BAB 23-KEPULANGAN

35 3 0
                                    

KAPAL terbang selamat mendarat di KLIA. Amy Foxe dengan nama asalnya Emy Zulkifli melangkah keluar dari lapangan terbang itu. Matanya meliar melihat sekeliling. Jam sekarang sudah pukul 12 tengah malam. Langkahnya diatur berseorangan di sekitar ibu kota. Dia melihat seorang lelaki kurus dari jauh. Kelihatan lelaki itu sedang stres.

"Arghh!!" keluh seseorang menumbuk angin, geram.

"Bro, kenapa ni?" kata Emy Zulkifli dari belakang.

Lelaki itu menoleh ke belakang lalu melihat Emy Zulkifli yang kelihatan sebaya dengannya itu berdiri dekat dengannya. "Yang kau ni? Jaga tepi kain orang kenapa?"

"Taklah, bro! Aku tengok kau cakap seorang-seorang macam lepas kena break jerr. Dahlah malam buta sekarang ni. Kes teruk sangat aku tengok. Apa cerita, bro?" kata Emy Zulkifli sambil menggalas beg dan menjinjing beg pakaian.

"Teruk sangat eh!?"

"Yalah, sampai cakap seorang-seorang. Aku Emy." Emy Zulkifli menghulurkan tangannya.

"Faiz Azzudin." Faiz Azzudin bersalaman dengan lelaki itu.

Setelah berjabat tangan, Faiz Azzudin terfikir sesuatu. "Emy? Helmi Zulkifli eh?"

"Ah, ya! Sayalah tu. Macam mana kau tau?" kata Emy Zulkifli sedikit terkejut.

"Asal mana?" soal Faiz Azzudin, enggan menjawab persoalan dari Emy Zulkifli.

"New York, tapi lahir dekat Dungun sebab aku pernah diculik sampai ke L.A. dulu," jawab Emy Zulkifli.

"Culik?" kata Faiz Azzudin sepatah dengan reaksi terkejut.

"Ya, dah 10 tahun, aku dekat negara orang. Sekarang ni, aku nak balik kampung je ni. Oh, ya! Apa cerita tadi sampai cakap seorang tu?"

"Oh!" Faiz Azzudin tertawa kecil. "Tak ada apalah, bang! Biasalah dalam cinta."

"Kenapa? Putus cinta eh?"

"Eh, mana ada? Dia sebenarnya… dah mati! Mati langgar lari," kata Faiz Azzudin menunduk.

"Innalillah wa'innailaihi roji'un," ucap Emy Zulkifli.

Bahu Faiz Azzudin dipegang. Faiz Azzudin mendongak, melihat wajah Emy Zulkifli.

"Tak apa, bro! Mungkin ada yang lebih baik dari dia," kata Emy Zulkifli memberi semangat.

"Tapi, aku tetap cintakan dia!" luah Faiz Azzudin.

"Hmm… Dah kes berat ni. Apa kata, adik cari orang yang langgar dia tu. Adik boleh berbakti demi dia. Betul, tak?"

Faiz Azzudin berfikir sejenak. Ada benar juga kata-kata Emy Zulkifli itu. Dia kembali memandang Emy Zulkifli.

"Betul juga! Terima kasih, bang!" ucap Faiz Azzudin, ceria.

"Sama-sama. Ermm… Nak tanya sikit ni. Stesen bas dekat mana?" balas Emy Zulkifli.

"Oh, abang cuma jalan terus saja. Lepas simpang keempat, abang masuk kanan. Jalan terus sampai simpang ketiga, masuk kiri."

"Alright, thanks!"

"Sama-sama."

Dua lelaki itu melangkah beredar mengikut haluan masing-masing. Emy Zulkifli melangkah mengikut laluan yang ditetapkan. Dia melintasi kedai 7Eleven lalu terhenti langkah. Perut sudah berbunyi. Dia mengatur masuk ke dalam kedai itu.

"Selamat datang!" ucap seorang jurukaunter yang bekerja seorang diri di situ.

Emy Zulkifli meletakkan beg pakaian di tepi pintu lalu melangkah ke bahagian snek dan minuman. Makanan ringkas dan air tin diambil lalu diletakkan di kaunter. Gadis 7Eleven itu melaksanakan tugasnya.

"Semuanya 6 ringgit 40 sen," kata gadis itu, mesra.

Emy Foxe mengeluarkan kad kreditnya lalu memberikannya kepada gadis itu. Sekejap sahaja.

"Terima kasih!" ucap gadis itu.

"Kerja seorang je ke?" kata Emy Zulkifli bersahaja.

"Eh, tak! Ada lagi seorang kawan sekerja. Dia keluar sekejap. Ni... abang ni dari mana siap bawa beg besar??"

"Dari airport. Nak balik Dungun."

"Huish, bahaya bang malam-malam ni!! Orang jahat ramai dekat luar tu. Sini, KL. Banyak kes jenayah waktu malam."

"Ermm... contohnya?"

Vrooommmm!!!! Vroomm!!! Vrooommmm!!!!! Beberapa buah kereta jalanan memecut deras di jalan, menarik perhatian Emy Zulkifli.

"Macam tu," jawab gadis itu, ringkas.

"Hmm... menarik!" kata Emy Zulkifli tersengih.

#vote

Coming Back: I'm Back!Where stories live. Discover now