BAB 13-BUKAN LAWAN SERAGAM

38 5 0
                                    

"KILL them!" kata Takeo Suzuki, serius.

Dua rakan itu menjadi cemas seketika sebaik mendengar ayat itu. Mereka memandang Sonny Weng. Lelaki Cina itu turut memandang mereka berdua. Mana mungkin dia akan membunuh kawannya sendiri. Pandangan dibuang ke arah bapanya.

"No, I don't want to kill them... or anyone. I'm not a killer even more a fighter. I just a racer, a street racer. So, don't including me into this problem," kata Sonny Weng tenang.

"If you think like that,..." kata Takeo Suzuki, dingin.

Tiba-tiba, Takeo Suzuki menyerang Amy Foxe dengan gerakan karate. Amy Foxe terus menolak Susan Winterson ke tepi lantas menepis serangan dari Takeo Suzuki itu. Situasi semakin panik. Susan Winterson dan Sonny Weng melihat Amy Foxe menepis serangan pantas itu dengan ilmu silat. Takeo Suzuki berhenti menyerang lalu tersenyum sinis.

"Now, we got a newcomer," kata Takeo Suzuki, angkuh.

Amy Foxe kehairanan. Dua rakan sekelasnya menjadi bingung buat seketika.

"What do you mean by 'newcomer'?" kata Amy Foxe kebingungan.

Takeo Suzuki mendekatkan mulutnya ke telinga Amy Foxe lalu berbisik. "Wanna join us?"

"No!" tegas Amy Foxe, serius. "And never!"

"Well, I do not force you."

"So, let us go!"

Takeo Suzuki tertawa kecil. "You come here without greeting. And now, you wanna leave without goodbye."

Lelaki itu menonjolkan kemahiran karate. "Bring it on!"

Amy Foxe tidak mahu berlawan sebenarnya disebabkan dia masih tali pinggang putih. Banyak yang perlu dipelajarinya dalam silat. Pandangannya dibuang ke arah dua rakan sekelasnya. Susan Winterson sudah berdebar-debar untuk melihat pertarungan satu lawan satu itu. Sonny Weng pula terkumat-kamit seperti berbicarakan sesuatu kepada Amy Foxe.

"Do it!" ucap Sonny Weng, perlahan.

Amy Foxe mengangguk kecil lalu kembali memandang Takeo Suzuki. Sebilah pedang katana dicampak ke arahnya. Mujurlah, sempat disambut kemas.

"Come on! Defeat me. I am unarmored," kata Takeo Suzuki, sombong.

Amy Foxe terkejut sedikit. Takeo Suzuki pasti lawan yang sukar baginya. Amy Foxe melihat pedang di tangannya lalu mengeluarkannya dari sarung. Pedang katana buatan Jepun diacu ke arah Takeo Suzuki. Susan Winterson menutup mulutnya. Ketakutan sudah menguasai dirinya.

"I'm waiting," cela Takeo Suzuki.

Amy Foxe berdiri menghadap lawannya. Dia mengosongkan fikirannya, mencari ketenangan. Matanya dipejam buat seketika.

"Musuh takkan berhenti..."

~Throwback~

"...selagi lawannya masih berdiri," kata Fadhli Haikal kepada Emy Zulkifli.

"Itulah kata arwah ayah sebelum dia ajar abang silat," tambah Fadhli Haikal yang berpakaian seperti pahlawan silat milik arwah ayahnya.

Tengku Iskandar, kawan sekampung Emy Zulkifli turut hadir untuk belajar silat dari kawannya itu. "Deep."

Fadhli Haikal menjeling tajam ke arah Tengku Iskandar. "Mu apa tahu!? Mu belajar silat ni pun sebab nak pikat hati si Izzati tu, kan?"

"Haih, yang tu sembang lainlah! Cepatlah ajar kita orang silat. Tak sabar ni."

"Haa... Mula-mula, mu dua orang bersalaman dulu."

Emy Zulkifli dan Tengku Iskandar saling memandang lalu bersalaman seperti yang disuruh.

"Okey, sekarang, mu dua orang lawan ikut gaya sendiri," kata Fadhli Haikal.

Dua kanak-kanak itu memandang Fadhli Haikal, terasa kekok. "Apa?!"

"Lawanlah. Abang nak tengok. Lagipun, mu dua orang kan selalu gaduh."

Mereka berdua kembali saling memandang.

~End Throwback~

Begitulah dengan sekarang. Lawannya berdiri di depannya. Senyuman terukir di bibir. Langkahnya diatur tenang seakan-akan dia hendak ke sekolah. Takeo Suzuki membuka kekudanya seraya melihat lawannya mendekatinya. Amy Foxe berdiri betul-betul di depan Takeo Suzuki.

Tiba-tiba, wajah Amy Foxe bertukar serius dan bengis. Satu serangan mengejut dibuat oleh Amy Foxe. Pedang katana dihayun. Takeo Suzuki sempat mengelak serangan tetapi badannya hendak rebah ke belakang akibat tidak seimbang dek serangan itu.

Zapp!!!

Susan Winterson dan Sonny Weng terbeliak mata melihat serangan itu. Amy Foxe mengacu pedang ke leher Takeo Suzuki dari belakang seperti mengugut tebusan. Mata Takeo Suzuki dikatup dengan tangan kiri Amy Foxe.

"Gotcha!" ujar Amy Foxe tersengih. "Now, let us go... or I will..."

"Alright! Alright! You can go now!" pintas Takeo Suzuki terdesak.

Amy Foxe memandang dua rakan sekelasnya. Sonny Weng tercengang luas melihat ketua Yakuza dikalahkan oleh budak jalanan. Susan Winterson terus pengsan.

#vote

Coming Back: I'm Back!Where stories live. Discover now