BAB 26-EMAK

32 3 0
                                    

BEG dipegang kuat oleh Emy Zulkifli yang membonceng motosikal. Fatin Sumaiyah menunggang motosikalnya ke rumah. Motosikal diberhentikan di depan pintu rumah. Emy Zulkifli menuruni motosikal seraya menjinjing beg pakaian.

"Masuklah!" jemput Fatin Sumaiyah.

Dua beradik itu melangkah ke pintu rumah. Mereka memasuki rumah itu. Beg pakaian masih dijinjing. Emy Zulkifli melihat keadaan rumah yang sudah 10 tahun ditinggalkan. Banyak perubahan yang berlaku. Matanya tertumpu pada pingat dan piala anugerah yang dihiasi di sudut ruang tamu.

"Maya juara Silat Gayong eh?" kata Emy Zulkifli tersengih.

"Baru peringkat kebangsaan," kata Fatin Sumaiyah melangkah ke bilik tidur.

Pintu bilik tidur dibuka.

"Ni bilik abang," kata Fatin Sumaiyah.

Emy Zulkifli mengalihkan pandangan, melihat bilik tidur. Beg diletakkan di sebelah katil. Punggungnya berlabuh di atas katil.

"Ibu mana?" tanya Emy Zulkifli.

Fatin Sumaiyah berfikir sejenak. "Tak silap adik. Mak pergi beli ikan di pasar tani."

"Abang pula?"

"Dia tinggal di Pasir Puteh sekarang. Isteri dia orang Kelantan," terang Fatin Sumaiyah.

Emy Zulkifli mengangguk kecil. Senyuman terukir di bibir. "Dah kahwin rupanya. Adik ada nombor dia tak?"

"Ada!"

Fatin Sumaiyah memberi nombor telefon Fadhli Haikal kepada Emy Zulkifli.

"Macam mana belajar? Okey, tak?" tanya Emy Zulkifli.

"Bolehlah," balas Fatin Sumaiyah acuh tak acuh.

Mereka melangkah keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup.

"Oh, ya! Siapa laki tadi? Yang marah abang tadi?" tanya Emy Zulkifli lagi.

"Muzzammil, kawan sekelas Fatin. Minta maaf pasal tadi," kata Fatin Sumaiyah tertunduk.

Kepala si adik diusap.

"Tak apa. Abang tak marah pun. Biasalah tu. Adik abang ni kan comel," kata Emy Zulkifli tersengih lalu mencubit pipi si adik.

"Adeh, sakitlah!!" kata Fatin Sumaiyah.

"Kawan ke boyfriend?"

"Ish, mana adalah!!" Muka Fatin Sumaiyah bertukar merah.

"Muka dah merah tu."

"Abang ni!"

Kring! Kring! Loceng basikal berbunyi dari luar rumah.

"Maya!!" ujar satu suara dari luar.

"Haa... ibu dah balik tu," kata Fatin Sumaiyah. "Ya, mak!"

"Tak kojo hari ni?" kata Zainab, ibu mereka.

"Balik sekejap. Ada hal tadi." Fatin Sumaiyah muncul di muka pintu.

Emy Zulkifli munculkan diri di sisi adiknya. "Ya, ibu. Adik ada hal tadi. Dia nak bawa abangnya balik ke lubuk."

Zainab melihat kemunculan Emy Zulkifli. "Siapa ni?"

"Ibu, nilah budak yang kena culik depan mata mak 10 tahun lepas tu."

Zainab terpegun seketika. "Zul?"

"Ya, ibu. Helmi Zulkifli dah balik mak."

"Ya Allah, Zul!!" Zainab serta-merta mendakap anaknya itu.

Maka, tertumpahlah air mata si anak dan si ibu. Fatin Sumaiyah yang sekadar memerhati hanya mampu mengesat air mata yang cuba mengalir keluar.

"Besar dah anak ibu. Ya Allah, alhamdulillah. Anak ibu sihat?" kata Zainab masih memeluk anaknya itu.

"Sihat," jawab Emy Zulkifli.

"Dah makan?"

"Baru minum je tadi."

"Dah kahwin ke belum?"

"Err... baru... tunang, mak."

Zainab melepaskan pelukannya kerana terkejut. "Hah?! Dah tunang? Siapa?"

Emy Zulkifli mengeluarkan telefon pintarnya.  Gambar Elizabeth Foxe ditunjukkan.

"Dia ni ibu," kata Emy Zulkifli.

Zainab memperbetulkan cermin mata yang dipakainya. "Siapa dia ni? Orang putih ka?"

"Ya, ibu. Nanti, Zul cerita."

"Dah. Tak usah nak cerita. Lagi elok Zul kahwin dengan orang tempatan."

Langkah Zainab diatur masuk ke dalam rumah. Emy Zulkifli terkaku di luar rumah sebaik mendengar kata-kata dari ibunya itu.

"Apa?" monolog Emy Zulkifli perlahan. "Kahwin dengan orang tempatan?"

Fatin Sumaiyah mendekati abangnya. Belakang badan Emy Zulkifli diusapnya. "Bawa bersabar ya. Ada sebab tu. Abang pujuklah elok-elok."

Zainab yang dari dapur memerhatikan mereka, terus tertawa kecil. Niatnya berkata begitu untuk melihat sejauh mana cintanya terhadap Elizabeth Foxe itu.

Mak nak tengok betulkah Helmi suka dia tu? Kalau betul suka, mak okey ja, desis hati Zainab menguji.

#vote

Coming Back: I'm Back!Where stories live. Discover now