''Mai, kalau abang sudah pergi nanti, Mai jaga anak-anak kita. Curahkan kisah sayang yang cukup, berikan ilmu agama kepada mereka. Jangan lupakan kisah kita Mai. Abang sayang Mai,'' suara yang tidak bermaya serta lesu itu terniang-niang dikepala Ainul Maisarah. Tidak sangka akhirnya pergi jua suaminya setelah sekian lama menanggung derita sakit barah otak. Ainul Maisarah memandang anak-anaknya yang sudah tidur.
Setelah pemergian ibu bapanya, Ainul Maisarah telah menjadi anak yatim piatu. Dia sendiri tidak menyangka kedua ibu bapanya akan pergi meninggalkannya buat selamanya serentak akibat kemalangan jalan raya. Jadi, anak-anaknya sajalah menjadi pembakar semangatnya setelah kehilangan suami dan ibu bapanya.
Walaupun hubungan Ainul Maisarah dan suaminya sekadar bertahan lebih kurang 3 bulan tetapi suaminya masih berada di ingatannya. Pengorbanan suaminya semasa dia kehilangan ibu bapanya sentiasa melahirkan rasa syukurnya. Dia mengahwini arwah suaminya ketika umurnya baru sahaja melonjak dewasa. Pemergian suaminya meninggalkan si kembar yang sentiasa menceriakan hidupnya.
DESTINY HOLDING SDN. BHD
Semua mata pekerja yang berada di lobi itu memandang majikan mereka yang baru datang kerja dan mengucapkan selamat pagi. Siapa yang tidak kenal Tengku Iskandar, CEO Destiny Holding. Orangnya yang rupawan, hartawan dan tidak lupa juga sikapnya yang angkuh. Tengku Iskandar merupakan anak kepada Tengku Ahmad dan Tengku Diana. Ibu bapanya kedua-dua merupakan kerabat diraja. Tidak hairan sifatnya tidak semengah kerana dari kecil dia sentiasa dipandang tinggi oleh orang sekeliling.
Farah menghampiri Tengku Iskandar yang baru masuk ke dalam bilik pejabatnya. ''Sayang, kenapa muka you masam harini,'' tanya Farah dengan manjanya. Bagi setiausaha peribadinya itulah peluangnya untuk mengoda Tengku Iskandar yang rupawan dan hartawan itu. Farah tahu Tengku Iskandar sekadar menginginkan badannya, tetapi dia tidak kisah kerana sekurang-kurangnya Tengku Iskandar memberikannya perhatian yang perempuan lain inginkan. Tangannya juga tidak tersipu malu memegang dada sasa Tengku Iskandar. Tengku Iskandar memandangnya dan mencumbui bibir Farah dengan rakus. Farah senyum kegembiraan. Tengku Iskandar bukan tak tahu Farah menginginkan wangnya. "Dasar perempuan murah," marah Tengku Iskandar dalam hatinya.
Masalahnya yang melanda bak tsunami dikepala dibiarkan oleh Tengku Iskandar. Dia memerlukan penguat dan penguatnya ialah nafsu. Itulah yang dia lakukan untuk menghempas segala kemarahan dan segala masalahnya.
Tengku Iskandar sempurna di wajahnya tetapi tidak perangai dan imannya. Ramai yang tahu Tengku Iskandar sering pergi ke kelab malam dan melanggani perempuan. Kisah lalunya membuatkannya memandang perempuan sebagai alat pemuas nafsunya. Dia tahu perempuan menginginkannya kerana hartanya saja. Disebalik wajahnya yang kacak, dia sering menyakitkan hati perempuan dan lebih memilih untuk tidak memberikan apa yang perempuan yang mahukan. Cinta.
YOU ARE READING
WanitaKu
RomanceKisah hidupnya Ainul Maisarah bermula apabila kemalangan yang tidak diingini berlaku diantaranya dan Tengku Iskandar yang angkuh itu. ''Kau jangan ingat kau pakai purdah aku tak kenal kau perempuan! Siaplah kau lepas ni,'' ''Saya minta maaf, anak-a...