BAB 39-HADIAH UNTUK MENTUA

34 4 1
                                    

BEBERAPA pusingan berlalu. Kini, sudah memasuki pusingan terakhir, ke-21. Elizabeth Foxe memandu keretanya dengan pantas di belakang 2 kereta. Debaran semakin kuat apabila tiga pelumba di hadapan melepasi selekoh ke-14.

"Come on, Liz! One corner to go!" kata Mr. Francesco.

Elizabeth Foxe memecut dengan laju di sepanjang jalan lurus itu seolah-olah dia berlumba drag. Tangannya pantas menukar gear.

★★★

ZAINAB menonton dengan tekunnya seraya menikmati air O ais. Sudah 6 gelas dia minum sepanjang perlumbaan itu berlangsung selama hampir dua jam itu.

"Teh O ais satu lagi!" pesan Zainab lagi.

"Ibu, kencing manis nanti," kata Fatin Sumaiyah.

"Buat jelah!"

Dua beradik itu membuat kerja dengan tekunnya tanpa menghiraukan apa yang sedang berlaku pada perlumbaan itu. Zainab yang menonton perlumbaan itu tiba-tiba bersorak entah apa puncanya.

★★★

ELIZABETH Foxe cuba memintas dua pelumba yang lain. Selekoh terlahir semakin hampir.

"Can she do this!?" kata Daniel Krieger berdebar.

Dua buah kereta di depan memperlahankan kereta masing-masing untuk melalui selekoh tajam itu tetapi Elizabeth Foxe bertindak pantas dengan melakukan aksi drift dan pada masa yang sama, memintas dua pelumba itu. Pasukan WhiteFox teruja dengan aksi itu. Elizabeth Foxe masih berbisa dengan aksi drift. Dia memecut laju ke garis penamat lalu melepasinya terlebih dahulu, membuatkan pasukannya bersorak kemenangan.

"Yeah!!!!" sorak pasukan WhiteFox.

Mereka yang berada di rumah turut bersorak atas kejayaan Elizabeth Foxe.

"Yes, menantu aku menang!! Yes! Yes!! YES!!!" ujar Zainab teruja yang amat.

We are the champions, my friends
And we'll keep on fighting
'Till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions of the world

-We Are The Champions-
Queen.

Nyanyian dari dapur berkumandang.

Ketang!!! Bunyi kepala dipukul dengan kuali jelas kedengaran.

"Aduh!" keluh Emy Zulkifli dari dapur.

"Jangan nyanyi waktu memasak!" tegur Zainab tegas.

★★★

MALAM itu, Elizabeth Foxe kembali ke Dungun sesudah waktu Maghrib. Emy Zulkifli yang duduk termenung di tangga rumah terlihat susuk tubuh Elizabeth Foxe berjalan ke rumahnya.

"Liz!?" ujar Emy Zulkifli bergerak turun ke bawah rumah.

Elizabeth Foxe berjalan ke rumah kayu itu seraya menjinjing piala kemenangan. Dia melihat tunangnya mendekatinya. "Amy, I won!"

"You did it!" kata Emy Zulkifli teruja.

Fatin Sumaiyah melihat Elizabeth Foxe tiba lalu berjalan ke arahnya. Dia berdiri di sebelah abangnya. "Macam mana tadi? Okey, tak?"

Elizabeth Foxe memberikan senyuman manis. "Akak menang tadi."

Piala diberikan kepada Fatin Sumaiyah.

"Nah, tunjuk dekat ibu kau tu!" ujar Elizabeth Foxe ceria.

Fatin Sumaiyah mengambil piala itu lalu berlari ke rumahnya, mahu menunjukkan piala itu kepada Zainab. Elizabeth Foxe dan Emy Zulkifli saling berpandangan.

"Jomlah masuk!" kata Emy Zulkifli lembut. "Saya masak hari ni!"

"Masak apa?" tanya Elizabeth Foxe.

Mereka memulakan langkah ke rumah.

"Adalah!" kata Emy Zulkifli merahsiakan.

"Oh, ya! Esok, saya nak bawa ibu awak pergi ke satu tempat ni. Awak ikutlah sekali," kata Elizabeth Foxe tersenyum.

"Pergi mana?"

"Adalah!"

★★★

PAGI itu, Elizabeth Foxe memandu kereta mewah milik Emy Zulkifli ke satu tempat yang dikatakan. Zainab duduk di sisi wanita itu.

"Alea nak bawa ibu ke mana ni?" kata Zainab tertanya-tanya.

"Zul pun pelik. Kenapa ibu panggil Liz, Alea? Dari semalam lagi?" kata Emy Zulkifli terasa pelik.

"Apa? Salahkah nak sebut nama tu? Comel apa nama Alea daripada sebut nama Liz tu?!"

"Yalah, mak cik. Liz pun suka," kata Elizabeth Foxe tersenyum.

"Haa... tengok Alea pun suka!"

Emy Zulkifli menggulingkan matanya. "Apa-apalah!"

Kereta mewah itu berhenti di hadapan sebuah rumah banglo yang terletak hampir dengan pantai. Mereka bertiga bergerak turun dari kereta lalu melihat rumah banglo yang tersergam indah di situ.

"Rumah siapa ni?" kata Zainab kehairanan. "Tuan rumah mana?"

"Inilah rumah baru mak cik. Liz belikan untuk mak cik," kata Elizabeth Foxe cuba menawan hati Zainab.

"Betulkah?"

#vote

Coming Back: I'm Back!Where stories live. Discover now