PROLOG

164 9 0
                                    

KERETA Aston Martin Vanquish S Volante dipandu masuk ke New York City, membelakangi lori putih pengangkut barang. Amy Foxe melihat keindahan bandar itu dari Brooklyn Bridge seraya mendengar lagu-lagu EDM.

"Lizzie, we are here!" kata Amy Foxe teruja.

Pandangan dibuang ke kusyen sebelahnya. Senyuman yang terukir itu tadi hilang tiba-tiba entah ke mana. Pandangan dialihkan ke depan semula, dengan wajah murung. Keluhan dilepaskan. Salji putih mengenai cermin depan kereta mewah itu. Musim sejuk bakal bermula tak lama lagi.

PINTU garaj dibuka dengan sendiri. Amy Foxe memandu keretanya masuk ke dalam garaj. Rumahnya terletak di Queens. Amy Foxe menuruni kereta lalu berjalan masuk ke dalam rumah menerusi pintu depan. Lampu ruang tamu dibuka. Tidaklah seluas seperti rumah agamnya dulu, tetapi memadai baginya.

"Sir, where should I put these stuffs?" pinta pemandu lori pengangkut.

Amy Foxe menoleh ke belakang. "Oh! Just put them here. I will put them in by myself."

"Alright, sir!"

Langkah diatur ke dapur lalu membuka lampu. Boleh tahan juga luasnya. Amy Foxe berjalan ke tingkat atas melalui tangga. Terdapat tiga bilik tidur. Masing-masing kelihatan mencukupi. Langkah diatur masuk ke loteng rumah. Agak luas. Dia berjalan ke tingkap di hujung loteng itu lalu menjenguk keluar, melihat pencakar langit yang berdiri jauh dari rumahnya itu. Dia bergerak keluar dari loteng. Cukuplah melihat rumahnya yang sederhana itu. Dia melangkah ke ruang tamu lalu berbaring di atas sofa. Matanya melihat siling.

"Cantik juga rumah ni! Boleh tahan luasnya," monolog Amy Foxe.

Mata dipejam pula.

"Tapi, tanpa Liz, hidup dekat sini tak sempurna," tambah Amy Foxe teringatkan Elizabeth Foxe, cintanya.

"Apalah yang dia buat sekarang eh?"

"Tahun ni, tak dapatlah sambut Krismas dengan dia orang."

Keluhan dilepaskan.

"At least, bolehlah cakap bahasa Melayu tanpa rasa malu."

Ding! Dong!

Amy Foxe membuka matanya. Dia bingkas lalu meluru ke pintu depan.

Ding! Dong! Ding! Dong!

"Yes, I'm coming!" ujar Amy Foxe.

Pintu depan dibuka. Amy Foxe melihat seorang gadis membawa sekotak piza.

"Pizza delivery!" kata gadis bertopi keledar itu.

Amy Foxe mengerutkan dahi. "I didn't order any pizza."

"What?" Gadis piza itu terkejut lalu menyemak alamat. "The address is 388 here."

"Sorry! This is 389." Amy Foxe menunjukkan alamat rumahnya yang terlekat pada pintu depan-389.

Mata biru gadis piza itu terbeliak. Dia tergamam seketika. "Oh! I'm sorry. My mistake!"

"It's okay."

Amy Foxe sempat melihat teg nama pada baju gadis kurus itu sebelum gadis itu beredar. Susan Winterson namanya. Amy Foxe melihat gadis itu beredar ke rumah sebelahnya. Gadis itu terlanggar barang-barang yang sedang dipunggah, hampir terjatuh. Dia memasuki rumahnya lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa, berbaring semula.

"Susan Winterson. Cantik nama tu," monolog Amy Foxe.

"Tapi, Lizzie cantik lagi."

Mata Amy Foxe dipejam semula lalu terlelap serta-merta setelah penat memandu jauh dari Los Angeles selama hampir satu minggu.

#vote

Coming Back: I'm Back!Where stories live. Discover now