36

4K 174 15
                                    

"Kenapa nak balik awal sangat..ibu tak puas lagi luangkan masa dengan kamu berdua." Murung wajah Bella . Tidak teragak-agak dia memeluk Nathella seerat-eratnya . Kehendaknya dia mahu pasangan pengantin baru itu untuk menetap lebih lama lagi di sini. Bukan, bukan niatnya mahu menekan Soonyoung , apatah lagi menghalang rancangan anaknya yang kini sudah menjadi ketua keluarga , tetapi dia belum siap menanggung rindu lagi , belum mahu berjauhan dengan menantu cantiknya.

Soonyoung tersenyum wibawa.
"Jangan risau ibu , kami tak jauh manapun.. masih dalam negara ni juga." Soonyoung terkekeh di hujung katanya.

Bella turut senyum . Ini pula yang dia syukuri , Soonyoung telah mempersuntingkan salah-satu wanita warga peribumi di sini , tidaklah lagi dia ternanti-nanti kepulangan si bungsu yang tidak pasti .

"Jaga isterikau , Soonyoung. Jaga macam mana kau jaga nyawa kau." Petua dari ayah bagaikan mantera mujarab yang perlu Soonyoung hafal setiap detik , justeru itu dia mengangguk patuh sambil tersenyum kecil.
"Tentu ayah.. saya akan jaga seperti mana saya jaga nyawa saya." Soonyoung memandang sekilas ke arah isterinya , lagi-lagi dia menangkap gelagat malu-malu Nathella yang begitu manis .

"Soonyoung , kau tak nak tunggu abangmu dulukah ?" Tanya Bella agak risau . Lagi-lagi Soonyoung pergi dalam keadaan keruh . Bahkan pertengkaran hebat semalam masih terbayang-bayang di benaknya , dan sejak semalam Alvin belum kembali .

Nathella jelas kebingungan tatkala ibu mertuanya mengajukan soalan itu . Apa , abang ? Soonyoung ada abang ? Sudah tentu ini pasti menjadi persoalan besar baginya .

Wajah Soonyoung mengeras. Perlukah dia jelaskan , faktor pemindahannya berpunca dari kelakuan tidak senonoh Alvin terhadap isterinya ?

"Mungkin tak .." jawap Soonyoung perlahan sambil menarik pinggang Nathella agar semakin dekat , memeluk si isteri dengan mesra , lagi-lagi perlakuan sederhana itu menimbulkan tona warna pada pipi mulus Nathella . Dia malu.

Bella terpekik kecil .
"Menantuku yang cantik.." dia mencubit pipi Nathella kerana gemas . "..teringat masa ibu muda-muda dulu . Kan Honey ?"
Edward hanya mampu mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Baiklah , kami kena gerak sekarang .. penerbangan kami tengah hari nanti."
Ucap Soonyoung , teringat kembali tiket berbulan madu mereka ke Itali , yang sudah dia siapkan sejak jauh-jauh hari lagi.

"Ah baiklah , jaga diri baik-baik."
Bella tidak mampu menahan bendungan airmatanya. Menangis dalam senyuman adalah perkara yang sulit . Hatinya sebagai seorang ibu bagai di timpah batu besar tatkala hendak melepaskan anaknya. Edward yang peka dengan keadaan langsung memeluk bahu isterinya , mengusap-usap lembut sambil membisikkan kata-kata penenang.

Mahu tidak mahu , suasana pilu terbangun juga. Berat hati Nathella untuk melangkah , bahkan sekadar untuk masuk ke dalam kereta dia menyempatkan diri untuk memandang persekitaran rumah itu , entah apa yang dia rasakan , yang penting itu terasa sebak . Kenangan kebersamaannya bersama 'Soonyoung' berlegar-legar di fikiran padahal peria itu ada di sampingnya .

"Nathella .." tegur Soonyoung tatkala melihat gelagat isterinya yang agak pelik . Dia menaikkan sebelah alisnya , cuba mentafsir perilaku si isteri yang kelihatan enggan untuk meninggalkan rumah ini.

Nathella segera tersedar dari lamunannya. "I..ya.." secanggung senyumannya , begitulah juga caranya masuk kedalam kereta.

Soonyoung menghela nafas . Cuba berfikiran positif. Dia berbalik , kembali tersenyum kearah orangtuanya. "Kami pergi dulu." Katanya sebelum masuk ke dalam kereta.

Bella mengesat airmatanya sambil melambai-lambai perlahan.

Kereta mereka pun melaju . Membelah jalan yang di kelilingi pohon-pohon yang menjulang tinggi .

Bila Malam Tiba...Where stories live. Discover now