Bab 6

15 1 0
                                    

TOPI yang dipakai, aku perbetulkan. Pandangan aku buang jauh ke tengah tasik yang sememangnya menjadi port untuk mahasiswa dan mahasiswi di sini membuang waktu sementara melayan perasaan. Macam apa yang aku lakukan sekarang. Aku mengeluh untuk kesekian kali.

"Beb, sorry...." Ayim meleretkan suaranya. "Sorry sebab aku la kau kena marah teruk dengan ayah kau, sorry to the max?" Aku kerling sekilas Ayim di sebelah. Senyuman cuba aku ukir.

"Tak apa," dua patah aku menjawab. Jujur, aku tiada langsung mood untuk berbicara saat ini. Jiwa aku masih tidak kental untuk move on dari apa yang berlaku.

"Ayim, boleh tak kau tinggalkan aku sekejap? Aku nak bersendirian," pintaku. Ayim yang sememangnya mengerti akan keadaan aku bangun lalu membawa diri. Cukup tiga puluh minit aku membuang waktu di situ, aku bangun mengatur langkah. Sampai sahaja di satu lorong yang sepi, bahuku ditahan. Muka, aku angkat. Aku mengeluh lagi dan lagi. Tak serik-serik lagi rupanya jantan ni. Wajahnya aku jeling.

"Hai sayang, apa khabar? Bertemu lagi kita nampaknya," tersengih-sengih dia mengalahkan abang nyet di zoo. Dapat aku lihat dua pengikutnya di belakang turut serta senyum. Tolong la, hari ni bukan hari senyum sedunia. Aku tak ada mood nak turut serta.

"Nampaknya ludah aku hari tu tak cukup busuk untuk sedarkan kau, kan? Tepi la," Bahunya aku tolak, namun lain pula yang jadi. Tangan aku dicengkam dan tubuh aku pantas ditolak ke dinding. Aduh! Bangsat! Kau ingat bahu aku ni diperbuat daripada besi keluli ke?! Marahku dalam hati.

"Awal lagi la sayang. Kau tak ingat ke? Haritu kan aku dah cakap yang urusan kita belum selesai lagi," dia senyum. Mata aku membulat saat dia mendekatkan wajahnya seakan-akan dia ingin mencium aku. Wait? What is this man?! Sumpah jantan ni gila. Aku perlu sedarkan dia segera. Lantas pipinya aku tolong kuat sehingga mukanya tersodok pada dinding. Opss! Sedap tak tercium dinding bata bang?

Matanya mencerlung memandangku. Sekali lagi, pipiku dicengkamnya. Serius, lepas ni aku tak perlu dah bersusah payah buat senaman mulut ikan kembung. Kalau begini gayanya, boleh tersedut habis lemak-lemak di pipiku.

"Hei perempuan, apasal kau ni biadap sangat, hah?! Kau memang nak..." saat dia ingin melayangkan penumbuknya, ada penumbuk lain pula yang hinggap pada wajahnya.

"Bos!"

Aku terpana. Dia!

Kolar lelaki jahat itu dicengkam lalu wajahnya ditumbuk lagi. "Kau jangan nak dayus sangat pukul perempuan la!" bicaranya. Sedas penumbuknya kali ni membuatkan bibir lelaki jahat itu pecah dan cecair merah mulai mengalir. Tersenyum puas aku melihatnya. Rakan-rakannya ingin mara namun terhenti saat hero aku mendekat. Eh tiba-tiba dah tukar title. Hiks! Lelaki jahat itu dipapah oleh rakan-rakannya. Sebelum dia pergi, sempat dia berkata sesuatu.

"Kau jangan ingat aku tak kenal kau siapa ya," biacaranya kemudian senyum sinis. Aku mengerutkan dahi. Uish siapa sebenarnya hero aku ni? Aku tiba-tiba sahaja berasa gentar saat dia menghampiriku. Dia senyum.

"Berjumpa lagi kita ya, awak okey?" Aku malu-malu. Ish sejak bila Qashrina Aisyah jadi seorang pemalu ni. Eeee. Erm saya okey je awak, cuma rasa macam lemak dekat pipi dah terlupus sikit. Maklumlah, asyik dipicit-picit saja. Balasku sekadar dalam hati.

"Awak nak balik ke? Jom saya hantarkan," ujarnya dan dia senyum lagi. Kenapa dia asyik senyum ni? Jantung aku terasa bertambah detakkannya setiap kali melihat dia senyum. Jangan la macam ni bro, sis tak kuat.

"Tak apa, saya ada motor nak balik. Er...terima kasih ya sebab tolong saya," ujarku sambil menatap Questar BYD Adidas miliknya. Bapak! Kasut ni bukan keluaran terbaru ke? Dan harganya boleh tahan mahal la. Gila mamat ni pakai kasut mahal-mahal nak menunjuk dekat siapa. Sedang aku menyibukkan diri menilik kasutnya, dia berdehem.

"Nama saya Ziyad, awak?" matanya tepat menusuk ke dalam anak mataku. Liur aku telan.

"Qash," balasku. Serius, aku rasa sekarang aku tengah tayang senyuman kambing aku yang tersangatlah buruk di dunia dan aku pasti kambing pun tak akan restu dengan senyuman aku ini. Tak kisahlah. Akhirnya, aku dapat berkenalan dengannya. Terima kasih heroku.

Maskulin Where stories live. Discover now