" Hobie pula , Hobie nak tanya ! "
" Dipersilakan ~ " aku mengalu - alukan soalan yang datang dari member Jimin paling happy di muka bumi ini .
" Kenapa setiap muslim perlu berpuasa ? "
Soalan Hoseok agak mencabar minda di malam hari . Kali ini Tasha pula yang jawab .
" Salah satu sebabnya adalah kerana ianya merupakan salah satu daripada lima rukun Islam selain mengucap dua kalimah syahadah , menunaikan solat lima waktu sehari semalam , mengeluarkan zakat dan menunaikan haji . "
" Selain itu , di sini Islam mengajar kita untuk turut sama sama merasai kepahitan hidup mereka yang terpaksa berlapar sepanjang hari . Bayangkan hidup tanpa makanan ? Kita patutnya bersyukur sebab masih dikurniakan rezeki mendapat makanan yang cukup , baik , halal . Tapi itulah , banyak orang membazir kerana tidak bersyukur dengan nikmat Allah . " sambungku pula .
" Sebab itu , puasa mendidik kita untuk bersyukur " Tasha mengakhiri jawapan Hoseok membuatkan Hoseok mengangguk faham .
YOU ARE READING
❝ 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗛𝗜𝗠 ❞ ㅡ 𝗝𝗜𝗠𝗜𝗡
فكاهةㅡ let's create a beautiful moment in ramadan together , dear ! ♡ published on : ㅡ 1st ramadan 2018