"Thella.."
Suara itu kedengaran samar, sebelum berubah menjadi lebih jelas , membawa Nathella pergi dari alam mimpi.
Matanya terkebil-kebil , meringis perlahan ketika bias cahaya mentari berlumba-lumba masuk melalui tirai kamarnya , hendak meransang retina matanya .
"Hari ni Thella takda kelaskah?"
Nathella membawa dirinya untuk duduk bersandar di kepala katil , lalu melakukan renggangan pagi , cuba melawan rasa mengantuknya yang masih bergayutan di pupil matanya .
Dia menguap sekali .
"Ad.." Nathella berehem sekejap, tekaknya terasa kering dan sakit.
"Ada." jawapnya lebih jelas namun serak.Henry menaikkan sebelah alisnya. "Kenapa ni ? Thella tak sihatkah ?"
Nathella menggeleng.
"Mungkin masuk angin.." Dia melemparkan senyuman meyakinkan. "..semalam saya tunggu ayah kat halaman ru..mah." Hujung ayatnya meragu , teringat tempat yang sepatutnya dia berada ketika terbangun . Dia masih ingat dengan jelas bagaimana dia jatuh terlelap di atas meja , dan ..Seseorang yang dia kenali , biarpun agak samar-samar tapi dia yakin apa yang dia lihat .
Kwon Soon Young ?
Dia mendongak , balas menatap ayahnya. "Ayah yang pindahkan saya ke sini ? "
Henry mengernyit. "Ayah baru datang ni , semalam ayah bermalam kat tempat kerja ayah . Maaf , sebenarnya ayah nak telefon , Thella. Tapi kredit ayah tak mencukupi."
Nafas Nathella menjadi berat . Benarkah apa yang dia nampak semalam ? Ataukah hanya sekadar ilusinya sahaja ? Jadi siapa yang pindahkan dia ke sini? Siapa yang gantikan pakaiannya dengan pijama tidur? Apakah dia berjalan dan melakukan ini semua sendiri ?
Ya tuhan , tak masuk akal betul!
"Thella.."
"Iya ?" Pandangan Nathella tidak fokus .
Henry mengernyit lagi. "Kenapa ni ? Thella nampak bingung ?"
Nathella menggeleng . Bukan waktu yang sesuai untuk menceritakan hal pelik itu kepada ayah kerana ada yang lebih penting dari itu .
"Ayah.."
"Hm ?"
Nathella berdehem dalam-dalam, memastikan agar suaranya tidak terlalu serak dan dapat di dengar oleh ayahnya.
"Kelmarin , Thella ada hantar bekal kat tempat kerja ayah tapi salah seorang dari pegawai di sana cakap ayah dah di berhentikan , betul?"
Nathella diam , menunggu reaksi ayahnya , namun dia mengernyit saat Henry melemparkan kekehan ringan .
"Thella jangan fikirkan tentang hal tu , lagipun ayah dah mula kerja kat sebuah kafe ."
Bohong lagi , untuk yang sekian kalinya .
Henry cuba menenggelamkan perasaan bersalahnya , di perberatkan dengan ingin memberikan anaknya kehidupan yang layak.
"Secepat itukah ?"
Nathella mengecilkan pupil matanya , mengawasi perkataan ayahnya . Bolehkah dia percaya ?"Ah , rupanya anak ayah dah tak percayakan ayah lagi." Henry meringis palsu , sekadar untuk memancing anaknya supaya berasa bersalah kerana menuduhnya.
Nathella menghela nafas.
"Saya percayakan,ayah." kentara sekali ada keraguan di antara nafasnya .Henry diam , memandang anaknya dalam keheningan, anaknya yang paling dia sayangi.
YOU ARE READING
Bila Malam Tiba...
Misterio / SuspensoNathella Dawson itu gadis biasa, berpakaian sederhana tapi mempunyai cita-cita yang luar biasa. Pindahnya dia dan ayahnya ke rumah peninggalan arwah atuk dan neneknya telah mengubah seluruh hidupnya. "Entah mimpi atau realiti.. Kau rasa dia datang...