BAB 30-AMBIL HATI

36 5 0
                                    

ELIZABETH Foxe mencuci pinggan dapur pada awal pagi. Dia pun mencuci pakaian dengan sendiri. Sapu sampah pun. Rajin juga dia sepanjang pagi itu. Zainab yang sekadar memerhati terpegun melihat telatah bakal mentuanya itu. Emy Zulkifli melangkah keluar dari bilik tidurnya. Mulutnya yang menguap dikatup pantas.

"Zul, rajin betul tunang Zul tu," kata Zainab kepada anaknya.

"Ha'ah, setiap pagi, dia selalu kemas rumah. Sebelum pergi sekolah pun, dia kemas bilik dulu," kata Emy Zulkifli sungguh.

"Sekolah? Dia belajar lagikah?"

"Dia sebaya dengan Zul lah, ibu. Kami sekolah sama."

"Ouhh, okey." Zainab terus melangkah beredar dari situ.

Emy Zulkifli mengerutkan dahi dengan telatah ibunya pagi ini. Dia mendekati Elizabeth Foxe.

"Liz, dah makan ke belum?" tanya Emy Zulkifli.

Zainab mengintai mereka di sebalik tirai.

"Apa?" Elizabeth Foxe memandang Emy Zulkifli. "Oh, dah. Dah. Dah makan tadi."

"Nak pergi laut, tak?" ajak Emy Zulkifli.

"Laut?" Elizabeth Foxe berfikir sejenak lalu kembali memandang Emy Zulkifli dengan senyuman manis. "Boleh juga. Cantik tak tempat tu?"

"Hmm... cantik, macam Santa Monica."

Elizabeth Foxe mengedipkan matanya. "Really?"

★★★

WAJAH Elizabeth Foxe menjadi terpinga-pinga. Tangannya memegang joran. Matanya pula melihat Emy Zulkifli mengaut ikan dari laut.

"Macam mana? Dapat tak ikan?" kata Emy Zulkifli memasukkan ikan ke dalam basin besar.

"Are kidding me, aren't you?" balas Elizabeth Foxe berjongket kening.

"No, I'm serious."

Elizabeth Foxe mengeluh kasar. "I hate fishing."

"Oh, tolonglah. Ini Terengganu, bukannya California."

"Saya tahulah!"

"Sekali-sekala kenalah hidup macam orang susah. Tak boleh bergantung pada kesenangan orang je. Adakalanya kesusahan itu mengajar kita untuk menjadi dewasa. Hadap sahaja semua tu."

Elizabeth Foxe mencebik seraya merenung ke laut. Tali joran menjadi tegang tiba-tiba.

"Oh!"

Serta-merta, Elizabeth Foxe menarik jorannya. Ikan kerapu ditangkap juga. Wanita itu berdiri.

"Woohoo!!!" sorak Elizabeth Foxe teruja.

Emy Zulkifli melihat tunangnya berjaya mendapat seekor ikan. "See. You can do it!"

Elizabeth Foxe memegang ikan itu. Ekor ikan itu melibas-libas, cuba meloloskan diri lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air. Emy Zulkifli sekadar memerhati.

"Pandai pula pancing ikan," puji Emy Zulkifli menyindir.

"Tengok oranglah," balas Elizabeth Foxe tersengih.

★★★

BOT nelayan selamat berlabuh di jeti. Emy Zulkifli bergerak keluar dari bot lalu membimbing Elizabeth Foxe turun dari bot. Lima basin hasil laut diangkut masuk ke dalam lori milik Pak Hadi, bapa saudara Emy Zulkifli.

"Terima kasihlah, Zul! Nasib baik ada kamu. Kalau tak, siapa nak turun laut pula nanti," ucap Pak Hadi tersenyum.

"Daripada duduk dalam rumah, lebih baik Zul cari kerja. Ada faedah juga," balas Emy Zulkifli.

"Haa... nah, upah Zul hari ni!" Pak Hadi memberikan sejumlah wang RM50 kepada Emy Zulkifli.

Emy Zulkifl mengambil duit upahnya. "Terima kasih, pak cik!"

"Okey, pak cik gerak dulu. Assalamu'alaikum!"

"Wa'alaikumussalam."

Pak Hadi menaiki lori kecilnya itu. Emy Zulkifli kembali ke pintu masuk jeti, mendapatkan Elizabeth Foxe semula.

"Okey, Liz. Jom balik!" ajak Emy Zulkifli.

Elizabeth Foxe memandang Emy Zulkifli seraya mengangkat sebaldi ikan hasil memancing. "Alright!"

Elizabeth Foxe berjalan perlahan-lahan seraya membawa ikannya. Emy Zulkifli melihat wanita itu bersungguh-sungguh membawa hasil laku menghulurkan tangan.

"Mari Amy tolong!" ujar Emy Zulkifli mengambil baldi dari tangan Elizabeth Foxe, cuba mengambil hati cintanya.

Elizabeth Foxe hilang kata. Dia melihat cintanya membantunya membawa hasilnya. "Tak apakah? Tak rasa beratkah? Rumah Amy kan jauh?"

"Jauh? Tak hairanlah!" kata Emy Zulkifli tersengih.

Baldi berisi ikan masin diletakkan di atas tanah tiba-tiba. Elizabeth Foxe mengerutkan dahinya.

"Kenapa berhenti?" tanya Elizabeth Foxe kehairanan.

"Sakit pingganglah!" balas Emy Zulkifli memegang pinggangnya yang lenguh.

"Ceh, cakap bukan main hebat. Baru satu langkah, dah sakit."

#vote

Coming Back: I'm Back!Where stories live. Discover now