Video 1

126 5 0
                                    

  Setibanya di April Garden, Handong terus mengeluarkan handycamnya untuk merakam bunga-bungaan disekeliling. Handong bukanlah penggemar bunga tetapi dia memang suka merakam panorama yang indah dan cantik. Sedang leka Handong merakam bunga-bungaan tersebut, tiba-tiba dia terdengar namanya diseru. "D-Donghan?" Handong terkejut. Dia cam suara itu. Handong toleh ke kiri dan kanan tetapi dia tidak nampak sesiapa. "Handong" Sekali lagi, Handong terdengar suara itu tetapi dia tidak nampak orangnya. Handong terus beredar dari situ kerana dia terasa sedikit takut. Tiba-tiba, suara itu muncul kembali. "Jangan pergi Handong. Ini saya, Donghan!" "Donghan? B-Betul ke awak Donghan?" tanya Handong. "Ya Handong. Ini saya, Donghan" "Awak kat mana? Saya dengar suara awak tapi saya tak nampak awak" kata Handong. "Saya kat belakang awak. Gunakan handycam tu dan rakam saya" "Rakam awak?" Handong toleh ke belakang dan mengangkat handycamnya.

  Mata Handong terbeliak. Air matanya juga hampir menitis melihat lelaki dalam rakaman handycamnya itu. "D-Donghan. Betul ke lelaki yang berdiri di depan saya ni Donghan?" tanya Handong. Dia sukar mempercayai detik itu. "Ya Handong. Lelaki yang berdiri di depan awak sekarang ialah saya, Donghan" "Tapi kenapa saya hanya dapat lihat awak melalui handycam dan bukannya dengan mata kasar?" "Saya pun tak tahu kenapa Handong tapi itu tak penting. Yang penting sekarang saya gembira sangat sebab saya dapat jumpa awak balik selepas setahun" kata Donghan. Matanya juga berair menahan perasaan sedih. "Awak pergi ke mana sebenarnya? Kenapa awak tinggalkan saya macam tu je?" Handong ingin tahu. "Mari ikut saya Handong. Dekat sini tak sesuai untuk saya ceritakan perkara sebenar. Nanti orang lain ingat awak gila pulak sebab cakap seorang-seorang" ujar Donghan.

  Donghan terus membawa Handong ke satu tempat yang jauh daripada orang ramai. Handong pula terus merakam Donghan supaya dia tidak kehilangan jejak Donghan. "Kenapa awak bawak saya ke hutan Donghan?" tanya Handong sebaik sahaja masuk ke dalam hutan. "Saya sebenarnya nak bawak awak ke air terjun. Awak kan suka air terjun" jawab Donghan. Handong tersenyum lebar. Dia memang suka berada di air terjun. Setibanya di sana, Handong duduk di atas batu besar. Tangannya masih merakam Donghan yang turut duduk di sebelahnya kerana Donghan hanya mampu dilihat melalui rakam handycam. "Jadi apa yang berlaku pada awak setahun yang lalu? Ke manakah awak menghilang pada hari terakhir saya berada di Korea?" tanya Handong. "Saya terlibat dalam satu kemalangan semasa saya on the way nak ke lapangan terbang untuk bertemu awak buat kali terakhir"

  "Selepas kemalangan tu, saya terus dihantar ke hospital di Jepun. Papa dan Mama sengaja rahsiakan tentang ini sebab diorang tak nak awak risaukan saya dan tak jadi balik ke China" terang Donghan. Handong sedikit terkejut. "Kenapa Papa dan Mama awak hantar awak ke Jepun? Awak tahu tak yang saya separuh mati risaukan awak masa tu" "Maaf Handong tapi saya sendiri tak tahu kenapa Papa dan Mama hantar saya ke Jepun. Selepas saya kembali pulih sepenuhnya, saya terus tinggal di Jepun untuk beberapa bulan. Di Jepun, saya berkenalan dengan seorang perempuan bernama Sakura dan..... Papa dan Mama nak kahwinkan kami berdua" "What?!" Handong terus bangun daripada batu besar itu kerana terlalu terkejut. "Saya tak fahamlah Donghan. Mula-mula awak kata Papa dan Mama awak sengaja rahsiakan semua ni sebab diorang tak nak buat saya risau" 

Record Me + Remember Me (Malay Fanfic)Where stories live. Discover now