"Terima kasih, sayangku."
"Kau... tetap akan mati, Lisa."
Gadis yang telah bertukar pucat wajahnya itu menjegil tajam ke dalam mataku. Rambutnya mengerbang bersama keradangannya.
"Kenapa! Kenapa kata begitu?""Lisa... kau bukan dari puakku." Tercungap-cungap nafasku bersama peluhan yang mengalir dari dahi dek pergelutan yang dipaksa perempuan yang aku yakin telah hilang akal itu.
Sayu mata Lisa melihat kekasih yang lemah tidak berdaya dalam ikatan kemas rantai yang disimpul sendiri oleh jari panjangnya itu. Dia lantas mendekatiku. Mengesat peluhku dan memeluk penuh kesal diriku. "Maaf, sayangku. Maaf buat kamu kesakitan begini. Lisa hanya ingin kita berbahagia selamanya. Lisa ingin kita hidup semati bersama," luahnya dalam nada sayu, merapatkan pipi yang sama dinginnya denganku. Tangannya mengusap-usap kepalaku yang masih bersandar pada kerusi antik di ruangan gelapnya. Segala wayar yang mengalirkan darahku masih berada bersebelahanku.
"Lisa... aku akan hidup... kau, tetap akan mati. Kita, tak sama, Lisa."
Menyala merah mata gadis itu. Dia lantas mencekup kasar pipiku bersama rambutnya yang kembali mengerbang itu. "Aku sudah kata, aku akan hidup! Bersama kau! Darah kau, membantu kita!"
"Lisa...."
Rambut mengurainya terjatuh. Matanya kembali hitam dan sayu taktala suara tidak bermaya di depannya menusuk gegendang telinga. Dia lantas mengundur beberapa langkah. Air matanya mengalir lalu dikesatnya. Matanya terbeliak, air matanya merah. Kini, dia sedar, dia bukan lagi manusia. Dia jatuh terduduk, tangisannya mula sayup-sayup kedengaran. Wajahnya ditekup dalam esakannya. Kepalanya ditoleh ke tepi, memandang wajah pucat yang terpantul dari cermin gergasi itu. Lama ditatapi wajahnya itu, dia lantas bangun mendekati cermin itu, disentuh-sentuh mukanya itu.
"Ha... haha...."
Aku yang lemah cuba berpaling pada tawa perlahan itu. "Lisa?" Semakin lama, semakin lantang tawa yang bertukar menjadi hilaian itu.
Mataku terbeliak.
Baru sebentar tadi, Lisa terbang di hadapanku, melepasi diriku dan keluar melalui sebuah tingkap gergasi.
"Aku cuma perlu darah, lebih banyak darah! Lebih banyak, lebih panjang hayatku! Aku akan bahagia dengan kekasihku!" hilai Lisa yang sedang terapung di luar tingkap itu. Dia lantas meluncur laju ke bawah, mungkin matanya telah menangkap mangsa selepas diriku ini. Aku sedar, dia akan menggila di kota ini.
Kedengaran teriakan keras dari luar bangunan ini, dan aku tahu, ini angkaranya sebentar tadi.
Mataku melirik ke tombol pintu yang seolah-olah sedang dipecah secara paksa itu. Pintu akhirnya terbuka dek terjahan kuat dari luar, dan muncul seorang lelaki yang cukup kukenal itu, Alex."Rio!"
Dia lantas bergegas ke arahku. "Kamu tak apa-apa? Lisa buat semua ni kan! Mana dia!" soalnya bertalu-talu sambil memecahkan mangga yang akhirnya terlerai dek kekuatannya itu.Aku yang terlalu lemah jatuh ke bahunya. "Dia... penduduk di sini... kita kena hapuskan dia...."
Aku mengeluarkan sesuatu dari sakuku, sebatang paku kayu gergasi.Alex terbelalak.
"Kau yakin? Kau cintakan dia.""Sebab tu... Aku nak buat ni."
Alex akur, lantas mengangkatku lalu terbang melalui tingkap yang sama. Kami terus meluru ke arah Lisa yang lahap menghisap darah seorang wanita.
"Sekarang Alex!"
Alex terus melancar paku tersebut, tepat ke belakang leher Lisa yang masih asyik membunuh.
"Argh!"
Lisa menjadi beku, menoleh dengan air mata pada kami.
"Terima kasih."
YOU ARE READING
Fiesta April (Wattpad Malaysia)
Cerita PendekSesuatu yang mengembangkan otak sendiri...dan mungkin menyedarkan diri yang tak sedar diri...??? FIESTA APRIL!! Untuk buat ni... Penghargaan kepada Wattpad Malaysia ? Yang benar, Sang Hiatus