8. Fanfiction- K-Pop

33 12 16
                                    

Serbuk sabun dituang, air dikacau, mop diperah.

Aku mengelap lantai yang dipenuhi kesan tapak kasut yang berjenama dan mungkin second-hand. Dapat kulihat manusia  berpusu-pusu menyambut kedatangan manusia lain di airport.  Paling menarik, melihat para remaja terutamanya sedang berteriak, 'OPPA! UNNIE!' serta luahan pelbagai rasa cinta yang lain, siap berkain rentang lagi.

Hari ini, 'Unnie' yang aku dengar.
Bukannya aku tak biasa, tetapi kali ini aku tertarik.

"Unnie, kyeopta!"
"Song Ji Hyo!"

Aku menangguh kerjaku, meletakkan alatanku di tepi dinding, sempat meletakkan papan amaran 'Lantai Basah' lalu berjalan menuju ke arah lautan peminat pelakon jelita itu.

Aku mengaguminya.
Wajahnya semulajadi indah, lakonan mantap dan paling penting perwatakannya yang menjadi diri sendiri, aku suka.

Mungkin sama seperti orang lain, aku mengenalinya melalui rancangan realiti 'Running Man' yang sering menghilangkan rasa letihku.

Aku pendek.

Lompatan bertubi-tubi aku cuba bagi melihatnya, namun apa yang aku nampak seolah-olah melihat kepala tiang lampu.
Jadi, aku menyelit. Untung badan kecil.

Aku berjaya!

Mataku terpesona.

Matanya tersenyum, bahkan dahinya berkerut bersama. Unik dan berseri betul senyumannya.
Rambut hitamnya bersinar berlibas mengikuti gerak kepalanya yang bergerak dek dirinya melambai pada peminat-peminatnya, dikelilingi pengawal peribadinya.

"Wah... cantik," bisikku tanpa sedar.

Teringin aku jadi sepertinya, tetapi dalam versi aku sendiri.

____________________________________

"Tandas kat sini dah bersih... hari-hari bersihkan...," bebelku selamba mengemop lantai di luar tandas.

Telingaku menangkap suatu bunyi, seperti keluhan yang gusar tapi aku tak faham. Aku lantas menjenguk di sebalik dinding laluan sepi ini.

"Unnie! 
Saranghaeyo!"

Aku mendengus sebaik sahaja mengetahui apa yang berlaku, "Fanboys...."

Song Ji Hyo sedang berjalan anak, dikejar oleh peminat-peminatnya yang aku rasa taksub memandangkan aktres itu sendiri takut melayan mereka.

"Mana pengawal dia?"

Dia melepasi aku.
Tanpa berlengah lengannya kupaut. Baldi berisi air kotor kucuah ke lantai.

Aku tersengih.

Kena pula dengan masa fanboys  yang sedang bermarathon itu. Maka bertelentanglah mereka.

Artis yang aku minati itu menutup mulut, terkejut. Macam tak percaya pula boleh lihatnya terkejut secara live.

"I don't know, should I thanks or... but my fans...."

Nadanya teragak-agak menatap peminat-peminatnya yang sudah tidak sedarkan diri itu.

Hairan, kenapa pengsan? Aksi drama memang tak logik, memperlihatkan ekstra kelihatan tragis dan lembik.

"Unnie, you want to use the bathroom?"

"Oh, yes, yes...."

"Go ahead, I  covering you for this time."

Dia mengucapkan terima kasih lalu tergopoh-gapah masuk ke tandas. Bukan acah aku cakap Mat Salleh, aku pelajar.

Selang beberapa minit, dia keluar,berdiri bersebelahanku dan menghubungi seseorang.

"Thank you so much, I'm really appreciated this help," ucapnya sambil menunduk, "do you want something for me pay this?"

"Something?" aku berfikir sejenak lalu membuka cap aku, melepaskan rambut menguraiku.

"Oh, you a girl."

"Yes.
Pay with this, your autographs."

Aku menghulurkan topi Nike.

"Oh, okay."

Dia lantas mengeluarkan sebatang pen dan mula melakar tandatangannya, "you're a worker here?"

"No, just hobby."

Dia berkerut memandangku.

Aku lantas kembali memakai topi tersebut, mataku terpandang dua lelaki sado berlari anak ke arah kami.

"Time to say goodbye, I'm done with my own mission," aku melambai dan berlalu pergi.

Fiesta April (Wattpad Malaysia)Where stories live. Discover now