BAB 33-RISAUNYA SEORANG IBU

24 4 1
                                    

FATIN Sumaiyah melangkah keluar dari hospital. Lehernya dirawat. Si adik mendakap tubuh abangnya.

"Terima kasih, abang Zul!" ucap Fatin Sumaiyah ceria. "Sebab selamatkan Maya!"

"Eh, tak ada apalah," kata Emy Zulkifli.

Fatin Sumaiyah melepaskan pelukan. "Walaupun abang tak pandai tunggang moto, hebat juga abang pandu kereta."

"Haih, mana adalah!"

"Amy!" panggil seseorang dari hadapan dua beradik itu.

Emy Zulkifli melihat seorang wanita yang memanggilnya. "Oh, Liz! Macam mana kau tahu aku di sini?"

Elizabeth Foxe mengimbas kembali.

~Throwback~

ELIZABETH Foxe mengayuh basikal milik Zainab.

"Kamu tak apa-apakah ni? Kalau penat kayuh, biar mak cik yang kayuh," kata Zainab.

"Tak apa, mak cik," kata Elizabeth Foxe mengayuh basikal tua dengan bebanan pada raga dan Zainab.

Mata Elizabeth Foxe tertumpu pada dua lelaki yang sedang duduk di bahu jalan.

"Eh, kenapa dengan mereka tu?" tanya Elizabeth Foxe kehairanan.

Zainab melihat Firdaus Muzzammil duduk bersebelahan dengan lelaki yang dikenalinya di tepi jalan. "Berhenti sekejap!"

Elizabeth Foxe berhenti mengayuh basikal. Zainab bergerak turun dari basikal lalu berdiri menghadap dua lelaki itu.

"Mil! Daud! Kenapa ni?" kata Zainab kehairanan.

"Kereta saya dah hilang!" kata lelaki yang bernama Daud itu.

"Maya kena culik," kata Firdaus Muzzammil pula.

"Hah!? Kena culik?" kata Elizabeth Foxe dan Zainab serentak terkejut.

"Saya rasa si Zul tu ambil kereta saya tadi," kata Daud murung.

"Saya rasa si Zul tu tengah kejar Maya sekarang ni," kata Firdaus Muzzammil lagi.

"Hah!? Kejar Maya!?" kata dua wanita itu serentak lagi.

"Kenapa tak siapa nak layan aku ni?" kata Daud kebingungan.

Zainab memegang kedua-dua bahu Daud. "Daud, dengar ni!"

Pakk!! Pakk!! Dua tamparan melekat di pipi Daud.

"SEDAR TAK ANAK SIAPA TU??!!!" jerit Zainab menggoyangkan badan Daud.

"Erk... ma... maaf!! Lupa pula tu anak mu!" kata Daud sedar.

"Panggilan ke ibu pejabat. Panggilan... over!" ujar Emy Zulkifli menerusi walkie-talkie.

Mereka berempat memasang telinga.

"Mangsa berjaya diselamatkan. Terdapat kesan kelaran kecil pada leher mangsa. Kami dalam perjalanan ke Hospital Dungun. Suspek berjaya melarikan diri... over," kata Emy Zulkifli lagi.

"Berita terima," suara dari ibu pejabat.

~End Throwback~

"Macam tulah ceritanya," kata Elizabeth Foxe mengukirkan senyuman manis.

"Anak ibu!!" ujar Zainab datang mendakap Fatin Sumaiyah dengan eratnya.

Fatin Sumaiyah terdiam.

"Anak ibu okey tak ni?" kata Zainab risau.

"Maya okeylah, ibu," balas Fatin Sumaiyah.

Kelihatan dua lelaki penat berlari ke arah mereka.

"Fuh! Laju gila Nab kayuh!" kata Daud penat.

"Entah mak cik ni! Kayuh macam bawa 180 km sejam," kata Firdaus Muzzammil turut penat berlari.

"Ibu, biasalah tu. Ibu mana tak risau kalau anak dia masuk hospital?" kata Elizabeth Foxe lembut suaranya.

"Haa, betul tu! Ni yang buat mak cik dekat kamu ni! Malam nanti, mak cik ajar kamu masak lauk kegemaran Zul," kata Zainab mengukirkan senyuman.

"Okey, mak cik!" ujar Elizabeth Foxe.

Dua wanita itu semakin rapat di mata Emy Zulkifli. Lelaki itu memandang Daud pula. Teringat tentang kunci kereta.

"Oh, abang! Nah!" Emy Zulkifli memberi kunci kereta kepada Daud. "Terima kasih! Kalau bukan sebab abang, adik saya pasti kena culik!"

Daud mengambil kunci keretanya.

"Kereta abang dekat zon E," terang Emy Zulkifli.

Bahu Emy Zulkifli ditepuk. Firdaus Muzzammil yang menepuknya.

"Abang Zul, ikut aku sekejap!" pinta Firdaus Muzzammil. "Ada benda nak cakap ni."

Emy Zulkifli memandang ibunya. "Ibu, Zul nak pergi dengan Mil sekejap."

"Haa... pergilah. Sebelum Maghrib, balik!" pesan Zainab.

Emy Zulkifli mengatur langkah pergi dari situ, mengekori Firdaus Muzzammil. Mereka melangkah keluar dari kawasan hospital.

"Hah? Cakaplah apa yang kau nak cakap tadi," ujar Emy Zulkifli seperti tidak sabar.

"Sebenarnya,... ni pasal abang mu lah. Pasal Fadhli," kata Firdaus Muzzammil.

Emy Zulkifli terdiam sejenak. Mulutnya mula bersuara perlahan.

"Apa dia?"

★★★

DAUD melangkah di tempat parkir zon E untuk mencari kereta yang diletakkan oleh Emy Zulkifli.

"Mana dia letak ni?" kata Daud mencari keretanya.

Mata Daud tertumpu pada punggung kereta BMW miliknya.

"Jumpa pun!"

Langkah riang diatur mendekati kereta. Masih elok kelihatan. Daud melangkah ke bahagian depan kereta pula. Alangkah terkejutnya dia melihat cermin depan tiada, bampar depan mula tercabut dan banyak calar.

Dalam keadaan melutut di depan kereta, dia menjerit, "TIDAAAAAAKKKKKK!!!!"

#vote

Coming Back: I'm Back!Where stories live. Discover now