BAB 25-ADIK

32 3 0
                                    

LANGKAH diatur menuruni bas ekspres. Beg pakaian dijinjing. Udara segar dihirup.

"Dungun, I'm back!" monolog Emy Zulkifli mengukirkan senyuman.

Dengan langkah gembira, Emy Zulkifli memulakan perjalanan ke rumah lamanya yang sudah hampir 10 tahun ditinggalkan. Kawasan kampung dilalui. Suasana tak berubah seperti dahulu. Warung yang pernah menjadi saksi penculikan 10 tahun lalu masih ada di situ. Emy Zulkifli berjalan masuk ke warung tersebut. Punggungnya berlabuh di sebuah kerusi kayu. Beg pakaian diletakkan di sebelah kerusi. Seorang pelayan perempuan menghampirinya.

"Makang apo abe?" ujar pelayan itu berloghat Terengganu.

Emy Zulkifli memandang gadis 16 tahun itu. "Ermm... bagi kopi panas satu. Tu je."

Gadis itu berlalu pergi. Emy Zulkifli mengeluarkan telefon dari poket seluar. Senyumannya terukir sebaik Elizabeth Foxe menghantar mesej menerusi Facebook.

~Facebook POV~

Elizabeth Foxe

Hi there
R u fine
I'm fine here
Did u arrive??

Hi
I'm fine here too
I've arrive safely

Ouhh
Ok
So did u meet your family?

Not yet
I'm having a lunch now

Not yetI'm having a lunch now

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Coffee

Wow
Me too

Let's drink!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Let's drink!

Ok
We talk later
I wanna go home now

Alright then

~End Facebook POV~

Emy Zulkifli menyelitkan duit kertas bernilai RM5 di bawah cawan lalu bangun.

Splash!! Air yang dibawa pelayan tadi terkena baju Emy Zulkifli.

"Oh, maaf!" ucap gadis itu.

"Eh, tak ada apalah!" ujar Emy Zulkifli tenang.

"Woi!!" pekik seorang lelaki yang lepak bersama kawannya.

Emy Zulkifli memandang pemuda itu. Lelaki itu berjalan ke arahnya.

"Mu jangan kacau pompuan aku!" kata lelaki itu marah.

"Aku tak kacau okey!" balas Emy Zulkifli buat muka tak bersalah.

"Kurang adab!!"

Lelaki mat rempit itu memberi tumbukan ke arah Emy Zulkifli. Tangan Emy Zulkifli bertindak balas untuk membuka langkah Silat Gayung. Lelaki tadi terdiam kata. Gerakannya terhenti. Emy Zulkifli menolak lelaki itu perlahan.

"Saya bukannya singa nak mengaum satu kampung ni pun," kata Emy Zulkifli selamba.

"Siapo mu ni ah!" kata lelaki Melayu itu.

"Zulkifli. Rasanya, orang tua dekat sini saja tahu pasal kes culik budak 10 tahun lepas. Sekarang ni, saya tak nak gaduh. Saya nak balik jumpa keluarga saya, abang saya, adik saya lagi, mak lagi. Jadi, sampai sini saja. Assalamu'alaikum!"

Emy Zulkifli membuka langkah pergi dari situ.

"Nanti," panggil lelaki tadi.

Langkah Emy Zulkifli terhenti.

"Mu adik Fadhli, kan?" kata lelaki itu.

"Ya," balas Emy Zulkifli lalu memandang lelaki itu. "Kau kenal juga mat rempit tu."

"Jadi, mu mesti kenal Maya jugo,  kan?"

"Oh, Fatin Sumaiyah, adik aku tu! Kau pun kenal dia?"

Lelaki itu menunding jari ke arah pelayan perempuan tadi. "Adikmu tu."

Emy Zulkifli memandang gadis tadi. Fatin Sumaiyah, pelayan warung itu merenung wajah Emy Zulkifli.

"Kau pastikah?" kata Emy Zulkifli kepada lelaki tadi.

"Ya, bos."

"A... Abe," ujar Fatin Sumaiyah perlahan.

Emy Zulkifli mendekati Fatin Sumaiyah, terasa kurang yakin. "Satu cara je nak tahu."

Lengan gadis digenggam. Sarung tangan diselak sedikit. Terdapat tanda lahir pada telapak tangan. Pandangan ditenung ke wajah Fatin Sumaiyah.

"Memang kau ni adik aku!"

#vote

Coming Back: I'm Back!Where stories live. Discover now