"Tapi sekarang kenapa diorang berdua nak jodohkan awak dengan si Sakura tu pulak? Diorang kan tahu yang saya ni masih teman wanita awak" "Sebenarnya Handong, ada kisah yang awak tak tahu. Sebelum saya kembali pulih sepenuhnya, saya alami amnesia dan Sakuralah yang bantu pulihkan memori saya. Saya mengaku saya pernah sukakan Sakura tapi itu semua sebelum saya ingat tentang awak. Pada satu hari, saya pergi ke taman bunga yang terletak di Tokyo dan tiba-tiba, entah macam mana, saya mula teringatkan seorang gadis China yakni awak. Lama-kelamaan saya mula ingat tentang awak sepenuhnya. Saya merayu pada Papa dan Mama untuk sama-sama balik ke Korea tetapi diorang tak nak. Diorang kata, kalau nak balik Korea, saya kena kahwin dengan Sakura dulu. Saya terpaksa ingkar arahan Papa dan Mama dan pulang ke Korea seorang diri"
"Saya balik ke Korea untuk cari awak tapi saya terlupa yang awak dah balik China. Mujurlah saya ingat yang awak pernah kata awak akan kembali ke Korea setahun sekali pada hari ulangtahun kita" cerita Donghan dengan panjang lebar. Perasaan Handong bercampur-baur ketika. Dia rasa sedih, gembira, keliru, dan bingung pada masa yang sama. "Saya faham keseluruhan cerita awak tapi saya masih tertanya-tanya kenapalah saya hanya dapat lihat awak melalui handycam dan bukannya dengan mata kasar? Apa yang terjadi pada awak sebenarnya?" "Sumpahan seorang ibu. Mama kata kalau saya balik ke Korea senyap-senyap tanpa pengetahuan dia, saya akan jadi halimunan" jawapan Donghan benar-benar membuatkan Handong tergamam. "Takkanlah awak jadi begini sebab awak derhaka pada Mama awak? Mesti ada penjelasan yang lebih logik" "Itu sahajalah yang saya dapat fikirkan buat masa ni Handong" ujar Donghan.
"Kalau betul awak jadi begini disebabkan terkena sumpahan, lebih baik kita fly ke Jepun untuk betulkan kesilapan. Awak perlu minta maaf pada Mama dan Papa awak dan saya yakin sumpahan ini akan berakhir" cadang Handong. "Kita? Awak nak ikut sekali Handong?" "Mestilah saya ikut sekali. Awak kan halimunan sekarang. Macam mana nak naik kapal terbang? Lagipun saya tengah cuti panjang sekarang jadi tak salah kalau saya fly ke Jepun pulak" kata Handong. Dipendekkan cerita, usai membeli tiket penerbangan, Handong dan Donghan terus terbang ke Jepun. Memandangkan itu kali pertama Handong pergi ke Jepun, dia terasa sedikit gementar kerana bimbang akan tersesat. Mujurlah Donghan ada. Dia sudah arif dengan selok-belok jalan di Jepun. Setibanya di lapangan terbang Haneda, Handong terus mendapatkan teksi untuk ke bandar Tokyo. Donghan masih ada bersamanya tetapi dia hanya diam membisu.
Dia tidak mahu menakut-nakutkan orang ramai kerana walaupun dia halimunan, suaranya masih dapat didengari dengan jelas. Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Donghan, Handong ternampak ibu bapa Donghan serta seorang gadis yang tidak dikenalinya. Mereka bertiga sedang berbual di hadapan rumah. "Itulah Sakura" maklum Donghan. "Cantik orangnya. Patutlah awak SUKA dia" Handong sengaja menekankan perkataan 'suka' itu. "Saya tersuka dia tanpa sengajalah. Masa tu kan saya hilang ingatan" jelas Donghan. "Apa-apa jelah. Awak tunggu sini. Biar saya ke sana kejap" "Tunggu dulu Handong. Awak tak boleh ke sana sesuka hati. Nanti Papa dan Mama saya terkejut pulak" "Habis tu awak nak saya buat apa?" tanya Handong. Pada waktu yang sama, Sakura baru sahaja berlalu pergi. "Awak ikut Sakura" cadang Donghan. "Ikut Sakura? Kenapa pulak? Saya dahlah tak pandai cakap bahasa Jepun" kata Handong.
YOU ARE READING
Record Me + Remember Me (Malay Fanfic)
FanfictionDua cerita dalam satu Expect the unexpected