14. Aktiviti Paranormal

25 6 2
                                    

Bip, bip... Sret....

Panjang bunyi frekuensi yang terhasil itu.
Sudah seminggu aku perhati. Segalanya mencurigakan.

Suara para pendendang radio semuanya bercampur aduk, tersekat-sekat dan sukar untuk difahami. Hanya beberapa patah perkataan sahaja yang telingaku boleh tangkap. Sekadar gelak tawa dan gosip publisiti serta lagu yang telah rosak akibat radio burukku ini sahaja.

"Wei, aku dah tak tahan la... hari-hari macam ni, bosan dah aku... Mari pindah bandar sebelah.
Elok je diorang punya," ujar sahabatku, Lay selamba.

Aku hanya ketawa mendengarnya mendengus jenuh di atas meja. Tentulah aku tahu dia tidak memaksudkannya, sekadar meluahkan perasaan mungkin.

"Aku pelik la, kenapa hanya kita?
Kenapa, bandar kita?" Lay membangunkan tekupan kepala dari mejanya, memandang aku dengan wajah polosnya.

"Entahlah, Lay." Aku terus menerus memutar pelaras radio, cuba mencari siaran yang baik.
Lay menongkat dagu memandang percubaanku.
"Tapi, aku rasa... mungkin ada kaitan dengan apa yang berlaku tahun lepas."

"Tahun lepas...."
Lay yang memahami maksudku  merembat malas sebuah alat kawalan jauh lalu membuka televisyen .

"Eh...."

Nada kepelikan Lay yang panjang itu menarik pandanganku.

"Apa ni?
Siaran baharu?"

Aku lantas bangun mendekati kaca televisyen itu.
"Tak, bukan ni.
Benda lain." Aku mengecilkan mataku, memerhati betul-betul siaran aneh itu. Kata hati aku kata ada sesuatu tentangnya. Sesuatu yang berkait dengan apa yang sedang berlaku di bandar ini.

"Ah, apa ni!
Entah apa-apa la siaran ni! Apa benda pergi tayang bayangan orang? Berjemur bawah matahari dah boleh nampak la...," luah Lay yang sudah cemuh dengan segala keanehan yang berlaku.

____________________________________

Sudah tengah malam, Lay yang menumpang tidur di bilik apartmentku masih tersengguk-sengguk menukar siaran yang sama. Radio masih kedengaran terumbang-ambing. Bunyi riuh dari luar hasil pergerakan muka-muka baharu kedengaran. Aku hanya memerhati dari tadi melalui tingkap.

"Argh!
Bosan-bosan!"

Mataku menangkap sesuatu.
Aku lantas bergegas mengambil jaket sejukku, memalingkan wajah Lay yang sedang menggelepar kebosanan.

"Eh, kau nak pergi mana malam-malam buta ni?"

Aku yang telah sedia dengan sebuah vakum, tersenyum padanya. "Jom, hilangkan bosan tu."

Melebar senyuman Lay mendengar ajakanku itu. Dia lantas melompat dari sofa panjangnya dan berlari anak menyusulku yang telah keluar.

"Kau ada dapat sesuatu ke?" soalnya teruja. Aku hanya membalas dengan sengihan.

Sudah berbulan kami perhati. Akhirnya, hari ini aku faham apa yang sedang berlaku. Masa untuk kami bertindak telah tiba.
Menggunakan kereta kura-kura milikku, kami merempuh manusia-manusia yang sedang berpusu-pusu masuk dari pintu utama bandar ini.
Aku tersengih melihat Lay yang cemas dan berteriak dengan pecutanku.

"Apa?" Lay tercengang, melihat kelipan-kelipan tubuh yang melintasi kami tanpa perasaan itu.

Muka-muka yang sama, badan ditukar-tukar, waktu disenggang, bunyi yang sama. Inilah yang disiar di televisyen sebentar tadi.

Ya, hologram.

Manusia-manusia ini palsu belaka.

Aku mencari punca hologram tersebut. Mata aku sudah  nampak. Suatu susuk tubuh tidak jauh dari kami, di sebuah beranda apartment, sedang memerhati.

Aku lantas memecut kereta, mengejutkan Lay.

"Lay, sedia!"

"Ha!
O... Okey!" Lay lantas mengambil vakum sebaik faham apa yang kufaham. Butang ditekan. Cahaya mula terpancar, diacu tepat dari jauh.

"Tidak!!!"

Sesuatu diserap.

Selesai.

Fiesta April (Wattpad Malaysia)Where stories live. Discover now