BAB 24-TUMPANG

35 3 0
                                    

"APA yang menarik? Abang suka lumba eh!?" kata gadis 7Eleven itu, tersengih.

"Mestilah," kata Emy Zulkifli tersenyum lalu mengeluh kecil. "Masalahnya sekarang ni, abang nak ke stesen bas. Nak balik Dungun."

"Oh, Dungun! Saya boleh bawa abang ke stesen bas. Nanti eh! Tunggu kawan saya balik sini."

"Okey."

★★★

SAFIYAH Zulaikha, gadis 7Eleven itu menunggang motosikal Honda EX5 Dream seraya membawa Emy Zulkifli ke stesen bas. Penunggangnya begitu hemah sekali tetapi Emy Zulkifli terpaksa memeluk tubuh Safiyah Zulaikha akibat ketakutan.

"Emy, janganlah peluk saya! Tak ada apa-apalah!" kata Safiyah Zulaikha terasa malu.

"Tak mahu! Saya takut," kata Emy Zulkifli cuak untuk melepaskan pelukan.

Safiyah Zulaikha memberhentikan motosikalnya di tepi jalan. Dia memandang Emy Zulkifli yang serba ketakutan. "Semua akan okey. Jangan risau!"

Emy Zulkifli melepaskan pelukannya. Safiyah Zulaikha mengukirkan senyuman manisnya.

"Macam tulah," kata Safiyah Zulaikha, ceria. "Saya bawa perlahan ya."

"O... Okey," kata Emy Zulkifli.

Safiyah Zulaikha kembali memandang jalan. Pendikit motosikal dipulas secara perlahan-lahan. Emy Zulkifli sekali lagi memeluk tubuh Safiyah Zulaikha. Gadis itu mengeluh.

Tiba-tiba, sekumpulan mat rempit mengelilingi mereka berdua dengan enjin motosikal yang mengaum kuat. Emy Zulkifli melihat mereka di situ. Safiyah Zulaikha berwajah dingin.

"Kau pegang kuat-kuat," pesan Safiyah Zulaikha perlahan.

Emy Zulkifli memandang Safiyah Zulaikha semula. "Apa dia!?"

Serta-merta, gadis itu menunggang motosikal itu dengan laju. Sempat lagi mengangkat tayar hadapan. Emy Zulkifli terus mendakap tubuh Safiyah Zulaikha dengan lebih erat lagi.

"Berhentilah!! Aku takut ni!" kata Emy Zulkifli cuak.

"Abang kata, abang minat lumba. Tapi, kenapa takut naik moto?" kata Safiyah Zulaikha dingin.

"Sebab abang tak pandai bawa moto!"

"Pelik!? Selalunya laki suka naik moto. Tapi abang tak pandai bawa moto."

"Sebab abang cuma ada lesen kereta je."

"Patutlah."

★★★

MOTOSIKAL diberhentikan di tepi jalan. Penunggangan merbahaya itu berhenti juga.

"Dah sampai!" kata Safiyah Zulaikha ceria.

Emy Zulkifli bergerak turun dari motosikal. Beg pakaian dipegang dari tadi.

"Te... ter... terima... ka... kasih!" kata Emy Zulkifli tergagap.

"Sama-sama," balas Safiyah Zulaikha tersenyum ceria.

Emy Zulkifli memusingkan badannya. Dia membuka langkah ke stesen bas di depannya. Menggeletar kakinya akibat penunggangan tadi. Safiyah Zulaikha melihat lelaki itu berjalan seperti orang tua. Keluhan dilepaskan. Dia bergerak turun dari motosikalnya lalu mendekati Emy Zulkifli.

"Mari sini! Saya tolong!" kata Safiyah Zulaikha mengambil beg pakaian.

Emy Zulkifli dibimbing ke kaunter tiket. Safiyah Zulaikha membeli tiket untuk Emy Zulkifli. Mukanya merah menyala dek mendapat layanan sebegitu. Terasa malu rasanya.

"Tak apalah. Saya boleh buat sendiri. Lagipun, sampai sini saja kita boleh jumpa," kata Emy Zulkifli.

"Nah!" ujar Safiyah Zulaikha memberi tiket bas kepada Emy Zulkifli.

Emy Zulkifli mengambil tiket itu.

"Saya teman abang ya!" pesan Safiyah Zulaikha.

"Eh, tak payahlah! Saya boleh jaga diri," kata Emy Zulkifli tersengih.

Beg pakaian dari tangan Safiyah Zulaikha diambil. Emy Zulkifli terus melangkah ke ruang menunggu. Punggungnya berlabuh di atas bangku. Safiyah Zulaikha pula tiba-tiba duduk bersebelahan dengannya, membuatkan Emy Zulkifli terkejut.

"Kan aku dah kata aku boleh jaga diri," kata Emy Zulkifli.

"Selagi abang tak pergi dari sini, selagi tu saya di sini," balas Safiyah Zulaikha.

Emy Zulkifli menggulingkan matanya. "Fine."

Setelah beberapa minit menunggu, bas ke Dungun tiba. Safiyah Zulaikha yang sudah tertidur dengan kepala di atas bahu Emy Zulkifli, terus dikejutkan.

"Zoe. Zoe. Zulaikha!" panggil Emy Zulkifli menggoyangkan badan gadis itu.

Safiyah Zulaikha mencelikkan matanya. "Ah, ada apa!?"

"Abang nak pergi dah ni. Jaga diri elok-elok!" pesan Emy Zulkifli.

Safiyah Zulaikha mengesat matanya. "Okey. Abang pun jaga diri."

Emy Zulkifli mengangkut beg pakaiannya ke bas ekspres yang menunggunya. Safiyah Zulaikha memerhatikan lelaki itu dari jauh. Beg pakaian dimasukkan ke dalam bonet. Emy Zulkifli melangkah masuk ke dalam bas.

Tidak lama selepas itu, bas pun bergerak dari stesen itu. Safiyah Zulaikha hanya sekadar memerhati. Sempat lagi melambai tangan ke arahnya.

#vote

Coming Back: I'm Back!Where stories live. Discover now