BAB 31-MEMORI HITAM

33 4 8
                                    

SEBALDI hasil lautan diletakkan di tepi pintu belakang. Zainab yang sibuk membasuh pinggan mangkuk, terlihat ikan hasil memancing daripada Elizabeth Foxe.

"Nah, mak cik. Nanti, masak gulai ya," pesan Elizabeth Foxe mengukirkan senyuman manis.

Zainab terpinga-pinga buat seketika. "O... okey."

Elizabeth Foxe berjalan pergi dari situ. Emy Zulkifli muncul pula di muka pintu.

"Ibu, masak gulai nanti eh!" pesan Emy Zulkifli.

Zainab mendekati anaknya itu. "Dia pancing sendirikah ni?"

"Ya, Zul sendiri yang nampak. Kenapa?"

Zainab mula mengukirkan senyuman manis tetapi kembali pudar. Wajahnya bertukar serius. "Nak gulai, masak sendiri. Ibu nak ke pekan ni."

Langkah Zainab diatur keluar dari dapur menerusi pintu belakang. Emy Zulkifli terasa kekok seketika. Dia membuka langkah ke ruang tamu lalu bertemu dengan Elizabeth Foxe. Tunangnya menonton televisyen seraya makan kuih yang diambil dari dapur.

"Liz, boleh tak awak masak?" ujar Emy Zulkifli lembut pertuturan.

Elizabeth Foxe memandang tunangnya. "Masak apa? Tadi, Liz baru minta ibu awak masak gulai."

"Apa kata awak pula yang masak? Setahu Amy, awak pernah makan makanan Melayu. Betul, kan?"

"Itu pun sebab awak yang masak waktu kita tinggal di L.A. dulu."

"Sebab saya nak ajar awak... memasak... hidangan Melayu. Macam mana?"

Elizabeth Foxe tertarik dengan idea tersebut. "Boleh juga. Nak masak apa?"

Emy Zulkifli mengangkat satu jarinya. "Sebelum tu, apa kata, kita pergi pasar dulu. Sebelum memasak, kenalah ada bahan-bahannya. Betul, tak?"

"Habis tu,..." Elizabeth Foxe bangun dari sofanya. "...tunggu apa lagi? Jomlah!"

★★★

RAGA dibawa oleh Emy Zulkifli. Lelaki itu memilih bahan masakan lalu membelinya. Elizabeth Foxe hanya sekadar mengekori tunangnya. Banyak mata memandangnya. Rasa tidak senang mula menguasai diri.

"Amy, saya rasa macam tak senang hati," kata Elizabeth Foxe berbisik.

"Sebab awak orang luar. Nasib baiklah awak pakai bagai milik ibu saya. Nanti, tak pasal jadi buah mulut orang pula. Yang penting sekarang, jangan dekat dengan saya sangat," pesan Emy Zulkifli.

"Haa... anak ibu buat apa dekat sini?" celah Zainab tiba-tiba muncul di depan pasangan itu.

Emy Zulkifli terkejut. "I... ibu!"

Lengan Elizabeth Foxe digenggam Zainab. Senyuman manis yang sukar ditafsir tercalit di bibir Zainab.

"Anak ibu baliklah dulu ya. Ibu nak bawa bakal menantu ibu beli barang," kata Zainab ramah pertuturannya.

"Haa... okey," balas Emy Zulkifli terpinga-pinga.

Zainab mengambil raga dari tangan anaknya. "Ibu ambil ni dulu. Nanti, pukul 2 nanti, tolong ambil Maya dari sekolah ya."

"Ya, baik."

Zainab memandang Elizabeth Foxe yang berdiam dari tadi. "Jom! Kita pergi beli barang."

"Ya," balas Elizabeth Foxe mengangguk.

Dua wanita itu terus berlalu pergi, meninggalkan Emy Zulkifli. Elizabeth Foxe sempat lagi memandang wajah tunangnya sebelum berpaling muka.

Kenapa ibu tetiba berbaik dengan Liz ni? Hairannya. Apa-apalah! Sekarang ni, aku kena pergi sekolah, ambil Maya, desis hati Emy Zulkifli.

★★★

FATIN Sumaiyah menunggu di hadapan pintu pagar depan sekolahnya. Emy Zulkifli muncul di situ. Si adik ternampak si abang datang lalu berlari ke arahnya.

"Abang Zul!" ujar Fatin Sumaiyah mengukirkan senyuman.

Langkah larian terhenti di depan Emy Zulkifli. Beg galas diambil. Emy Zulkifli menggalasnya.

"Jom balik!" ujar Emy Zulkifli.

Fatin Sumaiyah berdiri di sebelah abangnya. Senyuman terukir di bibirnya. "Jomlah! Siapa sampai rumah dulu, dia menang!"

"Ehh, abang bawa beg ni! Kalahlah abang!!"

"Itulah. Janganlah terlampau baik sangat!" kata Fatin Sumaiyah tertawa nakal.

Tiba-tiba, seseorang bertopeng muncul di belakang Fatin Sumaiyah lantas menutup mulutnya dengan kain putih. Emy Zulkifli terkejut.

"Maya!!" pekik Emy Zulkifli.

Dbukk!!! Satu pukulan dari belakang membuatkan Emy Zulkifli rebah.

"Abang!!!" jerit Fatin Sumaiyah melihat abangnya dipukul dengan batang besi.

Emy Zulkifli menjadi lemah, berbaring di tepi jalan seraya dipukul. Van hitam muncul. Fatin Sumaiyah dibawa masuk ke dalam van penculik itu.

"Dah! Jom!" ujar pemandu van itu.

Tiga penculik itu menaiki van tersebut bersama Fatin Sumaiyah. Emy Zulkifli bangun lalu membaling beg galas ke arah van itu. Pintu van sempat ditutup. Fatin Sumaiyah terus dibawa pergi.

"MAYA!!!" jerit Emy Zulkifli sekuat hati.

Sebuah motosikal berhenti di tepi jalan. Firdaus Muzzammil melihat Emy Zulkifli dalam keresahan.

"Kenapa ni?" tanya Firdaus Muzzammil tidak tahu apa-apa pun.

Emy Zulkifli memandang pemuda itu lantas membonceng motosikal lelaki itu. "Cepat kejar van tu!!"

"Kenapa ni?? Aku tak tau apa ni?"

"Maya kena culik!!!"

"Apa!!??"

#vote

Coming Back: I'm Back!Where stories live. Discover now