BAB 36-BEAT OF TRACK

54 4 8
                                    

MALAM yang dinantikan sudah tiba. Emy Zulkifli melepak bersama mat rempit yang lain termasuklah Firdaus Muzzammil seraya menanti ketibaan The King. Elizabeth Foxe dan Fatin Sumaiyah turut berada di situ.

"Abang boleh buat!!" kata Fatin Sumaiyah memberi semangat.

Emy Zulkifli tersengih. "Terima kasih untuk kata semangat!"

"Bro, kau kena menang kali ni. Ni bukan race biasa," pesan Firdaus Muzzammil.

"Aku tahu. Aku dah banyak kali hadap benda macam ni."

"Tapi, kan? Kereta dia tu..."

Vroomm!!! Vrooommmm!!! Enjin sebuah kereta eksotik mengaum kuat.

Semua mata tertumpu pada sebuah kereta dari Jerman itu.

"...kereta litar," ujar Firdaus Muzzammil menghabiskan katanya.

"AMG GT circuit specs ya. Menarik ni," kata Emy Zulkifli mula tertarik dengan perlumbaan nanti.

"Kereta tu cuma ada enjin V8. Kelajuan penuh pun mungkin lebih dari 310 kilometer sejam. Berat lebih kurang 1615 kilogram. Kemungkinan dia akan perlahankan kereta waktu selekoh nanti sebab bukan senang kereta seberat 1500 kilogram ke atas nak buat drift. Kereta Vanquish S Volante yang Amy guna ni ada enjin V12 lebih kuat dari enjin V8. Top speed pun lebih kurang 325 kilometer sejam. Berat tu saya tak pasti. Apa yang saya tahu kuasa kudanya 587 bhp. That's all I know. Kemenangan berpihak dekat kita rasanya," terang Elizabeth Foxe, yakin.

The King memberhentikan keretanya di garis permulaan. Emy Zulkifli menaiki keretanya lalu memandu ke garis permulaan. Fatin Sumaiyah memandang Elizabeth Foxe.

"Betulkah abang boleh menang?" kata Fatin Sumaiyah kurang senang.

"Jangan risau! Saya pro atas litar. Dia pro atas jalan," kata Elizabeth Foxe mengukirkan senyuman.

Dua buah kereta itu membuat bising dengan enjinnya. Enjin kereta Mercedes Benz itu semakin bising, sedikit pun tidak dilayan Emy Zulkifli. Emy Zulkifli memasang lagu EDM yang sudah lama tidak didengarnya. Kotak pembesar suara bergetar kuat di belakang dengan mesin DJ miliknya.

Senyuman tercalit di bibir Emy Zulkifli. Tangannya menggenggam stereng kereta dengan kuat.

"Dah sedia?" kata Firdaus Muzzammil berdiri di antara dua pesaing itu.

Enjin mengaum kuat tanda sedia.

"Okey. Satu... Dua... Tiga!"

Lantas, dua kereta itu terus memecut ke hadapan. Enjin mereka mengaum dengan kuat mengalahkan enjin motosikal. Mereka yang lain bersorak melihat kereta itu berlalu pergi dengan laju.

"Kau rasa siapa menang ya?" kata pengunjung di situ.

"Entah. Dua-dua nampak laju," balas seorang lagi pengunjung.

Firdaus Muzzammil terfikir sesuatu. "Tunggu sekejap!"

Fatin Sumaiyah dan Elizabeth Foxe memandang Firdaus Muzzammil. "Kenapa?" Serentak.

"Malam ni, malam Jumaat kan? Selalunya ada roadblock di mana-mana malam ni. Rondaan selalu ada."

Fatin Sumaiyah serta-merta mencengkam kolar baju lelaki itu, geram. "Kenapa sekarang baru nak beritahu?"

"Aku baru teringat. Maaflah!"

Elizabeth Foxe meleraikan pertelingkahan itu. Fatin Sumaiyah bersifat dingin dengan lelaki itu.

★★★

DUA buah kereta dipandu laju di sekitar pekan. Sebuah kereta polis yang berhenti di hadapan lampu isyarat terlihat dua buah kereta itu melanggar lampu merah. Tanpa melengahkan masa, siren dibunyikan. Kereta polis itu mengejar dua pelumba itu.

"Hentikan kenderaan kamu!!" kata seorang pegawai polis.

Dua pelumba enggan menerima arahan. Kereta masing-masing dilajukan. Mereka membelok di sebuah persimpangan. Emy Zulkifli memintas The King sebaik kereta Mercedes Benz itu dipandu secara perlahan. Memang benar kata Elizabeth Foxe tadi. Emy Zulkifli mendahului perlumbaan. The King cuba mengejarnya. Sayangnya, keretanya tidak mampu mengejar kereta pesaingnya.

"Argh!" keluh The King kasar.

Kereta polis yang dipandu betul-betul di sebelahnya itu terus dirempuh kasar oleh The King lalu hilang kawalan, terlanggar pembahagi jalan. The King kembali menumpu pada perlumbaan. Kereta Emy Zulkifli dihampiri lalu diekori rapat. Emy Zulkifli melihat cermin pandang belakang, melihat pesaing di belakang. Dia kembali menumpu ke depan, terlihat sesuatu di luar jangkaan.

"Tu kan... roadblock!"

#vote

Coming Back: I'm Back!Where stories live. Discover now