingga ke sini. Jadi, kau tunggu sahajalah hasil kebijaksanaan aku ini, dan jangan cuba buat perkara yang buat kau terhapus dari badan ini." Bayang mula ketawa berderai. Saat itulah aku sedar, diri aku ini sedang ditakluki oleh sebuah ketakutan dan ketamakan kuasa.

.............................................................

"Nak, tolonglah aku ini."
Suara sayu si tua, mendorong kakiku untuk memecut laju ke arahnya.

"Kenapa, orang tua?"

"Kakiku terseliuh."

"Oh, akanku tolong pulihkanmu."

"Terima kasih," ucapnya sebaik pulih kakinya atas jasa kesaktianku.

"Apa namamu?"

"Sulong."

Berubah riak wajah berkedutnya itu saat diriku diperkenalkan. Dia lantas menghulurkan sebuah keris padaku.

"Ambil ini, anak muda. Gunakan sebelum dirimu dikuasainya, sebelum teraniaya habis rakyat di sini."

"Apa?"

"Tidak!
Jangan kau ambilnya, Sulong!  Jika kau singkirkan aku, siapa yang akan melatih rakyatku!"

Tersentak aku.
Raut wajah ketakutan rakyat saat Bayang melangkah, terimbas.

"Aku akan singkirkan kau, Sulong!"

Tusukan menembusi perut kami.

Fiesta April (Wattpad Malaysia)Where stories live. Discover now