Selepas puas bersiar-siar, Handong dan Donghan mendafar masuk di sebuah hotel. "Awak tunggu kat luar dulu" pinta Handong tanpa sempat Donghan melangkah masuk ke dalam bilik hotel. "Kenapa pulak?" tanya Donghan. "Saya nak mandilah. Saya memang tak nampak awak tanpa handycam tapi awak boleh nampak saya. Saya tak naklah awak skodeng saya masa saya tengah mandi atau salin pakaian" tegas Handong. Usai mandi, barulah Handong menjemput Donghan masuk ke dalam. Mereka berdua duduk di atas katil bersama-sama. Handong tidak merakam Donghan kerana dia sedang mengecas handycamnnya. "Kalau saya jadi begini bukan disebabkan Sakura atau Mama, apa yang saya patut buat? Saya tak nak terus jadi halimunan" tanya Donghan tiba-tiba. "Saya takde jawapan untuk soalan awak Donghan. Saya pun mati akal sekarang" ujar Handong. Sekali lagi, Donghan terdiam sejenak dan termenung jauh.
"Entah-entah saya dah mati. Sebab itulah saya berada dalam bentuk ni" Donghan bersuara semula. "Apa yang awak merepek ni Donghan? Kalau awak dah mati, awak tak perlu ikut saya ke sana sini seperti manusia biasa. Saya yakin awak masih hidup sebab kalau awak dah mati, dah tentu-tentu Sakura akan beritahu saya yang 'Donghan dah meninggal dunia'" Handong positif. Donghan tidak bersuara lagi sebaliknya dia merenung lama wajah Handong. Handong pula pasti tidak sedar akan perkara itu kerana dia tidak dapat melihat Donghan. "Wajah dan perangai awak tak pernah berubah Handong" kata Donghan tiba-tiba. "Bukan setakat muka dan perangai tapi perasaan saya terhadap awak pun tak pernah berubah Donghan. Cuma orang tu je yang banyak berubah. Boleh pulak dia suka orang lain masa kita takde" Handong sengaja memperlahankan suaranya ketika menghemburkan ayat terakhir.
"Saya tahu awak masih cemburu dan tak puas hati pasal tu tapi sumpah saya tak pernah suka Sakura. Maksud saya, saya pernah suka dia tapi itupun sebelum memori saya kembali pulih. Selepas memori saya pulih, hanya awak seorang sahaja dalam fikiran saya Handong" jelas Donghan. Handong mencebikkan mukanya. Tiba-tiba, bahu kirinya terasa berat. "Kenapa bahu saya tiba-tiba terasa berat ni?" "Sebab saya tengah lentokkan kepala saya atas bahu awak" kata Donghan sambil ketawa kecil. "Awak boleh sentuh saya walaupun awak halimunan?" Handong sedikit terperanjat. "Ya. Saya boleh sentuh awak tapi awak tak boleh sentuh saya. Saya pun tak tahu kenapa" kata Donghan. Handong bangun mengejut. Donghan pula hampir terjatuh. "B-Boleh tak awak peluk belakang saya macam dulu? Saya... saya rindukan pelukan awak" pinta Handong. Donghan bangun daripada katil dan menghampiri Handong.
Donghan memeluk belakang Handong tanpa berkata apa-apa. Walaupun Handong tidak dapat melihat Donghan dengan mata kasar, dia tetap dapat rasakan pelukan hangat itu. "Terima kasih Donghan" lafaz Handong sambil menahan perasaan sebak di dada. "Terima kasih untuk?" Donghan tidak mengerti. "Terima kasih sebab muncul kembali dalam hidup saya walaupun dalam keadaan begini. Saya juga nak minta maaf sebab saya cemburu tak tentu pasal. Sejujurnya, memang saya kecewa dan terluka bila awak kata awak sukakan Sakura. Saya juga rasa....." belum sempat Handong menghabiskan ayatnya, Donghan terus memeluk Handong dari hadapan pula. "It's okay Handong. Saya tak kisah pun. Saya tahu lambat-laun awak pasti akan faham situasi saya" kata Donghan. Walaupun Handong tidak dapat memeluk Donghan semula, dia tetap terasa gembira sehingga air mata kegembiraannya mengalir tanpa sedar.
YOU ARE READING
Record Me + Remember Me (Malay Fanfic)
FanfictionDua cerita dalam satu Expect the unexpected