"Muahahahaha!"
Pang!
Mataku terbelalak.
Lelaki yang ketawa tidak ingat dunia itu rebah di atas tanah sebaik sahaja ditembak oleh seorang askar murung.
"Gila!"
Semua ini gila.
Sejak si badut Joker itu memerintah dunia, tawa dan kegembiraan manusia lenyap sama sekali.
Apa yang aneh ialah askar-askarnya. Mereka seolah-olah mayat hidup. Kami sendiri, penduduk di kota yang menjadi pusat pemerintahannya menggelar mereka sebagai Zombie Joker.
Mereka menembak tanpa sedikit rasa kesal.
Entahlah.
Wajah mereka tertutup dengan topeng badut. Topeng-topeng yang menunjukkan pelbagai riak wajah. Aku perasan, setiap topeng yang dipakai oleh mereka boleh dikatakan tidak ada langsung riak yang menggembirakan. Kalau ada pun mulut yang tersenyum, mata pula yang berair dan berkerut.
Anti betul si Joker itu pada kebahagiaan. Tentu dia selalu patah hati dan dikecewakan. Tak guna betul. Dia yang tak boleh move-on, orang lain sakit jiwa.
Lagipun, pergerakan mereka itu tidak teragak-agak. Seolah-olah, secara automatik ketawa, begitulah tembakannya, serta merta.
Malam ini, aku sudah tekad bersama yang lain. Kami akan hapuskan Joker.
________________________________________________________________________
Aku memberi isyarat.
Mereka mengangguk faham, akur padaku yang acah-acah ketua. Rantai besi gergasi lagi jelas kelihatan bersedia di tanah untuk diterikkan. Cukup-cukup empat orang askar, besi ditarik dari timur dan barat serentak, maka terjatuhlah keempat-empatnya. Saat itu jugalah, kami melompat untuk melesing segala askar yang tumbang itu.
Apalah tolol sangat askar-askarnya, berkawat pandang ke langit, rantai besi sebesar ular sawa batik ditempuhnya.
Kami merantainya lantas meninggalkannya sekadar berseluar dalam sahaja. Kami hanya merembat seragam sahaja memandangkan seragamnya telah diedisihadkan oleh Joker sendiri. Bergeliga betul otak badut itu. Seluar-seluar dalam itu memang tak nak. Naik kulat punggung selicin kulit bayi dan selembut sutera ini nanti.
Berjam-jam kami berkawat mencari lokasi rahsianya. Tak guna betul, Joker buat Maze Gate pula dekat lokasi rahsianya.
"Heh, tapi, kami lebih bijak."
Punat pada beg galas yang dipikul masing-masing ditekan.
"Oh, tunggu kejap."
Kepingan roti dihulur kepada mereka yang telah menjongket kening.
"Tak payah la nak angkat kening. Kita kena ada senjata juga, serta tenaga," ujarku menyuap.
Mereka mengangkat bahu memandang antara satu sama lain lalu turut menjamu.
"Mungkin ada kesan sampingan sedikit...." Aku bersendawa. Enjin semakin kuat kedengaran. Asap berkepul-kepul pula.
Kami terbang, melepasi Maze Gate yang dipenuhi dengan pelbagai perangkap badut lalu mendarat di hadapan pintu gerbang dengan ukiran 'JOKER' padanya.
Aku sudah nampak pemancar dari atas bangunannya. Aku rasa itu yang kawal otak askar-askar sekarang. Itu pasal mereka macam tak betul. Rupa-rupanya, ikut maklumat, minda mereka dikawal oleh 'sesungut' Joker rupanya.
Pintu diterjah, aku tak ada masa nak jadi James Bond, kau rasa 600 patah perkataan cukup untuk menjelaskan kebijaksanaan dan kehebatan aku menjadi Sherlock Holmes?
Apa kaitan?
Perut sakit, aku merapu."Hei, badut sedih!
Kami datang nak hapuskan kau!"Bahuku terjatuh, tekaan kami luluh.
Apakah ini?
Bukan seekor badut, tetapi seekor naga kurus kering dengan ensklopedia di tangan?
Apakah? Apakah? Apakah?
Apakah fungsinya seekor naga berkaca mata yang merupakan ulat buku memakaikan topeng badut pada askar-askarnya dan menggelar dirinya Joker?
"Tak guna!
Kita terpedaya!""Habis, apa patut kita buat?"
"Apa lagi?
Serang!""Dengan apa?"
"Teknik rahsia."
Aku terus mengarahkan mereka berlari ke arah teras pemancar itu dan mereka ikut dengan bodoh.
Memanglah senduk.
"Argh!"
"Tahan semua! Ini senjata kita!"
Aku melaungkan arahan, meminta mereka meniru teknikku.
"Teknik Shin Chan!"
Prek!
Prek, prek, prek, prek!
Bagaikan shuriken, berdas-das tembakan yang kami kenakan semasa mencangkung itu.
Kami lantas bangun, lega sekali rasanya.
Kami berjaya!
Naga itu telah terbaring kaku di atas tanah.
"Bagus, dos kita kuat."
Maka, hebohlah satu kota pada malam itu dengan hilai tawa bagai kena sawan.
"Siapa yang kentut!"
YOU ARE READING
Fiesta April (Wattpad Malaysia)
Short StorySesuatu yang mengembangkan otak sendiri...dan mungkin menyedarkan diri yang tak sedar diri...??? FIESTA APRIL!! Untuk buat ni... Penghargaan kepada Wattpad Malaysia ? Yang benar, Sang Hiatus