" Soalan terakhir ? "
" Keluarkan zakat tu apa ? Wajib untuk siapa ? " soalan daripada Yoongi yang ingin tahu mengenai zakat membuatkan aku dan Tasha tersenyum .
Guna Woojin dan Jimin lah sebagai contoh .
" Keluarkan zakat tu maksudnya keluarkan sebahagian daripada harta kita untuk diberikan kepada 8 golongan yang memerlukan seperti golongan fakir , miskin , Fisabilillah ataupun maksudnya orang yang berperang di jalan Allah dan lain lain . Hukumnya wajib bagi setiap Muslim . "
" Zakat ni antaranya ada zakat harta dan zakat Fitrah . Zakat fitrah ni zakat yang perlu kita bayar dalam tempoh bulan Ramadan . Ketua keluarga yang bayar untuk setiap ahli keluarga yang ditanggung . Kadar zakat ikut harga makanan asasi sesebuah tempat . Macam Malaysia , setakat ni masih RM7 seorang . Jadi , contoh senang Jimin akan bayar sekali untuk Lia dengan diri dia , Woojin pula akan bayar sekali untuk Tasha dengan diri sendiri . Faham ? " soal Tasha meminta kepastian . seperti biasa , diorang mengangguk faham .
Bagus murid - murid .
" HAAA JIMIN JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT TAU . 14 RINGGIT " mula dah si Taehyung menyakat Jimin .
" Macamlah kau tak bayar " terus Jimin memberi pandangan maut kepada Taehyung .
" Tapi aku bayar tujuh ringgit jeeee . Tujuh shinggit tujuh shinggit . Kau dua kali ganda ~ "
" Diamlah ! "
Semua tergelak besar sebelum masing - masing bergerak menuju ke bilik untuk tidur .
Malam ni diorang semua tidur satu malam dekat rumah Jimin -^-
YOU ARE READING
❝ 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗛𝗜𝗠 ❞ ㅡ 𝗝𝗜𝗠𝗜𝗡
Humorㅡ let's create a beautiful moment in ramadan together , dear ! ♡ published on : ㅡ 1st ramadan 2018