BAB 20-LEGEND REBORN

36 5 0
                                    

PARA pelumba bersiap sedia untuk pusingan kedua. Elizabeth Foxe menaiki kereta Aston Martin milik cintanya. Susan Winterson menaiki kereta Dodge Challenger R/T milik Ali Rashed. Amy Foxe menaiki kereta Nissan GT-R sedangkan Ali Rashed menaiki motosikal Yamaha R1.

"Alright, let's the race begin!" kata pengacara perlumbaan.

Enjin kenderaan mengaum kuat. Alicia Weng melihat kereta Nissan GT-R di sebelahnya itu. Amy Foxe menjeling tajam ke arah Alicia Weng.

"Ready?" kata pengadil perlumbaan.

Semua pelumba menumpukan perhatian pada trek.

"Go!"

Serta-merta, brek tangan diturunkan. Gear dimasukkan dengan cekap dan pantas. Pendikit ditekan habis. Alicia Weng dan Amy Foxe bergerak pantas ke depan. Ali Rashed menunggang motosikal di belakang Amy Foxe. Elizabeth Foxe memecut kereta mewah. Sonny Weng memintas beberapa buah kenderaan di depannya dengan mudah. Susan Winterson memandu kereta secara berhemah, tidak terbiasa dengan kereta lagi.

"Whoa! I really cannot move faster!" kata Susan Winterson.

Bam!!! Satu perlanggaran dari belakang membuatkan Susan Winterson terkejut.

"Oh! Come on!" Elizabeth Foxe menolak kereta yang dipandu oleh Susan Winterson itu.

Susan Winterson mula cuak melihat kelajuan mencecah 120 km/j. Brek ditekan. Malangnya, brek sudah tidak lagi berfungsi.

"Shit! No brake!" Susan Winterson sudah panik.

"Who need brake?" ujar Sonny Weng selamba memandu di sebelah Susan Winterson.

Susan Winterson melihat lelaki Cina di sebelahnya itu. Sonny Weng melakukan aksi drift di selekoh kecil. Susan Winterson memegang stereng kereta lalu memusing ke kanan serta-merta melakukan aksi drift.

"Now, you get it!" kata Elizabeth Foxe tersengih.

Susan Winterson mengukirkan senyuman lalu menekan pendikit sampai habis, memintas para pelumba yang lain. Elizabeth Foxe mengejar gadis itu dari belakang.

Sementara itu, pertarungan antara Drift King dan King of LA semakin rancak di depan. Amy Foxe cuba memintas Alicia Weng. Gadis itu melihat pesaingnya di sebelahnya lalu mengacah berlaga dengannya. Amy Foxe terpaksa memperlahankan kereta.

"Jadi, macam ni cara kau main!" monolog Amy Foxe.

Amy Foxe terus biar di belakang kereta RX-7 itu. Ali Rashed menunggang di sebelah kawannya itu.

"Kau nak buat apa ni?" kata Ali Rashed kehairanan.

"Selekoh terakhir nanti, aku pandu laju. Kau kena laju juga dekat belakang aku nanti," pesan Amy Foxe.

TIBA sahaja di selekoh terakhir, Alicia memperlahankan keretanya. Dia tiba-tiba dikejutkan oleh kereta Nissan GT-R yang dipandu laju ke arah selekoh panjang itu. Ali Rashed mengekori Amy Foxe seperti yang disuruh.

"What is he doing? He will get crash if he drive faster there," monolog Alicia Weng, hairan.

Amy Foxe terus melakukan aksi drift serta-merta. Kelajuan drift mencecah 300 km/jam. Bahagian belakang kereta Nissan GT-R itu hampir mengenai tembok trek. Alicia Weng terbeliak mata.

"NANI!!? KANSEI DURIFTO!!!" kata Alicia Weng kagum.

Ali Rashed memintas Alicia Weng sambil mengekori rapat di belakang Amy Foxe. Mereka berdua di depan terus melepasi garis penamat. Alicia Weng di tempat ketiga. Dia memandu keretanya di luar trek, masih terpinga-pinga tentang drift tadi.

"What the heck was going on just now?" monolog Alicia Weng.

Mata Alicia Weng tertumpu pada Amy Foxe yang berada tidak jauh darinya, melihat Amy Foxe disambut oleh kawan-kawannya. Ali Rashed bertepuk tangan dengan Amy Foxe.

"Great drift, foxy!" puji Ali Rashed.

"For the first time I said to you, congratulations!" ucap Sonny Weng tersenyum sinis.

Amy Foxe mengukirkan senyuman nipis. "Thanks!"

Elizabeth Foxe menyiku bahu kekasihnya, tersengih. "Who teach you that?"

Amy Foxe memandang Elizabeth Foxe lalu tertawa nipis. "Takumi (watak dalam anime 'Initial D')."

Ali Rashed memandang Susan Winterson lalu memberikan kunci motosikal. "Here your bike!"

Susan Winterson terdiam seketika. Dia menolak pemberian kunci itu. "No, you take that bike and go for final event."

"What?"

"Actually, I was disqualified from this tournament as I been 14th. Liz was 10th while Sonny was 7th. So, only ten racers for the final race. Goodluck!"

#vote

Coming Back: I'm Back!Where stories live. Discover now