"Ya."
Nafas Henry tertahan . Jika Nathella mengetahui perkara ini, tidak dapat dibayangkan olehnya bertapa hancurnya hati anaknya.
"...tapi aku dah jatuh hati dengan anakkau." Henry di buat mengernyit dengan kelanjutan ayat dari Soonyoung.
"Maksudmu... kau dah jatuh cinta dengan anak aku..dan nak batalkan projek tu ? " Henry dibuat tercengang , fikirannya kosong dalam seketika .
"Aku tahu kau sangat cerdik untuk faham sendiri." Sahut Soonyoung tenang .
Begitu Soonyoung melontarkan jawapannya , ada sesuatu yang bergelora di hati Henry . Menggoncang akalnya untuk berfikir , bertapa tidak serasinya Nathella jika di sandingkan dengan seseorang yang bergelimang dosa , tangan yang penuh darah , kehidupan yang hitam kelam .
"Kau tengah bermimpi ? Sedondonkah kau dengan anak aku." Henry Melontarkan jawapan balas yang mampu menggoncang suasana.
Soonyoung tersenyum sinis.
"Itu bukan persoalannya.." dia menyahut , suaranya halus dan perlahan . "..sekarang , yang penting , aku tak mungkin mencederakan Nathella."Henry terdiam ,kehabisan kata-kata, kerisauan diri semakin memuncak, akar persoalannya belum terlerai.
"Bagaimana , Tuan Henry ?" Soonyoung menyeringai dalam diam . Sedikit lagi , sedikit lagi Soonyoung .
Si tua menghela nafas panjang , memicit pelipisnya . Dia masih pening , tapi penyataan Soonyoung bukan lagi hal yang mengejutkan baginya , dia teringat akan bertapa baiknya Soonyoung terhadap Nathella , menatap anaknya dengan lembut. Dia sudah mengesan hal itu sejak jauh-jauh hari lagi. Sejak menghantar Nathella ke sekolah tempoh hari . Ingatkah kamu ?
"Kau yakin , Soonyoung ? Ini bukan hal main-main ."
"Kau tahu , bukan ? Beberapa tahun ini aku dah hidup tenang , menikmati hari-hari pencenku di Korea..meneruskan syarikat keluarga angkatku dengan lancar . Namun panggilan Robertlah yang membuat aku datang . Malangnya aku tak dapat meneruskan ini , Henry . Aku jatuh cinta dengan Nathella . Dan aku akan jaga dia."
"Bagaimana dengan Robert?"
"Dia belum tahu lagi tentang ini."
"Dan kita akan tamat bila dia tahu tentang semua ni." Balas Henry tangkas.
Soonyoung mengangkat bahunya acuh tidak acuh . Baginya ini bukan masalah besar.
"Malam ini juga aku akan pulang ke Korea , mengurus beberapa hal penting." Gumam Soonyoung.
"Dalam jangka ?"
"Mungkin seminggu . Ah , aku kurang pasti . Tapi aku dah arahkan beberapa orang untuk menjaga Nathella . Selebihnya , berhati-hatilah."
Si tua menggeleng-geleng perlahan , sebenarnya dia masih bingung dengan semua ini.
"Kau tahukan kenapa aku serahkan Nathella dengan kau ?" Suara Henry berubah sendu .
Soonyoung mengangguk.
"Aku akan jaga dia."Soonyoung tidak jadi membunuhnya , itu bererti akan ada lagi seseorang yang akan Robert hantar . Tetapi sekarang bebannya terasa lebih ringan , sekurang-kurangnya Nathella tidak terlibat, anaknya berada dalam zon biru , ada Soonyoung yang mampu melindungi anaknya.
"Terima kasih Soonyoung , aku harap ini bukan ucapan kosong belaka." Henry berucap perlahan , memberi restu dengan riak bimbang yang masih bergayutan di wajah.
"Tapi , ada sesuatu yang perlu kau ingat ."
"Apa itu ?"
"Catlyn . Berhati-hatilah."
YOU ARE READING
Bila Malam Tiba...
Mystery / ThrillerNathella Dawson itu gadis biasa, berpakaian sederhana tapi mempunyai cita-cita yang luar biasa. Pindahnya dia dan ayahnya ke rumah peninggalan arwah atuk dan neneknya telah mengubah seluruh hidupnya. "Entah mimpi atau realiti.. Kau rasa dia datang...