BAB 29-PENAMPILAN

30 3 0
                                    

WANITA dari Amerika Syarikat itu melabuhkan punggung di atas katil di bilik Fatin Sumaiyah. Pemikiran Emy Zulkifli mula dilanda resah dan serabut.

"Itukah tunang Zul, hah?" kata Zainab dengan lagak angkuh.

"Ya, ibu. Tolonglah restui kami! Zul pohon sangat," kata Emy Zulkifli merayu.

"Dia tu Islam ke? Kenapa tak pakai tudung?"

"Ibu, sumpah ibu. Liz peluk Islam dah," tipu Emy Zulkifli.

"Apa nama Islam dia?"

"Elizabeth Tan."

Zainab mengerutkan dahinya. "Elizabeth Tan?"

"Eh, silap! Elisa Alea namanya."

"Macam nama orang putih ja."

"Nama Islamlah."

"Dah tahu hukum Islam? Ibu tak nak orang kampung kata, bini orang putih tapi tak tahu Islam. Ibu tak nak macam tu."

Elizabeth Foxe menolak jalan keluar dari bilik, menarik perhatian dua beranak itu. Emy Zulkifli menghampiri tunangnya itu.

"Liz, jom keluar!" pelawa Emy Zulkifli.

"Oh, okey," balas Elizabeth Foxe bercelaru.

Zainab melihat mereka berjalan keluar dari rumah.

"Ibu, kamu keluar kejap," pinta Emy Zulkifli.

Zainab membisu. "Belum habis cakap lagi, dah keluar," monolog Zainab, perlahan.

★★★

PASANGAN kekasih itu berjalan-jalan di sekitar pekan. Emy Zulkifli kali ini memegang tangan cintanya kerana berpuasa. Elizabeth Foxe memahami situasi yang dialami oleh Emy Zulkifli.

"Ermm... why did you want me to come here?" kata Elizabeth Foxe memecahkan kesunyian.

"I wanna change your... cloth that you wear now. This is Malaysia, not America," balas Emy Zulkifli menunding jari ke arah pakaian yang dipakai oleh gadis Amerika itu.

"Oh, you want take me to shopping, right?"

"Yes, shopping. That what I mean."

"Okay. How about your mother? Is she okay with us?"

Emy Zulkifli mengeluh kecil. "No!"

"Should I talk to her?"

"What? Seriously?"

"Apa? Awak ingat saya tak boleh cakap Melayu ka?"

Emy Zulkifli tercengang mendengar kekasihnya fasih berbahasa Melayu. "Dari mana awak belajar?"

"Dari kamus."

"Seriously?!" Kening Emy Zulkifli berjongket ke kiri.

"Ada pepatah Melayu mengatakan, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."

Emy Zulkifli terdiam. Perlahan-lahan senyuman tercalit di bibir. "Pergh!! Nice word huh!?"

"Haha... Really? Anyway, where should we go now?"

"We go to..." Matanya meliar sekeliling, ternampak sebuah kedai pakaian. "...there!"

"Alright! Let's go!"

Pasangan kekasih itu berjalan masuk ke dalam kedai pakaian itu. Mereka memilih pakaian untuk  hari raya nanti dan juga untuk Elizabeth Foxe. Emy Zulkifli menilai penampilan diri Elizabeth Foxe. Banyak juga pakaian yang Elizabeth Foxe cuba.

"It's too classic!"😅

"It's weird to me."😕

"Meh!"😒

"You are so damn beautiful!"😳

"Hmm... It is suit for you."😍

★★★


TEKSI dari pekan selamat tiba di laman rumah kampung. Tambang dibayar. Pasangan itu bergerak turun dari teksi lalu berjalan ke pintu depan rumah. Kasut ditanggalkan, tidak seperti di Amerika Syarikat.

"Ibu, oh ibu! Ibu tengoklah bakal menantu ibu ni," panggil Emy Zulkifli.

"Ibu di dapur ni," balas Zainab dari dapur.

Mereka segera melangkah ke dapur.

"Ibu," panggil Emy Zulkifli sebaik ternampak Zainab sibuk memasak. "Tengoklah bakal menantu ibu ni."

Zainab menolehkan pandangan ke belakang lalu ternampak Elizabeth Foxe berpenampilan jauh berbeza dari sebelum ini, sedikit tertarik dengannya.

"Okey, tak, mak cik!?" Sekali Elizabeth Foxe berbahas Melayu dengan lancar dan fasih, cair hati si ibu yang mendengarnya.

"Subhanallah!" ucap Zainab tergoda.

Coming Back: I'm Back!Where stories live. Discover now